Anda di halaman 1dari 17

Bab 1

KONSEP MODAL INSAN Konsep Modal Insan

Sebagai satu perancangan bagi melahirkan rakyat yg mampu menjadikan negara kita maju dlm bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan meenuhi hasrat Wawasan2020.

Teras 2 PIPP membangunkan modal insan Menyediakan lebih banyak pilihan pendidikan kpd ibu bapa dan murid. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan pengetahuan Memupuk kemahiran dan keterampilan dlm kalangan murid. Memperkukuhkan disiplin.

Ciri Modal Insan 3 aspek utama: - Ilmu - Kemahiran - Penampilan yg unggul

BAB 2
KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Konsep Asas Falsafah ADA 3: 1) Bahasa (etimologi) - Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos (cinta) dan sophia (ilmu/pengetahuan)mencintai ilmu/pengetahuan atau hikmah. 2) Istilah (terminologi) - Socrates = ilmu pengetahuan yg merangkumi kebenaran. Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi,politik dan estetika - Plato = ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah pencapaian kebenaran semulajadi - Al-Farabi = ilmu pengetahuan mengenai alam maujud (fizikal) - Descartes = segala pengetahuan dimana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan. 3) Praktikal. - Berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat - Sistematik: berfikir secara logik dan berurutan. - Radikal: berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab.

Sejagat: berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

Cabang Falsafah ADA 4: 1) Ontologi/metafizik (Realiti) - Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir. - Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan termasuk mempersoalkan kewujudan tuhan. 2) 3) Epistemologi (Kebenaran) Mengenai teori pengetahuan dan perihal pengetahuan Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains) Memerlukan alasan yang rasional Aksiologi (Akal) Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai. Boleh dibahagikan kepada dua cabang: a) Etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan kehidupan. b)Estetika Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979).

4) Logik (Penaakulan) - Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah. - Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang betul. - Sains tentang pemikiran tepat. - Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan. Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik deduktif.

BAB 3
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR. 1) Falsafah Pendidikan Islam -

Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam, bersumber daripada Al-Quran dan Sunnah NabiMuhammad SAW. Peranan Falsafah Islam adalah untuk menerangkan hubungan antara manusia dan Penciptanya (Allah), antara manusia dan manusia, dan antara manusia dengan alam sekitarnya (BPG,2002). Menurut Ibn Rushd, manusia tidak menguasai penuh takdirnya atau tersedia ditentukan baginya.(Ead,1998). Untuk kefahaman yang lebih lanjut, kita perlu meneliti perihal Pendidikan Islam, matlamatnya, serta falsafahnya.

Matlamat Sebenarnya, matlamat Pendidikan Islam adalah untuk mengembangkan insan manusia untuk menjadi manusia yang mencintai Allah dan Pesuruh-Nya. Untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Khalifah dunia ini. 2) Falsafah Pendidikan Timur - Falsafah Pendidikan Timur boleh dikategorikan kepada dua mazhab: a) konfusianisme & Toisme b) Nasionalisme dan Internasionalisme a) Konfusianisme - Menurut Konfusionisme, kepentingan pendidikan terletak padahal mengubah tingkahlaku manusia supaya menjadi warga yang memiliki kelakuan mulia, mematuhi undang-undang, setia kepada kewibawaan dan mencintai negaranya. - Dalam perkataan lain, pendidikan ialah proses untuk memupuk kesempurnaan kelakuan etika manusia. b) Toisme - Menurut parapenganut Taoisme, peradaban hedonistis dan materialistis telah merusuk kehidupan manusia. - Untuk memulihkan peradaban yang sedang sakit manusia perlu kembali kepada alam dan menyatu dengan alam. - Ajarannya seperti bertapa di gunung untuk hapuskan dosa, diajak meninggalkan hal duniawi dan banyak menggunakan pendekatan untuk mewujudkan peropaduan. c) Nasionalisme dan Internasionalisme. - Pendidikan nasionalisme harus bermatlamat untuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah negara. - Pendidikan internasionalisme harus cuba memupuk hubungan baik, persaudaraan, harmoni, dan keamanan antara negara di dunia.

