Anda di halaman 1dari 7

Model ASSURE Reka Bentuk Pengajaran

Tajuk Guru Tahun Mata Pelajaran Tempoh Masa Analisis Pelajar Ciri umum : i. Tahun 3 Al-Khawarizmi ( 38 orang ) ii. Umur : Semua murid berumur di kalangan 9 tahun iii. Aliran : Perdana iv. Jantina : Terdiri daripada 18 murid lelaki dan 20 murid perempuan. v. Penempatan/kawasan :Semua murid merupakan penduduk luar bandar. vi. Murid keseluruhannya berbangsa melayu dan beragama Islam. vii. Hanya kelas tunggal dan mempunyai tahap pemahaman murid yang berbeza. Kompetensi khusus: i. Murid mengetahui beberapa kejadian bencana alam yang berlaku adalah tandaii. tanda kiamat. iii. Murid mengetahui bahawa setiap perbuatan ada balasannya. Gaya pembelajaran i. Auditori - Murid-murid menjalani pembelajaran melalui pendengaran melalui kaedah penerangan guru dan perisian ICT ii. Visual - Murid murid menjalani pembelajaran melalui penglihatan dan pemerhatian dari kaedah perbincangan dan sumbangaran yang dilakukan. iii. Interpersonal- Murid berkomunikasi dan bekerjasama dalam melaksanakan : Beriman Dengan Hari Akhirat : Hairolnizam bin Hj. Selamat : 3 Al-Khawarizmi : Pendidikan Islam - Akidah : 60 Minit

Page 1 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

kaedah perbincangan melalui sesi soaljawab yang berlaku. berpeluang untuk menampilkan diri. Nyatakan Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan pengertian Hari Akhirat. 2. Menyebut Dalil Naqli Wajib Beriman Dengan Hari Akhirat. 3. Menjelaskan maksud beriman Kepada Hari Akhirat. Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan a. Set induksi Media Bahan : Audio visual Kaedah : Soaljawab : Gambar bencana alam & video tsunami Penggunaan gambar kaku dan video dapat menarik Penggunaannya yang Rasional pemilihan : Murid lebih

perhatian murid tentang tajuk yang akan dipelajari.

dilengkapi dengan visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid. Bahan seperti ini juga mudah didapati melalui carian internet.

b. Langkah 1 Media Bahan : Visual (teks) Kaedah : Penerangan dan soaljawab : Slaid powerpoint Rasional pemilihan : Murid lebih berminat belajar secara visual dan mendengar penerangan dari guru. Tumpuan akan lebih diberikan dan guru mudah memberikan penerangan.

Page 2 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

c. Langkah 2 Media : Visual Kaedah : Perbincangan dan soaljawab Bahan : Powerpoint Rasional Pemilihan : Melalui perbincangan akan menyediakan ruang dan peluang bagi murid-murid untuk menyatakan pendapat masing-masing melalui pengalaman dan pengetahuan mereka. Selain itu, murid juga boleh bertukar-tukar idea dan

pendapat dengan rakan-rakan dalam kumpulan agar idea yang lebih bernas diperoleh.

d. Langkah 3 Media : Visual Kaedah : Sumbangsaran dan perbincangan Bahan : Gambar-gambar keindahan ciptaan Allah air terjun, salji Rasional pemilihan : Murid akan lebih teransang dengan gambar untuk mengeluarkan pendapat mereka melalui perbincangan didalam kumpulan dan seterusnya memupuk sikap berani ke hadapan bagi berkongsi maklumat dengan kumpulan yang lain.

e. Langkah 4 Media : Visual Kaedah : Bertulis Bahan : Slaid petikan teks dan lembaran kerja Rasional pemilihan : Penggunaan slaid petikan teks dapat menarik minat murid mencari maklumat yang dikehendaki sebagai bahan ransangan dan rujukan. Lembaran kerja yang dibina dengan menggunakan perisian microsoft word juga lebih menarik, jelas serta mudah difahami oleh murid. f. Penutup Media : Audio Visual

Page 3 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Kaedah : Soaljawab dan Rumusan Bahan : Lagu videoklip Rukun Iman Rasional pemilihan : Selepas menyaksikan videoklip guru dapat bersoaljawab dengan murid tentang isi pengajaran dan seterusnya guru boleh membuat rumusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalan.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah 1)Media ICT digunakan untuk menarik minat dan perhatian pelajar. Bagaimana disemak/dipratonton: Guru memastikan alat berfungsi dengan baik sebelum digunakan dan memastikan penggunanya secara menyeluruh dan menyediakan backup program sebagai langkah berjaga-jaga.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan susun atur kerusi meja murid dan guru dalam keadaan yang bersedia dan ruang kelas dalam keadaan bersedia dan suasana yang kondusif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan.

