Anda di halaman 1dari 2

Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang telah menyebabkan 16 orang anak yatim di Madrasah alHidayah at-Tagwa terkorban

pada 21 Mei 2011 yang lepas disebabkan beberapa faktor. Yang utamanya adalah aktiviti manusia di mana cerun potongan dibina terlalu curam dan dibiarkan tanpa sebarang kaedah pengukuhan cerun. Tambahan pula, tiada zon penampaan (buffer zone) dan zon penyelenggaran. Walaupun kejadian tanah runtuh adalah kejadian semulajadi, dengan campurtangan manusia, ia berlaku dengan lebih kerap. Oleh itu, tiga langkah diambil oleh Kerajaan Negeri. Pertamanya, pemantauan dijalankan dengan lebih kerap. Kedua, kerja-kerja menyelanggara akan dibuat. Ketiga, kami berusaha meningkatkan kesedaran awam khususnya mereka yang duduk berdekatan cerun mengenai tanggungjawab mereka dalam memantau dan menjaga cerun. Bagi pihak MPKj, Unit Cerun akan ditubuhkan di bawah jabatan kejuruteraan yang mana fungsinya adalah untuk memantau pembangunan di kawasan berbukit/cerun/tanah tinggi. Satu unit tindakan juga telah ditubuhkan untuk menjalankan inventori bagi kawasan pembangunan tanah tinggi di kawasan Hulu Langat. Di peringkat negeri pula, kami sudah ada jawatankuasa khas kawasan sensitif alam sekitar yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Pelajar-pelajar dan penghuni Madrasah al-Hidayah at-Taqwa ditempatkan sementara di asrama anak yatim yang berdekatan. Penempatan semula di lokasi yang lain akan dibina setelah laporan bagi kejadian ini disiapkan. Satu tapak tanah sudah dikenalpasti di Semenyih. Kerajaan Negeri juga telah memberi sumbangan tunai sejumlah RM26,000 untuk semua keluarga mangsa-mangsa. Kami tidak terlibat dalam bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Perseketuan, kecuali kalau janji tidak dikotakan. Di Bukit Antarabangsa pula, beberapa langkah sudah diambil oleh pihak MPAJ. Contohnya, kerjasama dengan pihak NGO untuk meningkatkan kesedaran awam dan mengenalpasti ceruncerun yang lemah. Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan penduduk di Bukit Antarabangsa bahawa setakat ini, kami belum dibenarkan untuk membaca dan melihat peta bahaya (hazard map) JKR, kerana ddokumen terebut terletak di bawah OSA. Laporan bencana 2008 tersebut juga masih di bawah OSA. Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Persekutuan akan membentangkan undang-undang yang mengalakaan ketelusan dan kebebasan maklumat seperti Enakmen Kebebasan Maklumat di Selangor. Ini untuk memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat selalu di dahulukan, seperti yang biasa dilaungkan oleh Perdana Menteri.

Landslide in Hulu Langat which has resulted in 16 orphans at Madrasah Al-Hidayah at-Tagwa died on May 21, 2011 the last due to several factors. Based on Tourism, Consumer Affairs and Environment Committee chairman Elizabeth Wong, the key is the human activity which was built too steep cut slope and left without any slope reinforcement. Furthermore, there are no buffer zone and maintenance zone. Although landslides are a natural occurrence, human interference, it occurs more frequently. Thus, the State Government had taken several measures to check landslides in the state. Firstly, the monitoring will be done more frequently around the landslides area and possible slope that will undergoes landslides in the future. Second, the maintenance work will be done. Third, raising public awareness especially to those who live near the slopes on their responsibilities to monitor these areas. A unit had been established in the engineering department of the Kajang Municipal Council to monitor development the hills / slope / highlands in Hulu Langat. One unit of action has also been established to conduct an inventory of the upland development in these areas. At the state level, there have a special committee of environmentally sensitive areas, which is chaired by the State Secretary.

Anda mungkin juga menyukai