BAB 4
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
1) Falsafah Pendidikan Barat Tradisional: a) Essentialisme Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan. Bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) disamping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik. Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran.

Guru juga bertanggungjawab untuk mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru dianggap sebagai contoh teladan. b) Perennialisme Fokus perennialisme adalah pada perkembangan peribadi. Oleh sebab manusia ialah manusia, maka mereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitan dengan manusia dahulu, bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik. Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebih dahulu, dan bukannya tajuk-tajuk vokasional.

2) Falsafah Pendidikan Barat Moden: a) Progressivisme - Mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. - Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak hendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan. - Ahli progressivis menganggap peranan guru sebagai pembimbing untuk penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik. - Menggunakan pendekatan induktif. b) Eksistentialisme Berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpas ebarang tujuan. Seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri Mereka bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk pada sebarang autoriti luar. Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid. Rekonstruktionisme Ia adalah hasil daripada Progressivisme. Untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Kurikulum rekonstruktionisme menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Secara umumnya, pendidikan untuk membina masyarakat dan menyelesaikan masalah masyarakat. Idealisme Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia penting dalam kehidupan Menekankan aspek kerohanian dan nilai-nilai murni yang baik. Ada 2 konsep iaitu kebebasan dan rasionaliti (mengeluarkan idea) Pengetahuan sebenar diperoleh daripada pemikiran sendiri dan bukan hanya dicurahkan sahaja.

c) -

3) -

BAB 5
IMPLIKASI FALSAFAH TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1) 2) 3) Implikasi terhadap kurikulum Meningkatkan pendedahan & penguasaan BI. Menekankan melahirkan insan yang berkeyakinan diri dan berdikari. Memupuk budaya sains dan teknologi. Memupuk budaya keusahawanan & niaga Pengukuhan BM sbg satu cabang ilmu pengetahuan Implikasi terhadap institusi pendidikan Kemudahan asas di sekolah mencukupi & sesuai bg aktiviti berpusatkan murid. Menerapkan nilai-nilai mulia melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Pupuk yakin diri kpd murid-murid. Implikasi kepada golongan pendidik Beriltizam/berusaha mencapai asperasi FPK Sedia laksanakan strategi P&P baru utk lahirkan insan yg seimbang. Mencipta inovasi dlm sistem pendidikan, berfikiran lebih positif/dinamik. Berpandangan jauh & berusaha mencapai Wawasan2020. Meningkatkan kecemerlangan diri selari dgn perubahan sistem pendidikan.

BAB 6
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia. 1) Perkaitan FPK dengan cabang falsafah: Cabang falsafah Ciri FPK Metefizik holistik dan bersepadu (berkaitan dengan punca dan perhubungan) Epistemologi Usaha berterusan (membayangkan bahawa pengetahuan sentiasa berubah) Aksiologi Kepercayaan teguh kepada Tuhan Logik Keterampilan (prosedur yang digunakan untuk membezakan penaakulan sah dan tak sah) 2) Ciri- ciri FPK - Usaha berterusan - Memperkembangkan lagi potensi individu - Menyeluruh & bersepadu - Seimbang dan harmonis - Intelek - Rohani - Emosi

Fizikal Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Berketerampilan Berakhlak mulia Bertanggungjawab

BAB 7
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 1) Hubungkait antara FPK dan FPG. - Menghasilkan perkembangan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbangM dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 2) Pembentukan FPG. FPG digubal bertujuan utk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK Secara dasar, FPG menjelaskan jenis guru yg diperlukan negara kita yg berbunyi; (Guru yg berpekerti mulia) (berpandangan progresif dan saintifik) (bersedia menjunjung aspirasi negara) (menyanjung warisan kebudayaan negara) (menjamin perkembangan individu) (memelihara suatu masyarakat yg bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin)