2)Kaedah penerangan dan perbincangan melalui teknik soaljawab digunakan bagi mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan murid.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan soalan yang diberi pada tahap aras yang sesuai dengan murid dan penerangan guru menggunakan bahasa yang mudah.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia dan menunjukkan minat untuk turut serta.

Page 4 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Persediaan pengalaman pembelajaran : Guru perlu membimbing murid semasa bersoaljawab dan melakukan penerangan secara berselang seli dengan penerangan.

3)Bahan yang dipilih untuk : a) Paparan gambar bencana alam dan tayangan video untuk meransang murid. b) Slaid power point interaktif memudahkan guru membuat penerangan dan sebagai rujukan murid untuk menjana idea. c) Video selingan lagu nasyid sebagai penutup. Bagaimana disemak/ dipratonton: Guru memastikan video/slaid yang dibina mempunyai kualiti yang baik dari segi audio dan visualnya dan bersesuaian dan juga mengambil tahu durasi video yang akan di tayangkan kepada murid supaya mengikut perancangan.

Persediaan persekitaran : Kedudukan murid bersesuaian dan selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan bahan dan murid, oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan pengawalan kelas dengan baik. Penglibatan Pelajar Set induksi (5 minit) Murid meyaksikan gambar bencana alam dan tayangan video Tsunami. Guru bersoaljawab dengan murid tentang dan mengaitkan dengan tajuk pengajaran.

Langkah 1 (15 minit) Murid mendengar penerangan isi pengajaran oleh guru menggunakan slaid

Page 5 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

powerpoint berkaitan pengertian Hari Akhirat, beriman kepada Hari Akhirat, Hukum dan Dalil Naqli. Murid bersoaljawab dengan guru tentang isi pengajaran.

Langkah 2 (10 minit) Murid menyaksikan paparan slaid powerpoint berkaitan perihal kehidupan alam akhirat. Murid dan guru dalam sesi perbincangan mengenai isi pengajaran.

Langkah 3 (20 minit) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyenaraikan sebab ( alasan ) berlaku Hari Akhirat merujuk bahan ransangan yang diberikan. Setiap wakil kumpulan tampil ke hadapan dan menyatakan hasil dapatan kumpulan mereka dan kumpulan lain menilai hasil mereka. Murid dan guru mengadakan perbincangan dan membuat rumusan terhadap isi pengajaran. Langkah 4 (6 minit) Murid menjawab soalan lembaran kerja yang diberi sebagai penilaian. Murid diberi bahan ransangan dan dipaparkan sebagai rujukan murid untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Guru membuat penilaian hasil kerja murid dan pemulihan terhadap murid yang lemah.

Penutup (4 minit) Murid diperdengarkan nasyid Rukun Iman kepada murid. Murid menjawab pentanyaan guru tentang nasyid yang didengari. Guru membuat rumusan dan penilaian terhadap sesi pengajaran yang disampaikan.

Page 6 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Menilai dan Menyemak Semula Penilaian pelajar : Murid dapat menyatakan pengertian Hari Kiamat. Murid dapat menyebut Dalil Naqli wajib Beriman Dengan Hari Akhirat. Murid dapat menerangkan alasan mengapa berlakunya Hari Akhirat.

Keberkesanan media : Bahan ICT yang disediakan dan dibina amat membantu dalam proses P & P. Bahan ICT yang disediakan dan dibina menarik minat murid dan bersesuaian.

Penilaian guru : Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Keseluruhannya objektif pengajaran tercapai melalui penilaian yang diberi dan pemulihan dapat dilakukan kepada murid yang lemah melalui lembaran kerja yang diedarkan.

DISEDIAKAN OLEH : Hairolnizam bin Selamat PIM3 PPG Ambilan Jun 2011 ( Semester 4 ) UNTUK PERHATIAN : Puan Zuraidah binti Baharin

Page 7 of 7

January 2008: VTDI

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Anda mungkin juga menyukai