Anda di halaman 1dari 2

SKRIP JURUACARA MAJLIS INTERAKSI WARIS TAHUN 6 KALI KE 2 - 2011

Bismillah . . . . . . . . Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Yang Berusaha Puan Rabeah Bt Yaacob, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SKPT, guru-guru Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, para jemputan dan para waris yang dihormati sekalian. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin, limpah dan kurniaNya dapatlah kita bersama-sama hadir dalam Majlis Interaksi Waris Tahun 6 & Guru 2011 ini. Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para jemputan dan para waris yang dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis kita pada kali ini. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ini akan memantapkan lagi semangat & motivasi dalam diri untuk tuan-tuan & puan-puan membina anakanak yang cemerlang. Di samping itu, kehadiran tuan-tuan & puan-puan pada hari ini juga akan dapat mengenal pasti kekuatan & kelemahan anak-anak kita dalam pelajaran. Bertanyalah & berbincanglah secara sihat bersama guru-guru untuk meningkatkan prestasi anak-anak kita. Ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang.

Untuk diberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan hormatnya menjemput Utz Faisal b Abd. Aziz untuk bacaan doa. Dipersilakan. Amin-amin Yarabbal alamin, Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita dapat berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT hingga ke akhirnya. Insya Allah. Untuk tidak membuang masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan seterusnya taklimat oleh Puan Guru Besar, Puan Hjh. Rabeah bt Yaacob. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan dan taklimat itu tadi. Semoga para waris dapat memahami hala tuju program sekolah bagi memantapkan lagi pencapaian UPSR bagi sekolah ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat oleh guru-guru mata pelajaran. Majlis mempersilakan Cikgu Mat Asli untuk memberi taklimat bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Dipersilakan. Majlis mempersilakan Cikgu Salwana bt Othman untuk memberi taklimat bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dipersilakan. Majlis mempersilakan Cikgu Rosli b Mohd. Saman untuk memberi taklimat bagi mata pelajaran Matematik. Dipersilakan. Majlis mempersilakan Cikgu Wan Mohd. Saberi b Wan Mahmud untuk memberi taklimat bagi mata pelajaran Sains. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah memberikan taklimat tentang mata pelajaran masing-masing. ________________________________________________________________

Tuan-tuan & puan-puan, Seterusnya majlis membuka peluang kepada para waris untuk perkongsian minda mengemukakan pandangan dan cadangan bagi memantapkan lagi program yang telah disusun atur ini.

Sidang hadirin sekalian, Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan saya dalam mengendalikan majlis ini. Saya memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa tersalah bicara dalam mengacarakan majlis ini. Sekian, wabillah hi taufiq wal hidayah, assalamualaikum wth. Dijemput semua waris untuk menikmati jamuan ringan. Dipersilakan. . . .

Anda mungkin juga menyukai