3) Matlamat FPG. - Menghasilkan guru yg berkualiti dari segi : i. Peribadi ii. Profesional iii. Sosial dan amalan t/laku iv. Menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan 4) Model Konseptual Pendidikan Guru(3 Dimensi Utama Akauntabiliti Guru) Merangkumi 3 dimensi utama: a) Ketuhanan (peningkatan ilmu berteraskan kepercayaan kepada agama) b) Kemasyarakatan ( guru sebagai pndidik, pemimpin dan agen perubahan) c) Kendiri (pembentukan budaya ilmu, sahsiah, dan nilai murni)

a) b) c) -

Di bawah 3 dimensi utama tersebut, ia merangkumi 3 aspek asas: Pengetahuan (berkaitan dgn perkembangan dan kepentingan pendidikan dlm kehidupan) Kemahiran (mahir menggunakan bahan untuk P&P yang berkualiti) Nilai (perlakuan guru yang baik selaras dengan profession perguruan) Model tersebut menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi JERI.

5) Analisis FPK dan FPG. Matlamat yang perlu dicapai: Menjalankan ko-kurikulum di semua peringkat Perkembangan pendidikan vokasional Penerapan nilai-nilai Islam Penerapan nilai-nilai murni Mengeluarkan guru permulaan yg berkesan untuk sekolah rendah & menengah

Ciri-ciri guru yang berkesan: Kecindan Daya kepimpinan Berwibawa Dedikasi - Tenaga mental tinggi Nilai-nilai Keguruan - PERIBADI (Baikhati, sabar, jenaka, b/tgjwb, yakin, kepimpinan) - SOSIAL (budi pekerti, ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti, jujur,) - PROFESIONAL (Ingin tahu, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan, daya usaha)

6) Implikasi FPG a) Peranan Guru Sebagai Pendidik Guru melengkapkan diri dengan pengetahuan am serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kpd diri dan pelajar. Menggunakan ilmu dan kemahiran utk mendidik serta nilai keguruan utk merangsang perkembangan pelajar.

b) Terhadap Sistem Pendidikan Guru - Guru disifatkan sbg role model dan teladan kpd murid - Guru semestinya mempunyai sahsiah dan sikap yg baik, akaunbiliti terhadap murid, ibubapa dan masyarakat bagi penyampaian ilmu yang berkesan.

7) -

Implikasi FPK & FPG Kepada Pendidik Mesti cemerlang dlm aspek akhlak dan akademik Peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat & negara Menjadi seorang guru yang serba boleh Mempunyai tenaga & stamina tinggi

8) Bahagian Pendidikan Guru (BPG) - Bahagian di KPM yg mengendalikan prog pendidikan perguruan pra perkhidmatan dan dlm perkhidmatan. - Prog pendidikan perguruan berhasrat memenuhi FPK dan FPG utk melahirkan guru yg profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

a) Visi - Membentuk sistem pendidikan guru yg bertaraf dunia dari segi kualiti yg dpt memenuhi aspirasi negara Malaysia. b) Misi - Melaksana sistem pendidikan guru yg bertaraf dunia utk memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia . c) Matlamat BPG - Melatih guru permulaan utk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia. - Membina insan guru yg berakhlak mulia, berilmu, kreatif, kritis dan berdaya tahan yg boleh mendidik dgn cekap dan berkesan. - Mengembangkan IPG sbg pusat rujukan dlm bidang keguruan. 9) IPG a) Visi - Melahirkan guru yg bertaraf dunia, profesional, berketrampilan, dinamik dan mengamalkan nilai-nilai murni b) Misi - Melaksanakan sistem pendidikan guru yg mencapai kecemerlangan menyeluruh dari segi akademik, gerak kerja kokurikulum dan pembangunan sumber manusia yg unggul.

