Anda di halaman 1dari 8

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

PENDAHULUAN Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan tentang peranan mereka dalam masyarakat dan persekitarannya. Mata pelajaran ini juga dapat memupuk apresiasi murid terhadap warisan sejarah negara, alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh negara. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Mata pelajaran ini diajar mulai Tahap II bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara terancang. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman yang bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber di samping menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan murid berfikir dan berilmu pengetahuan luas. Melalui mata pelajaran ini, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk menangani cabaran hidup dan segala rintangan serta mempunyai wawasan merancang masa depan dan bersemangat patriotik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara.

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

MATLAMAT Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan tentang hubungan mereka dengan masyarakat, mengapresiasi warisan sejarah negara, alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh negara ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, penyayang dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. OBJEKTIF Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah membolehkan murid: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. mengetahui dan memahami tempat kediaman sebagai keperluan asas manusia memahami latar belakang dan identiti kawasan setempat mengenal pasti ciri-ciri masyarakat setempat dan perkembangannya memahami keadaan fizikal setempat dan negara mengetahui dan memahami cuaca dan iklim negara dan dunia mengetahui dan memahami kepentingan menjaga alam sekitar memahami dan menghargai sejarah dan warisan negara memahami sumber, kegiatan dan sumbangan ekonomi kepada kemakmuran negara menghargai kejayaan yang telah dicapai oleh negara

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

ORGANISASI KANDUNGAN Kajian Tempatan memberi penekanan terhadap penguasaan

pengetahuan dan pemahaman tentang persekitaran murid melalui kemahiran melibatkan diri dalam aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Mata pelajaran ini disusun mengikut skop kandungan seperti berikut: Pertama : Memahami rumah sebagai keperluan asas manusia serta kawasan persekitarannya. Kedua Ketiga : : Mengenal negara kita dan sejarahnya. Ekonomi dan kejayaan negara.

Setiap skop kandungan dibahagikan kepada beberapa tema dan topik pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang perlu dipelajari dan dikaji oleh murid. Pecahan tema mengikut tahun adalah seperti berikut: Tahun 4 : 1. Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia 2. Perihal Kawasan Setempat Tahun 5 : 3. Mengenal Negara Kita 4. Sejarah Negara Kita Tahun 6 : 5. Ekonomi Negara 6. Kejayaan dan Kebanggaan Negara

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

Kajian menerusi skop kandungan ini dapat mendedahkan murid tentang peranan mereka dalam masyarakat, mengapresiasi warisan sejarah negara, alam sekeliling serta kejayaan negara. Kajian berfokus kepada negara Malaysia dengan membuat perbandingan tersebut dengan negara-negara dapat memberi lain daripada aspek dan persamaan dan kelainannya. Menerusi kandungan dan kajian diharapkan pengetahuan pemahaman kepada murid tentang keistimewaan geografi, sejarah dan ekonomi negara agar murid dapat mengapresiasi warisan dan menghargai kejayaan yang telah dicapai oleh negaranya.

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

KANDUNGAN 1. RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA 1.1 Perkembangan Corak Petempatan Manusia a. Sejarah awal petempatan manusia b. Jenis petempatan awal 1.2 Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah a. Faktor yang mempengaruhi jenis rumah di Malaysia dan negara lain 1.3 Jenis Rumah a. Rumah di Malaysia b. Rumah di negara lain 1.4 Kepentingan Rumah a. Fungsi 2. PERIHAL KAWASAN SETEMPAT 2.1 Latar Belakang Kawasan Setempat a. Lokasi b. Aspek fizikal c. Cuaca 2.2 Identiti Setempat a. Sejarah dan legenda b. Keistimewaan setempat c. Struktur pentadbiran d. Kemudahan dan perkhidmatan awam 2.3 Masyarakat Setempat a. Penduduk b. Kegiatan ekonomi 5

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

3. MENGENAL NEGARA KITA 3.1 Lokasi Malaysia a. Di Asia Tenggara b. Di dunia 3.2 Geografi Fizikal a. Bentuk muka bumi b. Cuaca dan iklim c. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 4. SEJARAH NEGARA KITA 4.1 Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka a. Pengasasan Melaka b. Kegemilangan Melaka c. Pusat kegiatan ilmu d. Peluasan kuasa e. Kedatangan kuasa luar f. 4.2 Kemerosotan Melaka

Sejarah Awal Sarawak dan Sabah a. Sarawak b. Sabah

4.3

Penjajahan a. Kedatangan kuasa luar

4.4

Penentangan Terhadap Penjajah a. Pemimpin dan tokoh tempatan

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

5. EKONOMI NEGARA 5.1 Sumber Semula jadi dan Kegunaannya a. Jenis sumber b. Hasil dan kegunaan sumber 5.2 Kegiatan Ekonomi dan Lokasi a. Perindustrian b. Pertanian c. Perhutanan d. Perlombongan 5.3 Sumbangan Kegiatan Ekonomi a. Kepentingan kegiatan ekonomi 5.4 Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar a. Kesan b. Cara mengatasi 6. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA 6.1 Kemerdekaan Malaysia a. Ke arah kemerdekaan b. Perisytiharan kemerdekaan 6.2 Pembentukan Malaysia a. Latar belakang b. Perjanjian Malaysia 6.3 Warisan Negara a. Warisan sejarah b. Warisan kesenian 6.4 Malaysia dan Kejayaannya a. Kesejahteraan negara 7

sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr

b. Kemakmuran ekonomi

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi mempertingkat dan memperkukuhkan pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Di samping itu, kemahiran menguasai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat melahirkan generasi berilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai