Anda di halaman 1dari 2

Apakah Yang Anda Boleh Elakkan Membantu Anak Anda Berasa Lebih Baik?

Lebam hampir mustahil dielakkan, tetapi anda boleh mempercepatkan proses pemulihannya. Jangan cuba mengurut lebam kerana ia mungkin menjadi lebih teruk. Anda boleh menggunakan barangan dari peti sejuk untuk membantu lebam hilang dengan lebih cepat. Apa yang perlu anda buat hanya menuam sesuatu yang sejuk di bahagian lebam selama setengah jam hingga sejam pada satu-satu masa dalam sehari, selama sehari atau dua hari selepas lebam muncul. Rawatan TUAM sejuk (COLD Compress) Biasanya digunakan untuk merawat atau mengurangkan kesan daripada kecederaan yang baru seperti terkehel/terseliuh, terhantuk, gigitan serangga , menghentikan pendarahan dan lainlain. Ia juga membantu mengurangkan kesan gatal pada kulit ( alahan, ekzema) , mengurangkan sakit kepala dan menurunkan suhu akibat demam panas. Rawatan TUAM panas ( WARM Compress) Biasanya digunakan untuk kecederaan atau keadaan kronik seperti melegakan kekejangan / ketegangan otot dan tisu atau untuk menggalakkan aliran darah bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas kecederaan Lain-lain : melegakan senggugut, sakit sendi ( arthritis, gout), ketumbit, bisul, resdung dan lain-lain Kelebihan rawatan tuam sejuk dan panas : Antara kesan daripada kecederaan adalah rasa sakit, pendarahan, bengkak dan keradangan.Tuam sejuk di bahagian yang cedera akan ;

mengecutkan salur darah lalu mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut

> hentikan pendarahan, kurangkan kesan lebam dan bengkak > mengurangkan radang

mengurangkan sensitiviti pada hujung-hujung saraf di bahagian yang tercedera menyebabkan rasa kebas dan kurang sakit

Rawatan ini sebaiknya dilakukan sebaik mengalami kecederaan atau dalam tempoh 48-72 jam selepas kecederaan. Gunakan ais dan balutkan dengan kain sebelum menuam. Lakukan 15-20minit setiap kali atau berhenti sebaik merasa kebas. Gel pack atau botol air yang telah disejukkan di dalam peti sejuk juga boleh digunakan. Proses ini diulang beberapa kali sehingga bengkak berkurangan.

Selepas tempoh itu atau selepas bengkak susut rawatan tuam panas boleh dilakukan untuk menggalakkan aliran darah ke bahagian tersebut dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan/penyembuhan. Bagaimana ? Gunakan tuala yang direndam ke dalam air suam atau tuala lembab yang dipanaskan di dalam microwave. (Tuala lembab dan suam lebih berkesan daripada kering kerana ia meningkatkan lagi penyerapan). Antara kelebihan rawatan tuam panas adalah :

meningkatkan aliran darah untuk penyembuhan

> menggalakkan pembuangan sisa sel atau bahan rosak (misalnya : mengurangkan kesan lebam) > meningkatkan kehadiran bahan yang diperlukan untuk pemulihan semulajadi tubuh > menggalakkan aliran keluar nanah ( ketumbit, bisul)

melegakan sakit akibat arthritis, sakit otot dan kekejangan melonggarkan sendi dan otot yang kaku (stiff) lain-lain..

Anda mungkin juga menyukai