BAB 8
Kerjaya Guru Sebagai satu ibadah Menurut perspektif: a) Islam (Tok Guru mengajar di pondok) Tok guru juga sbg rol model dan teladan utk dicontohi dan disanjung. Pakar rujuk bagi menyelesaikan masalah berkaitan dgn agama. Semasa sesi pengajaran, budak pondok diajar dlm interaksi sehala dan alquran dibaca berulang-ulang utk pengukuhan dan teknik hafalan juga digunakan. b) Buddha (rahib mengajar di rumah rahib atau sangha) Di buka kpd semua yg berminat Pengajaran tidak berpandukan buku, tetapi secara lisan shj dan hafalan tentang yg terkandung dlm Dhamma(kebenaran) dan Vinaya(Disiplin). Rahib dihormati dan sbg rol model. Sbg sumber pendapatan rahib, penganut memperolehi pahala melalui pemberian hadiah (wang atau barangan) dan sokongan moral. c) Sikh (guru sebagai jambatan penghubung dengan tuhan) Guru nanak sbg yg pertama dlm pengasas agama sikh dan terakhir sbg Guru Gobind dlm rantaian 10. Guru seorg yg berilmu lengkap dan komprehensif mengenai kitab-kitab suci mereka. Guru sbg pelita jalan yg menunjukkan jalan yg benar kpd murid-muridnya.

d) Hindu (guru sebagai wali tuhan) Guru dianggap sbg sentiasa mengawal pertuturan, t/laku dan wajib dihormati selepas ibu bapa. Ibu bapa dan guru sbg pasangan dlm pendidikan, dimana ibu bapa t/jawab kebajikan fizikal sementara guru ke atas t/jwb kebajikan kerohanian, moral dan profesional, berdisiplin Pengajaran-teknik hafalan. e) Kristian (sebagai pembimbing, melindungi, menentukan arah tepat, dorongan) Membimbing dan membantu murid melengkapkan diri dgn ilmu yg terkandung dalam kitab suci mereka tetapi bukan semua tanggungjawab guru. Melindungi-melindungi murid daripd kumpulan tertentu yg membawa pengaruh negatif Menentukan arah tepat tentang kebenaran berdasarkan kitab suci. Memberi dorongan wajar dlm meningkatkan pencapaian murid spt kata pujian,hikmah dll.

BAB 9
PERJUANGAN INSAN PENDIDIK 1) Socrates Seorang yg cenderung kpd penaakulan kritikal dan komitmen terhadap ketelusan Pernah menjadi askar kemudian sbg pengukir batu Sentiasa berbincang ttg ilmu, nilai, politik dsb bersama golongan muda Sbg Mahaguru Athens kerana keikhlasan berkongsi ilmu tanpa balasan material.

2) Plato - Anak murid Socrates dan guru kpd Aristotle - Karya (Dialoge dan Republic) berkaitan disiplin iaitu etika, falsafah politik, psikologi moral, epistemologi dan metafizik. - Tubuh sekolah sendiri di Athens sbg academi dan digelar universiti pertama di Eropah. - Menawarkan satu kurikulum m/p spt astronomi, biologi, matematik, teori politik dan falsafah - Berkhidmat di sekolah tersebut sehingga meninggal dunia - Pendapat beliau tentang peranan guru, guru mesti perihatin dan menjaga kebajikan murid, - pendidikan sbg satu entiti moral, maka guru b/tgjwb menyampai ilmu. - Guru juga perlu mengenal pasti tahap dan had ilmu yg berasaskan kebenaran dan nilai. 3) Aristotle - Anak murid Plato dan guru kpd Iskandar Dzulkarnain. - Penulisan beliau berkaitan pendidikan, sastera, fizik, metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologi dan zoologi. - Sbg guru di sek Academy , mengajar m/p retorik(teknik memujuk) - Mendirikan sekolah sendiri bertempat di Lyceum - Amat komited dan tekun mengajar serta mengarang risalah yg megandungi idea-idea berfalsafah. - Kuliah beliau dikategorikan perbincangan terperinci sebelah pagi utk kump. Murid diperingkat lanjutan dan perbincangan umum sebelah ptg utk kumpulan awam. - Semasa mengajar gemar berjalan ke sana sini, - Juga menjalankan kajian terhadap pelbgai m/p - Berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan utk menyimpan bahan purbakala.

