Anda di halaman 1dari 18

Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan penilaian Media Pengajaran ( MODEL ASSURE )

LIM PENG ANG UMA RAMADAS

MODEL ASSURE
Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik Model Assure digunakan sebagai panduan untuk merancang, memilih, menyedia dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia sesuai digunakan sebagai panduan merancang pengajaran dalam situasi bilik darjah (model berorentasikan bilik darjah)

Model ASSURE (mempunyai 6 langkah)


A - Analyse learners (Analisis pelajar). S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran). S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ). U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan). R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ). E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)


Ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred, tahap umur/tahun, latar sosio ekonomi, jantina dan budaya) Kompetensi khusus peringkat masuk (contohnya, tahap pengetahuan, kemahiran, perbendaharaan kata dan sikap) Stail pembelajaran (contohnya suka bergantung, tidak bergantung, verbal dan visual)

S- State Objectives (Nyatakan Objektif)


Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran.

Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

S- Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan)
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini: A. Memilih kaedah B. Memilih media C. Memilih bahan

A. Memilih kaedah Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru

B.Memilih media Pemilihan media yang sesuai untuk prosespengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Contoh:media yang dipilih ialah slaid,video,tayangan komputer multimedia.Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

C. Memilih bahan Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Contoh: Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.

U- Utilize Media (Gunakan Media)


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan.

Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

R- Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar)


Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Contoh: pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.

E- Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian


Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria ( penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan ) ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. iii. Sikap.

Kesimpulan:
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya model ASSURE ini digunakan oleh guru-guru di dalam merancang pengajaran ia mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian muridmurid.Model ini mudah difahami oleh guruguru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai