Anda di halaman 1dari 2

Bertaqwalah Dalam Menyebarkan Sesuatu Maklumat

Al-Imam 'Abd al-Rahman bin Mahdi (meninggal 198 H) mengatakan : Seseorang tidak dengar. (Riwayat Muslim) Al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179 H) menyebut: Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar, dan seseorang tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar. (Riwayat Muslim) Dua hadis ini saya terjumpa di dalam sebuah buku yang bertajuk Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya karya Dr. Mohd Asri B.Zainul Abidin. Buku ini menjelaskan riwayat-riwayat yang berisi berita yang tidak sahih mengenai sejarah ulama pada zaman terdahulu sehingga membuatkan ia berlanjutan menjadi suatu fitnah yang melebarluas di dalam masyarakat sekarang. Pada zaman kecanggihan teknologi maklumat yang ada sekarang melalui laman sosial seperti Facebook, Blog dan sebagainya membolehkan seseorang itu menyebarkan sesuatu maklumat itu dengan pantas. Namun, tidak terlepas juga daripada tersebarnya bahan-bahan perkongsiaan yang tidak tahu datang dari mana sumbernya. Lebih-lebih lagi sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dan para ulama. Untuk suatu jangka masa yang panjang, ia akan menatijahkan kemudaratan kepada masyarakat dalam beragama. Sebagai contoh, kata-kata yang tidak diambil daripada sumber asal akan menghasilkan pelbagai tafsiran yang menyimpang daripada apa yang hendak dimaksudkan oleh ulama itu sendiri. Sehinggakan sampai pada suatu tahap, tafsiran yang salah itu dianggap seperti wahyu yang wajib dituruti di dalam kehidupan. Keadaan ini jika tidak dibendung menjadi imam (pimpinan umat) yang diikuti

sehinggalah dia tidak menceritakan sebahagian apa yang dia

dengan segera akan membuatkan pelbagai jenis salah faham akan semakin tersebar luas di dalam masyarakat. Benar bagi sesiapa yang mendakwa kebaikan itu harus disebarkan. Tetapi menjadi suatu keutamaan yang harus didahulukan iaitu memastikan kesahihan sesuatu bahan yang hendak disebarkan. Ini penting untuk mengelak diri kita menyebarkan sesuatu bahan yang memberikan manfaat yang kecil tetapi pada masa yang sama memberikan kemudaratan pula. Ini adalah sesuatu perkara yang merugikan masyarakat. Semoga kita sama-sama bermuhasabah kembali sejauh mana kita berhatihati dalam memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang hendak disebarkan kepada umum. Ini kerana kelak Allah SWT akan menyoal kembali terhadap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini. Justeru, bertaqwalah kepada Allah SWT tatkala menyebarkan sesuatu maklumat kepada orang ramai. Wallahu'alam.

Anda mungkin juga menyukai