Anda di halaman 1dari 3

Laporan Amali Anatomi dan Fisiologi (Bilangan 1)

Nama: KARIMAH BINTI OTHMAN AININ SOFIA BINTI AHMAD SUKRI

Unit: PJ/SN/BM

Objektif: 1. Untuk mengenal pasti tulang dalam tubuh badan manusia 2. Untuk mengenal pasti fungsi fungsi tulang. 3. Untuk mengelaskan jenis jenis pergerakan dalam tubuh badan manusia. Prosedur: 1. Pembentangan power point. Guru pelatih membuat pembentangan tentang sistem rangka dan menerangkan setiap fungsi tulang yang terlibat dalam pergerakan. Pengurusan grafik telah digunakan untuk memudahkan semua guru pelatih jelas dan faham tentang sistem rangka Penggunaan video juga turut digunakan dalam sesi pembentangan bagi menarik semua guru pelatih untuk mendengar dan mudah mengingati setiap nama tulang serta kedudukannya. 2. Pelabelan pada model rangka Setiap nama tulang dilabelkan pada model rangka dengan mengarahkan setiap guru pelatih menyebut dan menunjukkan kedudukan tulang dengan

betul. Penggunaan model rangka menjadikan para guru pelatih jelas dan faham tentang kedudukan sebenar setiap tulang. 3. Pelaksanaan lembaran kerja Guru pelatih dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan mendapat dua lembaran kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Setiap kumpulan telah Berjaya menyelesaikan setiap lembaran kerja dengan jayanya. 4. Permainan imaginasi sistem rangka Pembentang telah menyediakan kad kad yang tertulis nama nama tulang. Setiap guru pelatih mendapat kad tersebut. Pembentang mengarahkan setiap guru pelatih menyusun kad yang mereka perolehi mengikut imaginasi mereka mengenai kedudukan tulang. Pensyarah juga menerangkan mengenai sistem rangka dengan lebih lanjut.

5. Permainan contoh pergerakan tulang. Setiap kumpulan diminta memilih salah satu sampul yang mempunyai jenis jenis pergerakan tulang. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk memikirkan contoh pergerakan sebelum menunjukkan gerakan mereka kepada ahli kelas. Pensyarah telah memberi ulasan dan penambaikkan setiap gerakan yang telah ditunjukkan oleh semua kumpulan.

Keputusan: Semua guru pelatih mampu menguasai dengan sebaiknya tentang nama nama tulang dan fungsi fungsi tulang serta mampu memberi contoh yang tepat tentang jenis jenis pergerakan tulang. Pembentang juga berjaya menyampai maklumat dan mencipta permainan yang bersesuaian dengan tajuk ini. Kesimpulan: Semua guru pelatih dapat mencapai objektif pembelajaran dalam tajuk sistem rangka ini.

Anda mungkin juga menyukai