Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Watikah Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi 2013 pada
hari ini.

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,


Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan
nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) ,
barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai
keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti
kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang
, pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan
pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang
berketrampilan dan berwibawa .
Ya Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai