Anda di halaman 1dari 48

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan

berketrampilan, berkeupayaan

berakhlak mencapai

mulia,

bertanggungjawab, diri serta

kesejahteraan

memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

ii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

iii

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

iv

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Objektif Agihan Tajuk

i i iii viii ix x

Tajuk Pembelajaran TAJUK 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 FUNGSI BAHASA Melayu 1 1 1 2 3 4 4

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

TAJUK 2 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7

KESANTUNAN BERBAHASA 5 5 5 6 6 7 7

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

TAJUK 3 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

WACANA 8 8 8 9 11 11 12

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

TAJUK 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.4 4.5 4.6

LARAS BAHASA 13 13 13 14 16 16 17

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

TAJUK 5 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7

KOMUNIKASI KHALAYAK 18 18 18 19 20 21 21

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

vi

TAJUK 6 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.6

KOMUNIKASI BERTULIS 22 22 22 23 24 24 25

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

TAJUK 7 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7

TERJEMAHAN 26 26 26 27 28 28 29

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan

Bibliografi Lampiran A Panel Penulis Modul 35

30 34 35

vii

PENGENALAN
Bahasa Melayu Komunikasi merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Program Kursus Sekolah Rendah. Sekolah. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan pelajarpelajar menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengandungi tujuh tajuk iaitu Tajuk 1 Fungsi Bahasa Melayu, Tajuk 2 Kesantunan Berbahasa, Tajuk 3 Wacana, Tajuk 4 Laras Bahasa, Tajuk 5 Komunikasi Khalayak, Tajuk 6 Komunikasi Bertulis dan Tajuk 7 Terjemahan.

Modul ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberikan penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang berkesan, bersopan, dan sesuai mengikut konteks.

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk

mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui aktiviti dan latihan yang disediakan dalam modul ini.

viii

OBJEKTIF

Modul Bahasa Melayu Komunikasi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) membolehkan pelajar dapat:

i.

berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu baku dalam pelbagai konteks;

ii.

mengaplikasikan semua aspek kemahiran lisan dan bertulis dengan cekap dan sesuai dalam pelbagai situasi;

iii.

berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai budaya masyarakat Malaysia;

iv.

berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media;

v.

menjalin keakraban dalam kalangan mereka untuk meningkatkan semangat kekitaan; dan

vi.

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu secara lisan dan tulisan dengan berkesan.

ix

Maklumat Agihan Topik-topik dalam Sukatan Pelajaran Nama Kursus: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jumlah Jam

Fungsi Bahasa Melayu 1.1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 1.2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 1.3. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan 1.4. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 1.5. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu 1.6. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

Kesantunan Berbahasa 2.1. Bahasa sapaan 2.1.1. Kata ganti diri dan sapaan keluarga 2.1.2. Kata ganti diri dan sapaan masyarakat 2.1.3. Protokol panggilan hormat 2.1.4. Aturan sapaan 2.2. Bahasa tubuh 2.2.1. Gerakan anggota tubuh 2.2.2. Gerakan mata 2.2.3. Gerakan tangan 2.2.4. Mimik muka

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jumlah Jam

Wacana 3 3.1. Konsep wacana 3.2. Ciri wacana 3.3. Penanda wacana 3.4. Keutuhan wacana 1 1

Laras Bahasa 4.1. Konsep dan ciri laras 4.2. Agama 4.3. Sains 4.4. Matematik 4.5. Seni 4.6. Pendidikan jasmani 4.7. Kemahiran hidup 4.8. Sastera

