Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING TERTUTUP PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012

1.0

NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Baling Tertutup PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012. 2.0 PENGELOLA

PISMP Muzik Semester 1 Ambilan Januari 2012. 3.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF), Persekutuan Bola Baling Malaysia (MHF) dan PeraturanPeraturan Am MSSM.

4.0

JENIS PERTANDINGAN

4.1

PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada 7 orang pemain termasuk seorang penjaga gol dengan 5 orang pemain simpanan.

4.2

TEMPOH MASA

Bagi kumpulan yang berumur bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan), masa permainan adalah 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat. Masa permainan hanya akan diberhentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.

4.3

SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan secara liga/kalah mati. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira menang. Sistem pemberian mata bagi pertandingan liga, adalah: a) menang : 3 mata b) seri c) kalah : 1 mata : 0 mata

Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya: a. Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama 10 minit. b. Jika masih seri balingan 7 meter akan dilaksanakan.

4.4

KELEWATAN Hanya 10 minit akan diberi kepada pasukan yang lewat. Selepas dengan bilangan gol 3 0. itu,

pasukan lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan

4.5

BANTAHAN Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan berserta dengan wang RM 300.00. Wang tersebut tidak akan

dikembalikan sekiranya didapati bantahan ditolak. Keputusan juri adalah muktamad.

4.6

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang pertandingan ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai