Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH INTEGRITI MARANG

PENJARA MARANG,
21600 MARANG, TERENGGANU

SKRIP

TEATER

SEHARI DALAM HIDUP


JINGGAT
SINOPSIS

Sehari dalam Hidup Jinggat” menceritakan kehidupan dan pandangan orang Semenanjung khususnya
terhadap masyarakat bumi Kenyalang Sarawak. “Sehari dalam Hidup Jinggat” merungkai persoalan
kehidupan eksotik masyarakat Sarawak yang pernah menjalani kehidupan primitif seperti memburu
kepala mangsa untuk diangkat menjadi hero. Pembangunan adalah salah satu isu dan dilema kepada
masyarakat ini untuk mempertahankan adat dan budaya nenek moyang mereka.
Tema : Kebudayaan, Adat dan Pemodenan

Persoalan : 1. Keinginan anak muda semenanjung mendalami budaya dan adat kaum Iban.

2. Kegigihan tuai rumah iaitu Jinggat mempertahankan budaya dan adat kaum Iban

serta menolak pembaharuan / pembangunan.

Plot :

1. Permulaan
- Anwar,Nany, Saiful, Karim dan Ningkan menuju ke rumah panjang dengan menaiki bot.

2. Sambutan
- Anwar, Nany, Saiful dan Karim disambut oleh Jinggat dan penduduk rumah panjang.

3. Adat dan persoalan


- tarian, ucapan aluan diselangi dengan upacara miring oleh penduduk rumah panjang
kepada Anuar dan kawan-kawan.

4. Klimaks
- Connie menceritakan kepada Anwar peristiwa karam anak buah Jinggat

5. Peleraian
- Jinggat juga ingin membeli sebuah bot suatu hari nanti. Anwar pulang dengan mendapat
jawapan dari persoalannya.

Latar :

•Tempat : Rumah Panjang

: Di sungai

•Masa : Zaman 70-an

•Masyarakat : Kaum Iban

: Orang Semenanjung
Watak

 Jinggat
 Anwar
 Nany
 Saiful
 Karim
 Connie
 Kalong
 Ningkan
 Taja
 Pia
 Marie
 Lily
 Annie
Maklumat Penulis Skrip

1. Norfakhrini binti Abdul Razab

2. Suhana binti Abd Aziz

Latar Belakang Kumpulan

Peserta:

1. MOHD BADRUL HAFIZAN BIN RAMLIE


2. MOHAMMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA
3. MOHD ZULKARNAIN BIN MOHD MOKHTAR
4. MUHAMAD ZUL IQBAL BIN HALIM
5. WAN MOHD ALIF NAIM BIN NOZLIHAN
6. AHMAD SYAMIL KHUZAIMI BIN MARZUKI
7. NIK ZULFADZLI BIN NIK ZULKARNAIN
8. MUHAMAD SYARIF HAKIM BIN SHAHPERI
9. MOHAMMAD ILMI BIN ABDULLAH
10. MUHAMMAD AZTIQ AMRIZAL BIN MOHD AMIR
11. MOHAMAD NUR EKMARUL FIZZI BIN ABDUL QAYYUM
12. MOHAMAD FAIZAL BIN KAMARUZAMAN
13. MUHAMMAD NUR ALASRAF BIN ZAINUDDIN
14. MUHAMMAD SYAFFIQ AFFZAN BIN HUSMADI
Sehari Dalam Hidup Jinggat
Introduksi :

Anak-anak buah Jinggat melakonkan situasi kaum Iban ketika zaman primitif. ( Diiringi muzik budaya Iban )

BABAK 1

Nanny : Jal.Jal…Tolong Jal… (sambil mengangkat beg)

Nanny : Eh, cepatlah korang…

Anwar : Terima kasih (kepada pemandu bot )

(Nanny menghirup udara nyaman )

Nanny : Wah nyamannya…Akhirnya sampai juga kita di sini. ( semua mengangkut barang )

( Anwar dan Nanny melihat sekeliling )

( Faizal dan Ikmal sibuk mengambil kamera dan buku catatan dalam beg )

( Ikmal hanya tumpu kepada beg dan kameranya )

(Nanny memusing-musingkan kepalanya..kegelisahan)

Anwar ( meletakkan tangannya sambil mengusap-usap kepalanya)

Nanny : Penghuni rumah panjang itu tidak primitif lagi War.( suaranya rendah, mukanya pucat )

Anwar : (senyum kecil sambil memandang Nanny )

Anwar : (berkhayal)

Nanny : Kau rasa apa ertinya kemanusiaaan bagi mereka War ? Jinggat jadi tuai rumah itu. Umurnya yang sudah
sangat tua mendesak dia mempertahankan tradisi. Dia sangat kolot. Baginya tradisi kaumnya adalah identiti
yang harus dikekalkan.