Komunikasi Khalayak 5.1. Teknik Penyampaian 5.1.1. Permulaan 5.1.2. Pelahiran dan penyusunan idea 5.1.3. Gaya penyampaian 5.1.4. Penutupan 5 5.2. Aktiviti Penyampaian 5.2.1. Pengumuman 5.2.2. Ucapan 5.2.3. Taklimat 5.2.4. Pengacaraan majlis 5.2.5. Ceramah 5.2.6. Diskusi 4 4

xi

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jumlah Jam

Komunikasi Bertulis 6.1. Ciri-ciri Penulisan Teks 6.1.1. Penggunaan bahasa yang gramatis 6.1.2. Pemilihan diksi yang sesuai 6.1.3. Stilistik 6.1.4. Format yang sesuai 6.1.5. Kesedaran khalayak 6 6.2. Penghasilan Teks 6.2.1. Ucapan 6.2.2. Taklimat 6.2.3. Surat kiriman 6.2.4. Laporan 6.2.5. Minit mesyuarat 6.2.6. Teks pengacaraan majlis 6.2.7. Sajak/cerpen 4 4

Terjemahan 7.1. Teknik menterjemah 7.1.1. secara terus 7.1.2. secara struktural 7.1.3. secara global 1 7 7.2. Aktiviti menterjemah bahan autentik 7.2.1. Pendidikan 7.2.2. Bahasa 7.2.3. Agama 7.2.4. Sains 7.2.5. Matematik 7.2.6. Komputer 7.2.7. Alam Sekitar 7.2.8. Pendidikan Jasmani JUMLAH 15 15 1

xii

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 1 Fungsi Bahasa Melayu


SINOPSIS Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan, Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam urusan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi sejak tahun 1969. Keupayaan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi.

KERANGKA TAJUK

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Rasmi

Bahasa Perpaduan

Fungsi Bahasa Melayu

Bahasa Pengantar

Bahasa Ilmu

Bahasa Komunikasi

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KANDUNGAN ISI Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan. Bahasa rasmi Bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, merangkumi urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem

pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa Perpaduan Masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan kepelbagaian bahasa dalam kalangan rakyat negara ini. Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan

kumpulannya. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai bangsa di negara ini. Bahasa Pengantar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956, menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.

Sehingga kini, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di institusi pengajian tinggi.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahasa Ilmu Bahasa Melayu memiliki kosa kata dan istilah yang semakin berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu.

Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu. Bahasa komunikasi Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana dalam proses penyampaian maklumat, perasaan dan fikiran. Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal ataupun formal seperti ucapan, persidangan, seminar, forum dan

sebagainya.

Aktiviti

Mengumpul Maklumat 1. Senaraikan fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai : a) bahasa pengantar b) bahasa ilmu c) bahasa komunikasi

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Latihan

1. Bincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

2. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa ilmu di negara ini.

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan & Ainon Muhammad (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 2 Kesantunan Berbahasa


SINOPSIS Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti, berkeperibadian tinggi dan

mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, masyarakat, protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata, tangan, dan mimik muka. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa

berkomunikasi dalam pelbagai situasi. KERANGKA TAJUK Kesantunan Berbahasa Bahasa Sapaan Sapaan Keluarga Panggilan Hormat Sapaan Masyarakat Aturan Sapaan Anggota Tubuh Gerakan Tangan Bahasa Tubuh Gerakan Mata Mimik Muka

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KANDUNGAN ISI Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga, sapaan masyarakat, panggilan hormat dan aturan sapaan. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh, gerakan mata, gerakan tangan dan mimik muka.

Aktiviti

Membuat Nota 1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori berikut: a) b) c) Gelaran keturunan Gelaran anugerah Gelaran ikhtisas

2.

Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Latihan

1.

Senaraikan ungkapan-ungkapan tidak bertatasusila yang boleh menimbulkan kemarahan pendengar. Cadangkan juga ungkapan-ungkapan bertatasusila yang sesuai dengan ungkapan tersebut.

2.

Jelaskan kepentingan kesantunan berbahasa dalam budaya bahasa Melayu.

Bahan Bacaan

Amat Johari Muin (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu : Satu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 3 Wacana
SINOPSIS Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut

menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang Dalam

hadir selepas

tingkat ayat. Dalam tajuk ini, aspek yang perlu difahami ialah konsep wacana, ciri wacana, penanda wacana dan keutuhan wacana.