4) -

Al Ghazali Beliau merupakan perintis falsafah Islam. Digelar Hujjatul Islam. Beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan),politik,logik dan etika(akhlak). Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak bertentangan dengan Islam. Beliau juga dikagumi oleh orientalis-orientalis barat. Menulis 72 kitab. Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti ilmu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain. Karyanya yang paling terkenal adalah Tahafutal-Falasifah dan IhyaUlumiddin

5) Jean Jacques Rousseau Bagi beliau manusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadi masing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body) yang menentukan bentuk undang-undang yang akan melindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyai hak asasi yang sama.

a) Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalam pemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagai satu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmu pegetahuan yang baru. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyai tanggungjawab penting untuk membantu dalam usaha membina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektual awam (public intellectuals). Mereka semua berpendapat betapa pentingnya diwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaran ilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidang dalam disiplin sains sosial.

b) Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuat beberapa sumbangan penting kepada pertumbuhan pendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:Mereka telah membuat penelitian intensif dan ekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat, sifat manusia dan ciri alam semulajadi. Mereka berjaya mengembangkan sistem pendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmu sekular. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuan ilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

6) HAMKA nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah Beliau hanya belajar setakat gred 2. Namun,ketika beliau berumur 10 tahun,ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di - kampung halamannya Padang Panjang. Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab. Beliau banyak menerbitkan buku-buku dan karya. mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia akibatnya beliau dipenjara dan dipecat.

BAB 10
TOKOH-TOKOH PENDIDIK NEGARA
1) ZABA Keistimewaan berkebolehan penulisan yg menggabung semua aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik. Penulisan yg berkaitan kemiskinan dan cara-cara meningkatkan taraf ekonomi dlm kalangan orgorg Melayu Gelaran sbg peneroka tatabahasa Melayu. Perancang kurikulum sekolah serta penulis buku teks yg digunakan di Tanah Melayu dan Sumatera semasa era Jepun. 2) 3) DR. Burhanuddin Al-Helmy Seorang ulamak, ahli Tasawuf, ahli pidato, sasterawan dan ahli perubatan Homeopati Didikan agama yg mantap Semangat Kebangsaan dan cita-cita politik Islam Banyak menulis karya berkaitan keagamaan. Aminuddin Baki Sbg Bapa Pendidikan Malaysia Dilahirkan di Chemor,Perak MenubuhkanPersatuanPelajar-pelajarMelayuInsaf(PERMI) diPerak. SetahunkemudianmenubuhkanGabunganpelajarMelayuSemenanjung(GPMS) SUMBANGAN: a) Memperkenalkan Sejarah Islam kpd guru pelatih Maktab perguruan Sultan Idris (tapi tak termasuk dlm Sukatan pelajaran). b) Melibatkan diri dlm penyediaan Penyata Razak 1955. c) Ahli J/kuasa penasihat dlm menyiapkan Laporan Rahman Talib pd 1960. d) Wujudkan SRP, SPM danSTPM e) Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

BAB 11
MODEL-MODEL KURIKULUM 1) Apa itu Kurikulum - Kurikulum merujuk kepada segala ilmu dan kemahiran yang dirancang dan dilaksanakan di institusi pendidikan merangkumi mata pelajaran dan kandungan mata pelajaran yang ditawarkan, hasil pembelajaran serta pengalaman yang diperolehi.

2) MODEL-MODEL KURIKULUM a) Model Objektif Model Tyler Pengasas : Ralph W. Tyler Model ini mengandungi 4 kompenen iaitu objektif, kandungan, pengurusan dan penilaian Merupakan satu ends-means model. Produk pengajaran (ends) hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran (means) Model ini berfokuskan kepada pembentukan objektif tingkahlaku dan pencapaian tujuan asal proses pendidikan Model Taba Pengasas : Hilda Taba Model ini mengandungi 7 kompenan yang menggariskan langkah pelaksanaan mengikut satu urutan 1. Diagnosis keperluan 2. Pembentukan objektif 3. Pemilihan kandungan 4. Pengurusan kandungan 5. Pemilihan pengalaman 6. Pengurusan pengalaman pembelajaran 7. penilaian menekankan kepada tujuan pendidikan atau objektif pengajaran (hasil pembelajaran) bersifat sistematik kerana mempunyai mempunyai kompenan dan ;angkah pelaksanaan tertentu ke arah pencapaian tujuan pendidikan y ingin dicapai. Objektif pengajaran yang ingin dicapai di garis dengan jelas. Jadi kandungan dan kaedah mengajar guru lebih terurus dan pencapaian murid lebih mudah dinilai

