Anda di halaman 1dari 2

Pentaksiran alternatif OMalley dan Valdez mendefinisikan pentaksiran alternative sebagai mana-mana cara untuk ,mengetahui apa yang

pelajar tahu dan bertujuan untuk meaporkan perkembangan kanakkanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternative kepada ujian tradisonal terutama ujian soalan aneka pilihan. Dalam erti kata yang lain, ujian alternative merupakan satu ujian yang dijalankan dalam aktiviti yang berbeza selain daripada ujian bertulis. Antara contoh ujian alternative ialah, projek, pameran, portfolio, bengkel dan sebagainya. Pentaksiran ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan murid mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi.. selain daripada itu, ianya bertujuan untuk member ruang dan peluang kepada murid untuk membuat refleksi kendiri terhadap perkembangan pembelajarannya. Pentaksiran alternative juga bertujuan membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam PnP. Pentaksiran secara alternative dikatakan lebih sesuai dijalankan kepada murid- murid terutamanya didalam matapelajaran pendidikan seni. Antara kelebihan pentaksiran ini ialah ianya lebih autentik atau lebih asli. Para guru dapat membuat sesuatu penilaian dengan cara yang tersendiri dan tidak terlalu terkongkong dengan ujian bertulis. Aktiviti yang menarik dapat dicipta dan diwujudkan bagi tujuan pentaksiran. Sebagai contoh pameran atau bengkel yang diberikan kepada murid-murid. Pentaksiran ini juga dilihat dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Sebagaimana yang kita tahu, pembelajaran daripada pengalaman lebih berkesan sepertimana ditekan kan didalam teori pembeajaran kolb (1988) yang menyatakan bahawa idea bukanlah satu unsure pemikiran yang tidak boleh diubah tetapi ia terbentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman. Melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru sebagai medium sebagai pentaksiran, murid-murid bukan sahaja diuji tetapi mereka turut belajar sesuatu perkara yang baru.sebagai contoh, sekiranya pentaksiran dibuat secara penyediaan portfolio, mereka akan belajar cara yang betul untuk menyediakan sebuah portfolio yang menarik dan bagus. Pengalaman ini akan digunakan kelak pada masa akan datang.

Melaui petaksiran alternative ini, penglibatan para pelajar lebih positif dan lebih menyeluruh. Merekan juga akan terlibat dengan lebih aktif. Sebagai contoh, jika guru member tugasan projek kepada murid-murid, mereka akan lebih teruja dan lebih bersemangat melakukan aktiviti tersebut. Win-win situation atau kebaikan kepada dua-dua belah pihak dapat dicapai dimana murid-murid dapat menjalani pentaksiran secara seronok dan kurang tekanan manakala para guru dapat membuat penaksiran dengan lebih santai dan tidak terlalu rigid.
Pentaksiran alternative juga dilihat dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi mereka. Sebagaimana kita tahu, pada era ini, kehebatan leh seseorang individu bukan sahaja diukur diatas kertas akan tetapi penampilan dan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi turut diambil kira. Sekiranya ujian tradisonal dijalankan, kemahiran lisan mereka tidak diberi perhatian. Sebagai contoh, sekiranya seseorang pelajar telah menyiapkan satu karya, guru boleh meminta mereka untuk member aprisiasi mereka terhadad karya yang telah dihasilkan. Ini akan melatih murid-murid untuk membiasakan diri mereka dengan laras-laras bahasa seni. Guru boleh memberi komen tentang cara penyampaian mereka agar mereka dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan mereka. Secara amnya, seorang guru pendidikan seni visual perlu kreatif dan inovatif dalam menjalani pentaksiran terutamanya dalam mata pelajaran pendidikan seni visual.guru tida perlu terlalu rigid dengan cara penilaian. Guru boleh mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria dan menenangkan agar murid-murid dapat memberikan yang terbaik dalam penghasilan karya mereka.

Anda mungkin juga menyukai