HASIL PEMBELAJARAN o Menyampaikan idea secara tersusun dan jelas dengan

menggunakan wacana yang betul mengikut tujuan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Wacana

Konsep

Ciri Wacana

Penanda Wacana

Keutuhan Wacana

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

KANDUNGAN ISI

Konsep Wacana

Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog.

Ciri-ciri Wacana

Ciri-ciri wacana ialah seperti yang berikut: Mempunyai tema Bermotif Gaya bahasa Kohesi dan koherens Elemen-elemen yang logikal dan realistik Terdiri daripada andaian dan inferensi

Penanda Wacana

Penanda wacana bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran. Penanda wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan

dengan perenggan. Contoh-contoh penanda wacana ialah:

Selain itu Tambahan pula Oleh sebab itu Namun begitu

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Sehubungan itu Sementara itu Kesimpulanya dan sebagainya.

Keutuhan wacana

Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu mengandungi wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu :

a) Terdapatnya urutan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami).

b) Wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain).

Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.

10

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti

Mengumpul Maklumat 1. Cari satu petikan rencana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka :

a) Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam penulisan tersebut.

b) Buat ulasan bertulis tentang keutuhan wacana dari aspek tujuan, kesinambungan idea, penggabungjalinan, gaya bahasa dan format penulisan teks.

Latihan

1.

Baca petikan perenggan di bawah ini, kemudian analisis

perenggan ini berdasarkan soalan di bawah.


Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan dan Perdana Menteri aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu

11

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI


mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. (diubahsuai daripada teks ucapan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Persidangan Invest Malaysia pada 30 Mac 2010 di Kuala Lumpur).

Perenggan di atas merupakan suatu wacana yang utuh atau yang membentuk kesatuan, kerana terdapat penanda wacana yang

mewujudkan pertautan atau keserasian hubungan antara satu unsur bahasa dengan unsur bahasa yang lain. Senaraikan jenis-jenis dan fungsi penanda wacana yang terdapat dalam petikan di atas.

2.

Jelaskan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh.

Bahan Bacaan

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

12

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 4 Laras Bahasa


SINOPSIS Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi, konteks, menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada bidang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama, sains, matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri, sama ada pujukan, penyataan, perintah dan sebagainya. HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan laras bahasa yang betul mengikut bidang semasa berkomunikasi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Laras Agama

Laras Seni

Laras Sains

Konsep dan Ciri Laras

Pendidikan Jasmani

Laras Matematik

Laras Sastera

Kemahiran Hidup

13

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KANDUNGAN ISI Konsep dan Ciri Laras Bahasa Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang

digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai oleh pelajar dalam tajuk ini ialah: Laras Agama

Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Laras Sains

Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual, saintifik, formal, dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta. Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

ragam

14

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Laras Matematik

Bagi laras matematik, penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan pendaraban. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am, dan definisi tepat untuk operasi-operasi menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang, dan medan. Laras matematik banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu perkataan. Simbol yang digunakan lazimnya terdiri daripada satu huruf atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak mementingkan struktur ayat. Laras matematik mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. Berbentuk ilmiah dan mengandungi istilah-istilah teknikal Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.

bukLaras Sastera
Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan). Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang khusus yang berkaitan dengan sastera.

Laras Seni Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Laras Kemahiran Hidup Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu, mengandungi ilustrasi gambar rajah, jadual, graf, peta, dan sebagainya. Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat dan mengandungi ayat yang

mendefinisikan makna istilah.

15

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti

Tutorial

1.

Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. Persembahkan ulasan selari tersebut dengan intonasi yang betul.

Latihan

1.

Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh iklan yang menggunakan laras bahasa iklan yang menarik.

2.

Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut:

a) laras bahasa matematik b) laras bahasa sains c) laras bahasa agama d) laras bahasa sastera e) laras bahasa seni

16

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Bahan Bacaan

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Halliday. (1968). Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press. http://journals.cambridge.org

17

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 5 Komunikasi Khalayak


SINOPSIS khalayak melibatkan bentuk komunikasi bersemuka tetapi

Komunikasi

melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku di tempat awam. Penyampaian pelbagai bentuk komunikasi khalayak adalah terancang dan berstruktur mesejnya. Mesej yang disampaikan untuk tujuan memberitahu dan

mempengaruhi audiens. Penyampaian komunikasi yang berkesan apabila khalayak yang mendengar berperanan untuk menyebarluaskan maklumat yang diterima untuk mempengaruhi orang lain. Antara bentuk-bentuk komunikasi khalayak yang perlu dikuasai ialah pengumuman, ucapan, pidato, taklimat pengacaraan majlis, ceramah dan diskusi.

HASIL PEMBELAJARAN o Menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi lisan dengan yakin dan berkesan.

KERANGKA TAJUK

Komunikasi Khalayak Teknik Penyampaian Permulaan Gaya Penyampaian Penyusunan Idea Penutupan Aktiviti Penyampaian

Pengumuman
Pidato Pengacaraan Majlis Diskusi

Ucapan
Taklimat

Ceramah

18

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KANDUNGAN ISI

a) Teknik Penyampaian

Permulaan

Memulakan pelbagai bentuk komunikasi khalayak dengan kata aluan mengikut protokol atau tata tingkat kedudukan audiens dan menyatakan tujuan ucapan.

Pelahiran dan penyusunan idea

Susunan idea dalam penyampaian komunikasi khalayak hendaklah tidak tersasar daripada tujuannya. Idea hendaklah disusun mengikut

kesinambungan yang tertib. Gaya

Gaya Penyampaian penyampaian merangkumi, intonasi, nada suara, kata-kata

penghadapan, mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan haruslah mudah, padat, tegas dan berkesan.

Penutupan yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan

Kata-kata

merumuskan segala isi yang disampaikan.

b) Aktiviti Penyampaian Menyatakan definisi, ciri-cri, format dan aplikasi aktiviti penyampaian komunikasi khalayak seperti berikut:

Pengumuman Ucapan Pidato

19

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Taklimat Pengacaraan majlis Ceramah Diskusi

Aktiviti

Perbincangan 1. Rakamkan atau dapatkan video ucapan dalam majlis-majlis formal. melalui carian internet youtube atau google. Bincangkan ucapan kelemahan-kelemahan dan cadangkan aktiviti penyampaian teks untuk

tersebut

penambahbaikan

menjadikan ucapan tersebut lebih menarik.

Tutorial

2.

Persembahan diskusi atau wawancara mengikut format yang betul.

Layari internet www.youtube.com/www.google.com.my

20

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Latihan

1.

Jelaskan kesilapan umum sebelum menyampaikan aktiviti komunikasi khalayak.

2.

Rancangkan pembuka ucapan yang menarik.

Bahan Bacaan

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Gary T Hunt. (1990). Pengucapan Umum. Terj, Asiah Sarji dan Mohd. Nordin Sarji. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Littlewood, W. (1992). Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Satu Pengenalan. Terj. Juriah Long. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maimunah Osman. (2000). Pengucapan Awam yang Berkesan. Kuala Lumpur. INTAN.