b) Model proses Model Stenhouse Pengasas : Lawrence Stenhouse Model ini melihatkan kurikulum sbg satu proses y mpunyai ciri dan prinsip tertentu serta menekankan interaksi antara guru dgn murid, murid dgn murid, guru dgn bahan. Model kurikulum ini dikatakan satu proses y mempunyai ciri berikut 1. Aktif 2. Dinamik 3. Bukan berbentuk fizikal 4. Melibatkan interaksi antara guru, murid & ilmu disampaikan Satu kurikulum seharusnya berupaya utk menyediakan asas bagi perancangan sesuatu kursus. Jadi, ia mengandungi prinsip tertentu iaitu 1. Pemilihan kandungan apa yang diajar & dipelajari 2. Pemilihan strategi mengajar bagaimana diajar 3. Penentuan kandungan y diajar 4. Pelaksanaan kurikulum dlam konteks sekolah, murid & persekitaran y berbeza Kurikulum sbg penyampaian kandungan oleh para pendidik kpd sasaran masing dalam situasi pendidikan tertentu Objektif pengajaran dan kaedah mengajar tidak akan ditentukan terlebih dahulu.

BAB 12
PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KBSR 1) Pembentukan KBSR KBSR dilaksanakan scr percubaan di 305 buah sekolah seluruh Mlaysia 1982 dan telah dikuatkuasakan di semua sekolah rendah 1983 KBSR bermatlamat utk membekalkan murid sekolah rendah dgn kemahiran bahasa dan matematik utk berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. 2) Perubahan KBSR Pada tahun 1988, KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan Perubahan dalam KBSR berlaku dari segi Kurikulum dan Budaya sekolah Antara perubahan dari segi Kurikulum KBSR ialah pengenalan 3 mata pelajaran baru iaitu kemahiran hidup, Sains dan Kajian Tempatan, pembahuruan terhadap mata pelajaran (Bahasa, P. Moral, P. Islam dan P. Jasmani) dan penggunaan sempoa Perubahan dari segi budaya sekolah merangkumi suasana sekolah yang ceria dan kondusif utk proses PnP, unsur patriotisme dan unsur kesepaduan. 3) Proses Pelaksanaan KBSR KBSR berkisar kpd 4 prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup, dan pendidikan y sama utk semua murid.

Prinsip 1 pendekatan bersepadu Pendekatan bersepadu berlaku melalui 4 cara iaitu 1. penggabungjalinan kemahiran dilaksanakan dlm satu matapelajaran @ antra matapelajaran 2. penyerapan pelbagai bdang ilmu dlm matapelajaran dan merentasi matapelajaran dan unsur nilai dalam matapelajaran 3. kesepaduan antra 2 unsur berlaku sama ada antra kurikulum & kokurikulum, pengetahuan & amalan & pengalaman sedia ada atau pengalaman baru 4. unsur merentasi kurikulum merujuk kpd bhasa merentasi kurikulum, alam sekitar merentasi kurikulum, sains merentasi kurikulum dan sbgnya Prinsip 2 perkembangan individu secara menyeluruh dapat dicapai melalui semua matapelajaran y dpt memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani, dan intelek murid. Prinsip 3 - pendidikan seumur hidup proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak ada had dari segi jangka waktu.

Prinsip 4 pendidikan y sama utk semua murid bahawa semua murid pada tahap persekolahan y sama mengikuti kurikulum y sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan y berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.

4) Struktur KBSR Bidang bidang komunikasi merangkumi kompenan kemahiran asas (3M) y diajar melalui matapelajaran bahsa dan metematik bidang manusia dan alam keliling mempunyai kompenan kerohanian, nilai dan sikap u=y dipupuk melaui matapelajaran P, islam & P. Moral dan sains dan kajian tempatan bidang perkembangan diri individu terdiri drpd kompenan kemhiran hidup, kesenian dan kesihatan y diberi penekanan melalui matapelajaran keahiran hidup, pendidikan Seni, p. Muzik dan PJK. Kompenan 3 bidang KBSR y disenaraikan dibahgikan kpd 6 kompenan 1. Kemahiran asas (3M) 2. Kerohanian 3. Nilai dan sikap 4. Kemahiran hidup 5. Keseniaan dan kesihatan 6. Kokurikulum Penekanan Dalam KBSR KBSR mengutamakan 10 aspek y berlainan iaitu 1. Kemahiran asas 2. Kemahiran berfikir 3. Nilai merentasi kurikulum 4. Bahasa merentasi kurikulum 5. Patriotisme 6. Sains dan teknologi 7. Strategi PnP berpusatkan murid 8. Penilaian berterusan 9. Pemulihan dan pengayaan 10. Prinsip mudah alih

Strategi Pengajaran dan Pembelajran Strategi PnP KBSR adalah berpusatkan murid, mengambilkira faktor perbezaan individu dan berasaskan kebolehan murid y berbeza Suasana dan persekitaran y meransang pembelajran dibahagikan kpd 2 aspek

1. Fizikal spt ruang pmbelajran, ruang pameran, bahan pengajaran dan pembelajran dan sbg 2. Sosio-emosi - Pertuturan dan perlakuan guru y sopan dpt memupuk kemesraan dan suasana y kondusif - Keprihatian guru terhadap murid - Kebolehan guru Guru y melaksanakan PnP berpusatkan murid hendaklah berpegang kpd prinsip iaitu 1. Penglibatan murid y aktif 2. Penilaian y berterusan 3. Penilaian kendiri & penambahbaikan 4. Penerokaan cara penyempurnaan tugasan 5. Perolehan pelbagai pengalaman 6. Peluang membuat keputusan 7. Penghargaan atas usaha 8. Penguasaan kemahiran belajar & berfikir Teknik 1. Main peranan 2. Tunjuk cara 3. Lakonan 4. Simulasi 5. Bercerita 6. Lawatan 7. Permainan 8. Projek

Penilaian Penilaian adalah satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan pendidikan mengenaipenguasaan, perkembangan dan pencapaian murid Penilaian boleh dibahagikan kpd 2 iaitu penilaian formatif (PKSR) dan sumatif (UPSR)

Tindakan Susulan 3 jenis aktiviti tindakan susulan 1. Pengukuhan Merupakan aktivit PnP y mengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong mereka utk belajar lebih tekun lagi. 2. Pemulihan Aktivit PnP khusus y diberikan kpd murid y gagal menguasai @ menghadapi masalah tertentu berkaitan dgn kemahiran 3M 3. pengayaan

aktiviti PnP tambahan dan pelbagai utk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid

Tambahan BAB 3 KONSEP LAO "Tao melahirkan yang Satu "bermaksud Tao ialah sesuatu yang aktif-sesuatu tindakan yang semula jadi dan bukan paksaan. "Yang Satu melahirkan yang Dua" merujuk kepada kuasa kembar "Yin dan Yang". Yin dan Yang adalah pasangan yang bertentangan yang dapat dilihat diseluruh alam semesta seperti baik dan buruk, cahaya dan kegelapan, lelaki dan perempuan. "Yang Dua melahirkan Tiga" merujuk 3 serangkai Syurga, Bumi dan Perikemanusiaan. "Yang Tiga melahirkan segala makhluk" menggambarkan segala makhluk wujud pada akhir perkembangan kosmos.

Prinsip Asas Wu-wei - Seseorang itu patut mengharmonikan diri sendiri dengan prinsip-prinsip utama yang berfungsi dalam alam semesta dan tidak harus menentangnya. - Semua usaha untuk mencapai sesuatu diluar kemampuan kita adalah tidak betul. Aksi dan perbuatan haruslah spontan.

Anda mungkin juga menyukai