Anda di halaman 1dari 3

MEMBACA ANALISISI = SQ3R PENDAHULUAN Diperkenalkan oleh ahli psikologi Amerika, Francis P. Robonson pada tahun 1941.

Dikatakan telah teruji dan berkesan untuk pelajar kolej dan universiti. KONSEP S Survey (Tinjauan Awal) Q Question (Menyoal) R Read (Membaca) R Review (Tinjauan Semula) R Recite (Menyatakan Kembali) PROSEDUR S Survey (Tinjauan Awal) Pelajar dikehendaki menyemak teks yang dipilih secara keseluruhan. 1. Baca pendahuluan, kata pengantar, dan sinopsis untuk mendapat gambaran menyeluruh berkaitan tujuan penulisan, skop penulisan, peringkat kesukaran dan pengetahuan atau pengalaman yang diperlukan untuk meningkatkan kefahaman. 2. Tinjau susunan jadual, ilustrasi, gambar rajah, dan indeks untuk mendapat gambaran yang lebih jelas--akan membantu pemahaman terhadap teks.

Q Question (Menyoal) Gunakan maklumat dalam langkah tinjauan awal untuk membina soalan-soalan berkaitan kandungan teks. Tugas ini mungkin menjadi mudah sekiranya soalan sudah disediakan di hujung teks. Jika soalan tidak dapat dibina, ubah ayat atau perkataan yang dihitamtebalkan menjadi pertanyaan. Gunakan prinsip 5W + 1H (what, when, where, who, why + how). Langkah ini memungkinkan pembaca menumpukan perhatian untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibina. R Read (Membaca) Baca teks dengan teliti dari satu perenggan ke satu perenggan. R Review (Tinjauan Semula) Tuliskan isi-isi penting bahan yang telah dibaca. R Recite (Menyatakan Kembali) Semak semula isi-isi penting dan idea sokongan pada catatan atau berdasarkan penandaan pada teks.
TEKNIK SQ3R

Satu daripada teknik membimbing pelajar dalam pembelajaran membaca ialah SQ3R. 1. Skimming: Lihat sepintas lalu tajuk-tajuk utama dengan cepat untuk mendapatkan idea keseluruhan. 2. Questions: Tukarkan tajuk utama menjadi soalan. 3. Read: Bacalah keseluruhan bahagian tersebut untuk mendapatkan jawapannya. 4. Review: Setelah sesuatu petikan itu dibaca, dengan serta--merta cubalah menyusun idea dan isi-isi penting untuk disampaikan oleh pengarang. Pelajaran ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh guru. 5. Recite: Setelah tajuk utama bagi sesuatu bahagian atau perenggan disebut melalui ingatan untuk menjawab soalan, catatlah jawapan. Langkah kedua, ketiga dan keempat hendaklah diulang bagi tajuk, bahagian atau perenggan seterusnya. S = Skimming Skimming ialah membaca secara keseluruhan dengan menggunakan teknik "survey" bagi mendapat idea keseluruhan. Pembaca hanya melihat teks secara seimbas lalu sebelum membacanya dengan teliti. Prosesnya adalah seperti di bawah. 1. Semak tajuk bahan untuk memastikan perkara yang akan dibaca. 2. Lihat keseluruhan bahan dari awal hingga hujungnya untuk mengetahui panjang bahan itu. 3. Beri perhatian kepada tajuk-tajuk utama dan subtajuk untuk mendapat gambaran keseluruhan. 4. Lihat carta, graf atau ilustrasi dan tajuk-tajuk untuk mendapatkan rancangan penulis. 5. Dengan pantas bacalah tajuk nota, perenggan pengenalan dan ringkasan teks tersebut untuk mendapatkan idea keseluruhan teks itu. Q =Question Tulis soalan pada sekeping kertas. Antaranya ialah perkara yang ingin diketahui daripada pengarang dan hal yang hendak dinyatakan oleh pengarang. Ini dapat dilakukan dengan mengubah tajuk atau tajuk kecil menjadi soalan. R = Read 1. Baca perenggan pengenalan dengan teliti. 2. Tambah soalan-soalan lain, jika perlu. 3. Baca isi-isi yang kurang penting. 4. Tandakan perkataan-perkataan sukar. Maknanya boleh ditentukan kemudian. 5. Bertanyalah terus: Apakah tujuan penulis dalam menyampaikan bahan bacaan ini? R = Review Selesai membaca, cuba ingat setiap bahagian yang telah dibaca. Apakah tujuan utama penulis? Apakah isi-isi penting? Apakah rancangan keseluruhannya? Cubalah ingat isi-isi penting bahan tersebut. R = Recite Kita dapat memahami sesuatu dengan mencatat menyampaikannya semula kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Oleh itu, jawab setiap soalan dan buat catatan. Kemudian, sebaikbaiknya nyatakan perkara itu kepada rakan. Perlakuan ini akan membantu pembaca belajar dengan berkesan.

1. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) baca R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning . Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalansoalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagianbahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal_

Anda mungkin juga menyukai