21

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 6 Komunikasi Bertulis


SINOPSIS

Bentuk-bentuk komunikasi bertulis merupakan proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Komunikasi bertulis mempunyai format tertentu dan penggunaan bahasa mengikut laras yang sesuai. Antara bentuk-bentuk komunikasi bertulis yang perlu dikuasai ialah penulisan teks ucapan, taklimat, surat kiriman, laporan, minit mesyuarat, rencana, berita dan penulisan kreatif. HASIL PEMBELAJARAN o Menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi bertulis menggunakan bahasa yang tepat dan gramatis sesuai dengan bentuk komunikasi. KERANGKA TAJUK Komunikasi Bertulis Ciri-Ciri Penulisan Bahasa Gramatis Stilistik Kesedaran Khalayak Diksi Sesuai Format Ucapan Surat kiriman Minit Mesyuarat Sajak Cerpen Penghasilan Teks Taklimat Laporan

Teks Pengacaraan Rencana Berita

22

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KANDUNGAN ISI Dua aspek penting dalam komunikasi bertulis, iaitu:

a) b)

Ciri-ciri penulisan Penghasilan teks

Ciri-ciri penulisan yang baik dan berkesan merangkumi beberapa aspek berikut :

i.

Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul.

ii. iii.

Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan tulisan. Bersifat stilistik, iaitu teknik penggunaan gaya bahasa yang berkesan dalam penulisan.

iv.

Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat kiriman rasmi, laporan minit mesyuarat dan penulisan kertas kerja.

v.

Timbul

kesedaran

dan

berupaya

mempengaruhi

pemikiran

khalayak yang membaca hasil penulisan berkenaan.

Penghasilan teks Jenis Teks 1. Surat kiriman rasmi 2. Ucapan 3. Taklimat 4. Laporan 5. Minit mesyuarat 6. Teks Pengacaraan 7. Rencana 8. Berita 9. Karya kreatif Jenis-jenis Ciri-ciri Struktur Laras bahasa yang digunakan Format Aspek yang dikaji

23

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Aktiviti

Mengumpul maklumat 1. Secara berpasangan, bincangkan perkara-perkara berikut ;

a) Format surat kiriman rasmi b) Ciri-ciri penulisan rencana yang berkesan. c) Apakah yang perlu dicatatkan dalam butiran minit mesyuarat?

Latihan

1.

Sebuah teks yang baik dihasilkan dengan teliti yang mengandungi kesepaduan, kesinambungan, khalayak. Bincangkan ciri-ciri penulisan teks yang yang jelas, tepat dan mudah difahami. pemerengganan dan kesedaran

2.

Laporan ialah kertas yang mengandungi maklumat atau catatan peristiwa yang telah berlaku. Maklumat yang disampaikan haruslah sistematik dan objektif pula perlu menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya.

a) Huraikan jenis-jenis laporan. b) Jelaskan ciri-ciri laporan yang berkualiti.

24

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Bahan Bacaan

Maimunah Hj Omar. (1993).

Bahasa, Format Penulisan dan Tatacara

Penyampaian Ceramah, Ucapan dan Taklimat. Shah Alam. Institut Teknologi Mara.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuraini Yusoff. (1992). Penulisan Berformat. Kuala Lumpur. Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd.

Nuwairi Hj. Khazaai. (1993). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

25

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

TAJUK 7 Terjemahan
SINOPSIS

Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan ialah aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan. Mat Taib bin Pa merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi.

HASIL PEMBELAJARAN o Menterjemah teks dengan betul.

KERANGKA TAJUK

Terjemahan Teknik Terjemahan Secara Terus Secara global Secara Struktural Pendidikan Bahan Autentik Bahasa

Agama

Sains

Matematik Alam sekitar 26

Komputer Pendidikan Jasmani

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI KANDUNGAN ISI

Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

Teknik Terjemahan Secara terus

Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan lateral. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya

mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber. Secara struktural

Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayatayat dan frasa. Terjemahan dilakukan kepada pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. Betuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan. Secara global

Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca.

Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

27

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti penterjemah bahan autentik

Pendidikan Bahasa Agama Sains Matematik Komputer Alam sekitar Pendidikan Jasmani

Aktiviti

Perbincangan dan Aplikasi

1.

Secara berpasangan, cari satu rencana pengarang daripada akhbar berbahasa Inggeris. Terjemahkan teks petikan rencana tersebut secara terus (terjemahan harafiah).

