Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan

tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek MTE3103, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang pop up amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari cara-cara membuat pop up yang berkaitan melalui internet. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang pembinaan pop up dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah saya yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh, MOHD IZHAR BIN MAHMUD 810624075591

Anda mungkin juga menyukai