Faizal : Tanpa pakaian, pembunuhan dan mundur?Macam tu..

Nanny : Jinggat mahu lebih daripada itu. Kita lihat nanti apa jadinya. Kalau anak gadisnya tak berpakaian,kalau
kita harus mengikut telunjuk mereka secara seluruhnya dan kalau hanya Jinggat yang bersuara. Itu tandanya dia
berpengaruh kuat.

Ikmal : Kalau begitu kau harus berjaga-jaga Nanny. Dengar ni, menaiki bot ke suatu tempat, tempat dituju penuh
bahaya, kita ke sini datang berempat, jangan nanti pulang bertiga… betul tak Faizal?

Faizal : Engkau harus bersama aku saja Nanny sepanjang malam ini.Kita tidur bersama.

Nanny : Ah…Ada-ada saja kau orang ni.

( Semua ketawa kemudian sepi lagi..rasa bimbang membunuh kebahagiaan mereka )

Anwar : Eh..Kau orang ni..Nanny ni orang Kuching.Orang sini.Kita yang sepatutnya berjaga-jaga sebab kita orang
Kuala Lumpur,orang luar bukan orang sini.

Nanny : Betul kata-kata War tu..Kau orang hendak tahu tak,Sikap Jinggat sangat keras.Jinggat benci terhadap
pemodenan.

Faizal dan Ikmal : Ooo…macam tu..

Anwar (mengangguk-anggukkan kepalanya).


Anwar : Kawan-kawan,nampaknya kita dah lama di sini,ayuh kita ke rumah panjang.Tuai rumah sedang
menunggu kita.

BABAK 2

Upacara sambutan tetamu di rumah panjang.

(keluar ke kiri pentas )

Jinggat, Connie dan dua orang kampung masuk diikuti Anwar dan rakan-rakannya.

Anwar: Selamat sejahtera tuai rumah.

Jinggat : Selamat datai.Nama kamek Jinggat. Ini orang kanan kamek Connie.

Anwar : Saya Anwar, ini kawan-kawan saya,Nanny,Faizal dan Ikmal.

(berjabat tangan antara Anwar dan Jinggat)

(Pia membawa air tuak,menyerahkan air tuak kepada Anwar dan rakan-rakannya kemudian mengambil balik
gelas tersebut)

Connie :Silakan duduk

Jinggat : (bersuara dalam bahasanya…Bala kita diambu pengerandang ti udah ngerintis jalai pemenang.
Pemenang kita nya pan pemenang kami mega. Kita diturunka petara ngagai kami awakka bisa mai berita manah..

Connie : Jinggat berkata, anda telah dianggap sebagai pahlawan kami yang baru saja kembali dengan
kemuliaan.Kemenanganmu adalah kemenangan kami. Kamu adalah pengawal tuhan kami. Orang tengah yang
telah turun kepada kami untuk membawa kabar baik;

( Ikmal merakam gambar)

( playback muzik slow )

(Kemudian ,Anwar mengarahkan Faizal mengeluarkan cenderahati berbentuk replika bot dan memberikan
cenderahati tersebut kepada Jinggat)

Anwar : Jinggat,terimalah cenderahati yang tidak seberapa daripada rombongan kami.

(Jinggat serba salah untuk mengambil cenderahati tersebut kemudian dia melemparkan cenderahati itu)

Jinggat : ‘Aku enda rinduk meda perau’ (dalam bahasa Iban: Aku Benci Bot)

( muzik suspen dimainkan)

( Nanny, Ikmal dan Faizal masing-masing terkejut dengan perlakuan Jinggat )

Anwar : Connie, apa yang terjadi dengan Jinggat?

Connie : Maafkan kami, sebenarnya Jinggat tidak boleh terima cenderahati yang kamu beri apatah lagi bot.
Baginya bot adalah pengganggu semangat dan benda baru yang sangat dibenci

Anwar : Maafkan kami kerana tidak tahu menahu tentang hal ini..