Latihan

1. 2.

Jelaskan prinsip-prinsip umum terjemahan. Huraikan kepentingan terjemahan dalam konteks perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

28

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Bahan Bacaan

Abdullah Hassan. 2003. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9.

Muhammad Bukhari Lubis dll. 1998. Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan Dasar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2006. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Hasuria Bt. Che Omar. 2004. Penterjemahan dalam Media Audiovisual Televisyen : Satu Analisis Mesej. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia, Penang.

Joyce M. Hawkins. 2008. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. 2003. A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. Latihan ilmiah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Peter Newmark. 1994. Pendekatan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. 2003. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9.

Abdullah Hassan (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur. Utusan Publication and Distributors.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Kuala Lumpur. Longman Sdn. Bhd.

Abdul Halim A. Karim (1992). Pengucapan Awam. Sungai Petani. INTAN.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2006. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Amat Johari Moain (1989) Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Asmah Hj Omar. (1984). Bahasa Iklan Perniagaan. Satu Kajian Retorik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

30

Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gary T Hunt. (1990). Pengucapan Umum. Terj, Asiah Sarji dan Mohd. Nordin Sarji. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Halliday. (1968). Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press. http://journals.cambridge.org Hasuria Bt. Che Omar. 2004. Penterjemahan dalam Media Audiovisual Televisyen : Satu Analisis Mesej. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

James, C dan Garret, P. (1991). Language Awareness in the Classrom. New York. Longman.

Littlewood,

W.

(1992).

Pengajaran

Bahasa

Secara

Komunikatif.

Satu

Pengenalan. Terj. Juriah Long. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. (2003). A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. Latihan ilmiah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

31

Maimunah Hj Omar. (1993).

Bahasa, Format Penulisan dan Tatacara

Penyampaian Ceramah, Ucapan dan Taklimat. Shah Alam. Institut Teknologi Mara.

Maimunah Osman. (2000). Pengucapan Awam yang Berkesan. Kuala Lumpur. INTAN.

Muhammad Bukhari Lubis. (1998). Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan Dasar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak. (1992). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood (1993)Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Nunan, D. (1991). Language Teaching Methodology. New York. Prentice Hall.

Nuraini Yusoff. (1992). Penulisan Berformat. Kuala Lumpur. Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd.

Nuwairi Hj. Khazaai. (1993). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur. Penerbit Bakti Sdn. Bhd.

32

Shamsuddin A. Rahim. (1993). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peter Newmark. (1994). Pendekatan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ure & Ellis. (1997). Genre, Registers and Sociolinguistic. World Englishes. Vol 16 3. http://onlinelibrary.wiley.com

33

LAMPIRAN A IKON Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

34

PANEL PENULIS MODUL KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU KOMUNIKASI)
NAMA PANEL PENULIS: NORMAH BT MOHAMAD Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. mincrv@yahoo.com Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPM Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM Guru Bahasa Melayu 11 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 19 tahun KELAYAKAN

PANEL PENULIS: MAT JOHAN B. MAMAT Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. mjoe7257 @yahoo.com Sarjana Sains Sosial (Geografi) UKM B. A. Ed. (Hons.) Geografi/Bahasa Melayu USM Guru Bahasa Melayu 8 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 2 tahun

PANEL PENULIS: NORANI BT. ABD RAHIM Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. nora.rhm@gmail.com Sarjana Pendidikan UM Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Penolong Penerbit TV Pegawai Perhubungan Awam Guru Bahasa Melayu 13 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 4 tahun

PENYELARAS: HAYATI BINTI MAT YUSOF Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. hayati.myusof@moe.gov.my M.A (Pengajian Melayu), UM B.A (Hons.) Pengajian Melayu,UM Sijil Perguruan (Pengajian Melayu & Sejarah) Guru Bahasa Melayu 10 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 5 tahun Penolong Pengarah IPG 1 tahun

35

Anda mungkin juga menyukai