Anda di halaman 1dari 5

Sistem Perpaipan (hbls 3103) SOALAN 2 Sistem bekalan air bagi bangunan bertingkat seperti pangsapuri, apartmen, kondominium,

bangunan pejabat dan lain-lain adalah lebih kompleks berbanding sistem bekalan air ke rumah, rumah teres, banglo atau lain bangunan. Jumlah simpana air bagi bangunan bertingkat adalah untuk kegunaan sehari kecuali pengguna menambahkan kapasiti simpanan sendiri.Bagi bangunan bertingkat simpanan air akan dibuat di tangki sedutan dan tangki simpanan.Jadual di bawah menunjukkan pecahan simpanan air bagi bangunan bertingkat: Pecahan simpanan air bangunan bertingkat Jumlah simpanan air bagi Tangki Tangki simpanan air 1/3 hari jumlah Bangunan bertingkat sedutan 1 hari jumlah penggunaan 2/3 hari jumlah

penggunaan penggunaan Atau 1 hari jumlah penggunaan 1/3 hari jumlah 2/3 hari jumlah penggunaan penggunaan

Sistem bekalan air bagi bangunan bertingkat perlu direkabentuk dengan baik bagi mengelakkan gangguan air atau bekalan yang tidak mencukupi yang akan menyulitkan kehidupan harian pengguna. Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan dalam pengagihan air ke bangunan bertingkat iaitu kaedah graviti dan juga kaedah pam.Kaedah-kaedah ini bergantung kepada tekanan air di sesuatu tempat.Jika tekanan air mencukupi air boleh disalurkan terus dari paip utama ke paip perkhidmatan selepas meter tanpa perlu proses pengepaman.Kaedah ini yang tidak memerlukan pam labih m enjimatkan kos operasi dari segi penggunaan elektrik dan penyenggaraan pam.Kaedah pembekalan terus dari salur utama ke paip perkhidmatan pengguna biasanya diaplikasikan pada bangunan empat tingkat.Bagi bangunan empat tingkat system pam biasanya tidak diperlukan bergantung kepada tekanan air.bagi bangunan empat tingkat meter individu akan dipasang pada aras bawah bangunan dan tangki dipasang diatas bumbung premis individu disetiap tingkat.Dibawah ditunjukkan sistem pemasangan meter dan tangki bagi bangunan empat tingkat.

Pada asasnya bagi bangunan bertingkat, tekanan air dalam paip awam tidak mencukupi untuk naik ke tangki simpanan yang diletakkan terlalu tinggi atau melebihi 30 m.Keadaan ini menyebabkab bangunan bertingkat memerlukan sistem pam.Terdapat kaedah pengepaman iaitu langsung dari salur utama dan secara tidak langsung dari saluran utama. Komponen utama sistem bekalan air bagi bangunan bertingkat adalah meter pukal,meter individu, tangki sedutan, rumah pam dan tangki simpanan air. Meter pukal adalah meter yang dibekalkan oleh syarikat bekalan air untuk mengukur jumlah bekalan air kepada bangunan bertingkat.meter pukal dipasang pada aras bawah bangunan. Tangki sedutan yang terletak pada tapak bangunan akan menampung air dari bekalan utama di mana kapasitinya bergantung kepada jumlah penggunaan air.Air dari tangki sedutan akan dipam ke atas tingkat tertinggi bangunan untuk tujuan pengagihan melalui tangki simpanan air. Rumah pam pula berfungsi mengepam air ke tangki simpanan.Sistem ini diuruskan dan diselenggara oleh agen pengurusan bangunan tersebut. Tangki simpanan akan menyimpan air dari yang dipam dari tangki sedutan.Tangki simpanan akan mengagihkan air menggunakan daya graviti kepada pengguna bangunan bertingkat.Walaupun tangki ini menyimpan air terawat, tangki ini perlu diselenggara dengan kerap oleh juruteknik yang bertauliah. Meter individu adalah meter yang digunakan untik mengukur penggunan air setiap unit individu.Setiap pengguna mesti memastikan unit individu bangunan bertingkat mereka mempunyai meter individu. Setiap pembekalan air ke bangunan bertingkat perlulah mematuhi peraturanperaturan yang ditetapkan iaitu: i. Sistem mengepam itu hendaklah dipasang dan disenggara oleh pengguna yang menandatangani kontrak bagi bekalan pukal air kepada bangunan itu. Pengguna hendaklah menggaji seorang kontraktor atau firma yang diluluskan oleh Pengarah Negeri untuk mengurus sistem bekalan air dengan sempurna. ii. Tiap-tiap sistem mengepam sesuatu bangunan berbilang tingkat yang dibekalkan dengan air dari sesalur awam hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang berikut:

ia hendaklah dibina menurut penentuan dan rekabentuk yang diluluskan oleh Pengarah Negeri sebelum kerja ke atasnya dimulakan. Semua pelan-pelan sistem mengepam dan penentuan hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh orang-orang yang diluluskan oleh Pengarah Negeri.

ia hendaklah mempunyai sisten atau sisten-sisten sedutan dalam mana air boleh dibawa oleh pumpset atau pumpset-pumpset letrik ke sisten atau sistensisten simpanan di paras bumbung bangunan. Suatu bilangan yang sama pumpset atau pumpset-pumpset yang serupa hendaklah diperuntukkan sebagai bantuan kepada pumpset atau pumpset-pumpset yang bekerja. Pumpset atau pumpset-pumpset hendaklah dikawal secara automatik;

sisten atau sisten-sisten sedutan hendaklah dari muatan yang sesuai dan dipasang di paras yang sesuai untuk menerima air daripada sesalur awam. Pengarah Negeri, boleh menurut budibicaranya menghendaki alir masuk ke dalam sisten atau sisten-sisten sedutan dikawal;

jumlah muatan dan simpanan bumbung dan sisten-sisten sedutan tidak boleh kurang daripada kuantiti air yang dikehendaki bagi penggunaan satu hari. Apa-apa simpanan yang dikehendaki bagi memadam api hendaklah dibuat berasingan.

Bekalan ke semua bangunan berbilang tingkat hendaklah bermeter pukal. Bekalan-bekalan ke rumah pangsa dalam bangunan berbilang tingkat boleh bermeter kecil menurut budibicara Pengarah Negeri.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini hendaklah dipakai bagi bekalan-bekalan ke rumah pangsa berbilang tingkat. Air bagi maksud-maksud diminum, menyejukkan dan sistem air panas hendaklah dibawa ke sisten simpanan bumbung oleh paip agihan berasingan. Pengarah Negeri boleh menurut budibicaranya membenarkan lain-lain sisten digunakan.

Anda mungkin juga menyukai