Connie : Mengenai bot juga,ada satu peristiwa di mana orang-orang kami telah pergi ke pekan.Orang-orang kami
memohon dengan Jinggat untuk mendapatkan bot tetapi Jinggat tidak mengizinkan.Jinggat lebih suka mereka
menggunakan sampan kecil untuk ke pekan.Baginya,sampan lebih ekonomi,asli dan menggambarkan ketulenan
kaumnya. Dalam peristiwa itu, orang-orang kami telah berselisih dengan sebuah bot dan ombak bot telah
menyebabkan perahu mereka karam.Kesemua anak-anak buah Jinggat jatuh ke dalam sungai namun selamat
walaupun dipukul ombak bot.Jinggat sangat terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.
Nanny : Apa yang harus kita buat?

Connie : tak apa, malam nanti ada Upacara Miring. Disana nanti kamu cubalah untuk memujuk dan memohon
maaf daripada Jinggat.

Anwar : Kami minta maaf tentang perkara ini. Kalau macam tu,kita balik rehat dulu,malam nanti kita jumpa. (
Anwar dan semua keluar pentas)

BABAK 3

( Jinggat naik ke atas pentas diikuti dua orang kampung)

( Connie,Anwar dan rakan-rakannya naik ke atas pentas )

(Upacara Miring berlangsung, penari masuk dan menyambut tetamu, Jinggat masuk dan memusingkan ayam
ke atas kepala tetamu )

( Anwar menemui Jinggat untuk meminta maaf berhubung hal cenderahati tersebut )

Anwar : Jinggat, saya mewakili rombongan ingin memohon maaf di atas peristiwa petang tadi.

Jinggat :

Connie : (menterjemah) tidak mengapa, kamek maafkan. Cuma kamek terkejut melihat Bot yang kamu
berikan.

Anwar : Saya tidak tahu tentang peristiwa itu setelah Connie menceritakan segalanya barulah kami faham.

Jinggat :

Connie : Katanya, kamek tidak mahukan pemodenan masuk dalam kampong kamek.

Anwar : Maafkan saya kalau kata-kata saya ini menyinggung hati kamu semua.. kalau tidak ada pemodenan
macamana kampong ini diketahui orang lain.

Jinggat :

Connie :Kamu semua boleh lihat sekarang bila orang luar masuk dalam kampung ini apa sudah jadi denga
budaya adat resam kampung ini.

Nanny : Pemodenan juga penting. Tanpa pemodenan macamana orang luar ingin mengenali kampung ini,
contohnya seperti bot, sangatlah diperlukan sama ada orang kampung mahu pun orang luar.

Anwar : bukan niat kami untuk mengeruhkan lagi keadaan , Cuma kami mahu Jinggat fikirkan untuk orang
kampung dan generasi akan datang.

Nanny : tanpa pemodenan generasi akan datang tidak lagi mahu tinggal di kampung ini dan siapa akan
mewarisi budaya dan adat resam kampung ni..

Anwar : Kami mohon undur diri dulu.. salam sejahtera.

( Jinggat terkedu mendengar kata-kata Anwar dan Nanny. Anwar dan Nanny keluar pentas diikuti oleh Connie
meninggalkan Jinggat berseorangan sambil merenung dan mundar mandir memikirkan sesuatu)

(Jinggat keluar pentas)

Babak 4

Jinggat : Connie…..Connie… ( sambil berlari masuk ke dalam pentas)


( Connie masuk pentas menuju kea rah Jinggat…. Jinggat kelihatan sangat senang hati.. mereka berdua
kegembiraan masuk. Anwar dan rakan-rakannya menuju ke arah Jinggat dan Connie)

Anwar : Jinggat, kami mahu pulang dahulu.

Jinggat : Kamek mahu ucapkan terima kasih pada kitak semua.

Anwar : ucap terimakasih pasal apa..

Jinggat :

Connie : Kamu semua telah menyedarkan saya.. betapa penting pemodenan dalam kehidupan ..memang benar
kata kamu semua.. jadi, hari ini kita mesti adakan pesta keraian.

(masuk sekumpulan penduduk membawa makanan dan semua yang berada di situ menari keriangan… sedang
menari, Jinggat mengangkat tangan dan meminta semua mendengarnya)

Jinggat ; Aku akan beli sebuah bot… aku akan beli bot.. (semua ketawa kegembiraan)

Anda mungkin juga menyukai