Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI BIMBINGAN

Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. (DBP)

Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996)

Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996)

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.

Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu.

Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.

Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela.

Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan ;


NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling

Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya

Kaunseling adalah nasihat Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja Kaunseling adalah berbual-bual sahaja Kaunseling boleh mengubati semua masalah tingkah laku Kaunseling untuk orang kaya sahaja Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja Klien dipsiko apabila jumpa kaunselor Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor Habis terbongkar semua rahsia

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.

Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.

Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya.

Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan.

Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ; ~ Memahami dirinya yang sebenar

~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan ~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah ~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah ~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung

Secara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ; ~ Pertolongan yang profesional ~ Perhubungan dan interaksi dua hala ~ Pembelajaran semula ~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA

Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat.

Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.

Slide 12 .O {font-size:149%;} Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuhpenuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. ~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri. ~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. ~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.

TUJUAN KAUNSELING Memberi Maklumat


Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor

Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya

Menggalakkan Celik Akal

Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)

Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya

Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya

Memberi Sokongan

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

Penyelesaian Konflik

Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat

Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individuindividu lain

Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.

MATLAMAT KAUNSELING

Menolong mengubah tingkah laku Membantu membuat keputusan Membentuk kemahiran daya-tindak Mempercepatkan seseorang menjadi rasional Memperbaiki hubungan interpersonal Memahami dan mengelolakan kecemasan

KESIMPULAN Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ;

Memahami diri dan situasinya Mengenal pasti keperluanya Menerima realiti hidupnya Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Rujukan : http://angrianiworld.com/ubk/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemi d=66

Anda mungkin juga menyukai