Anda di halaman 1dari 5

Tart Nenas Minyak Sapi

Bahan-bahan untuk Inti 2 biji nenas 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan gula merah Sedikit pewarna kuning. Tart Nenas Minyak Sapi Pastri 2 cawan mentega 1/2 cawan minyak sapi 2 sudu makan gula 2 biji kuning telur Sedikit pewarna kuning telur 600 gm tepung gandum (mengikut kelembutan) Cara Inti 1. Nenas diparut dan ditos selama 1 jam 2. Setelah ditos, masak di dalam periuk dengan api sederhana. 3. Dikacau sekali sekala hingga kering. (lebih kurang 1/2 jam) Pastri. 1. Kacau mentega, minyak sapi, gula, kuning telur, pewarna kuning hingga kembang (lbh. kurang 5 minit) 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan doh selama 10-20 minit. 4. Tekan adunan di dalam acuan semperit sepanjang lebih kurang 3 inci dan aturkan intinya ditepi dan gulung. 5. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 180F selama lebih kurang 15-20 minit.

TART GULUNG MAGNOLIA


Bahan: 500 gram mentega 100 gram gula aising 3 biji telur (3 putih dan 2 kuning) 70 gram susu tepung 750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan) 1 sudu teh esen vanila Untuk Inti Jem 2 biji nenas 400 gm gula pasir (ikut manis) cawan oren sunquick Cara untuk Inti Jem

Parut nenas dan masak semua sehingga ia kering. Cara-caranya 1. Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu. 2. Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla. 3. Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung. 4. Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap. NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar.

BISKUT ALMOND LONDON Bahan-bahan ( +/- 150 biji )



250 gm mentega 125 gm gula halus 1 biji telur 1 tsp esen vanilla 50 gm serbuk badam (optional) 200 gm tepung jagung 300 gm tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 tsp baking powder 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gm badam cincang (utk hiasan) +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang 2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. 3. Masukkan serbuk badam, kacau 4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi 5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh 6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"

10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

apam polakdot new version

apam polka dot dah jadi apam strawberry lak....ladybird pun ada

kumbang bintik sedang menyerang strawberry

kumbang sedang bersantai assalamualaikum sume... hurrmm...x tau nk ulas apa pasal apam glemer ni....apa pun mekasih banyak pada penyumbang idea2 nk wt apam pelbagai versi corak ni..mmg kreatif dorang ni....kalo apam s/berry...kak zuraina abd talib....hehehhe...makasih kak zu....lap u lahh sy & anak2 x berapa gemar apam ni sbnrnya...tp sy teramat la suka nk membuatnya....lagi2 kalo ada versi baru....tp slalu membazir...x de sapa nk makn....tu pun dah bagi kat jiran2 dah.... saya dapat apam ni dari otai apam...azlila alias.... meh kita tengok resepi apam ni - 3 biji telur gred A - 1 cawan gula - 1 sudu teh ovallette - 1 penutup botol esen vanilla/pandan/oren/ros ikut citarasa - 3cwn tepung gandum - 3 sudu teh baking powder - 1cwn susu segar /ssu cair - pewarna mengikut kegemaran - filling secukupnya (strawberry/blueberry/choc/sekaya dll) Cara: - ayak tepung dn baking powder...ketepikan - satukan telur, gula,ovallette dn esen...putar dgn mixer hingga kembang dn berkrim - masukkan tepung yg tlh diayak tadi berselangseli dgn susu sehingga habis...kacau sebati - bahagikan adunan kpd beberapa bhgn dn titiskan warna kegemaran - masukkan ke dlm plastik baggunting ujung

- picit adunan hingga 1/2 bhgn ppcup - picitkan pula filling - picitkan lg adunan yg sama sehingga penuh ppcup - dot2 kan dengan warna yg berlainan - kukus selama 10 - 15 minit ** tips...ttup kukus hendaklah dibalut ngan kain...supaya air x menitik pada apam....papercup musti dimasukkan dlm acuan muffin/lompang.....nnti penyek le apam kalo x de acuan

Bahan-bahan 3 biji telur - dari peti sejuk 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit) 150gm susu segar 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovallete Filling secukupnya (saya guna filling blueberi) Pewarna ikut suka Cara-cara 1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. 2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. 3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 5. Picitkan blueberry filling secukupnya. 6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. 7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang

Ovalette dikenali sebagai cake stabilizer [emulsifier] atau pemantap kek. Ia bertujuan untuk memberikan kelembutan dan kegebuan pada kek span terutamanya yg menggunakan cecair seperti susu, jus buah dan lain2. Ia memudahkan cecair berkenaan bercampur elok dengan telur, gula, butter dan sebagainya. Juga selalu digunakan dalam pembuatan swiss roll. Antara jenama lain ovalette ni = Nona. Untuk info, hanya di Asia yang terkenal dengan ovalette ni. Di tempat lain seperti US susah nak cari kecuali di kedai-kedai orang Asia.

Anda mungkin juga menyukai