ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisan Jawi Murid Tahun 6 tidak kemas
dan tidak mengikut kaedah yang sebenar. Murid-murid ini ditempatkan di dalam kelas yang kedua
berdasarkan tahap pencapaian keseluruhan akademik. Kajian ini dijalankan bagi mencari pendekatan
agar sebelum meninggalkan persekolahan rendah, masalah buta Jawi mereka dapat diatasi. Saya telah
mengambil tindakan untuk membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka sepanjang tempoh
saya mengajar di kelas mereka iaitu kelas 6 Bestari. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya
dapati murid ini sebenarnya tidak mengecam huruf-huruf Jawi, keliru dengan bentuk huruf Jawi dan
saling bertukar bunyi huruf Jawi dan huruf Hijaiyah
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan seramai 19 orang murid Tahun Enam sebagai sampel
kajian. Iinstrumen penyelidikan yang digunakan oleh kajian ini untuk mengumpulkan data kajian, iaitu
ujian kemahiran menulis Jawi melalui kaedah Jawi Rumi dan huluran bantuan saudara angkat.
Dapatan kajian menunjukkan: (a) tahap motivasi pembelajaran berada pada tahap tinggi, (b) tahap
pencapaian kemahiran menulis Jawi pada tahap sederhana, (c) terdapat hubungan yang signifikan
antara motivasi dan pencapaian kemahiran menulis Jawi, dan (d) terdapat perbezaan yang signifikan
antara tiga kumpulan motivasi pembelajaran
Saya telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu mengajar perbezaan Jawi Rumi,membezakan bentuk
huruf pada kedudukan awal, tengah dan akhir serta menggunakan pembaris dan buku tulis dalam
mengenali kedudukan huruf di atas dan di bawah garisan. Setelah menjalankan bimbingan selama 12
minggu, saya mendapati terdapat perubahan positif dalam setiap tugasan menulis yang diberi.
Berdasarkan hasil kajian ini, saya dapati pengetahuan asas tentang bentuk dan kedudukan huruf akan
mempengaruhi kekemasan tulisan murid mengikut kaedah yang betul.
1|
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sepanjang tempoh pengajaran di dalam kelas 6 Bestari yang dihuni oleh seramai 19 orang
murid, saya dapati 80% murid tidak dapat menguasai pelajaran Pendidikan Islam. Rumusan terhadap
masalah ini ialah kerana kesukaran murid menguasai Pelajaran Jawi. Apabila murid sukar membaca
tulisan Jawi, mereka tidak dapat membaca dengan penuh tumpuan buku teks yang ditulis sepenuhnya
dalam tulisan Jawi. Lantaran itu, mereka tidak dapat memahami akan setiap isi pengajaran bagi setiap
tajuk dalam buku teks.
Manakala 20% murid yang telah kenal huruf Jawi sukar menulis kerana tidak menguasai asas
atau kaedah penulisan dengan betul. Apabila kaedah penulisan tidak menepati kehendak, akan berlaku
masalah murid gagal untuk membaca semula hasil tulisan mereka.
Kedua-dua situasi tersebut turut menyumbang kepada kelemahan murid terhadap Fardhu Ain
seperti solat fardhu lima waktu dan bacaan Al-Quran.
Sehubungan itu, bagi tujuan menguasai asas tulisan dan bacaan Jawi, saya mengalami masalah
untuk menghabiskan sukatan pelajaran disebabkan terpaksa memberi fokus kepada bagaimana cara
untuk membuka ruang minda mereka mengenal bentuk dan kaedah tulisan, membaca setiap hasil
tulisan Jawi dengan lancar dan menulis huruf jawi dengan tepat dan sempurna.
2|
3.2.4 Dapat saling membantu melalui program bimbingan saudara angkat
(Pembimbing Rakan Sebaya )
3.2.5 Melalui penguasaan tulisan Jawi, murid akan dapat membaca ayat-ayat Al-
Quran dengan betul ke arah mengamalkannya dalam solat dengan lancar dan
tepat.
3|
5.2 Analisis masalah
Keputusan ujian yang telah diberi kepada murid menunjukkan rumusan analisis seperti
berikut:
Bahagian Butiran Analisis Dapatan
Kumpulan A dapat menjawab 4 soalan dengan betul.
Petikan
A Kumpulan B dapat menjawab 3 soalan dengan betul.
Kefahaman
Kumpulan C dapat menjawab 2 soalan dengan betul.
Kumpulan A dapat menjawab 5 soalan dengan betul.
B Membina ayat Kumpulan B dapat menjawab 3 soalan dengan betul.
Kumpulan C dapat menjawab 2 soalan dengan betul.
Kumpulan A dapat menjawab 4 soalan dengan betul.
Tulisan Rumi
C Kumpulan B dapat menjawab 3 soalan dengan betul.
Jawi
Kumpulan C dapat menjawab 1 soalan dengan betul.
Kumpulan A dapat menjawab 6 soalan dengan betul.
Menyambung
D Kumpulan B dapat menjawab 4 soalan dengan betul.
huruf
Kumpulan C dapat menjawab 3 soalan dengan betul.
Kumpulan A dapat menjawab 4 soalan dengan betul.
E Imlak Kumpulan B dapat menjawab 3 soalan dengan betul.
Kumpulan C dapat menjawab 3 soalan dengan betul.
Jadual 2 : Analisis Tinjauan masalah
7
Analisis Tinjauan masalah
6
4 A
B
3
C
2
0
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
4|
Hasil daripada analisis yang telah dibuat, saya membuat rumusan bahawa untuk
meningkatkan penguasaan tulisan dan bacaan Jawi di kalangan murid-murid ini, saya
perlu mengutamakan penekanan dari segi kaedah yang mudah dan berkesan untuk
menguatkan minda dan pemahaman mereka ke arah mengenali, mengecam dan
mengaplikasi huruf Jawi dalam pembelajaran.
Saya memperkenalkan konsep saudara angkat. Murid-murid 6 Bestari diagihkan
pasangan daripada kelas yang pertama iaitu kelas 6 Arif dan dinamakan saudara angkat.
Konsep pelaksanaan adalah seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Saudara angkat
akan membantu tahap penguasaan selepas aktiviti pembelajaran bersama guru seperti
waktu rehat, waktu petang selepas pembelajaran, waktu pagi sebelum pembelajaran
bermula dan waktu senggang di rumah. Mereka akan saling membantu bagaikan aur
dengan tebing, bagaikan lagu dengan irama
5|
5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian
Langkah 1
Murid diminta menyebut huruf Jawi dari awal hingga akhir secara turutan. Kemudian
mereka diminta menulis setiap huruf yang disebut. Apabila murid tidak dapat
menyebut, saya akan mempamerkan kad carta huruf sebagai bantuan celik memori
mereka.
Carta 2
Mereka juga diagihkan kad huruf secara hak milik dengan tujuan sebagai bantuan
semasa latih tubi menyebut juga bertindak sebagai bahan bantuan semasa membaca
bersama saudara angkat.
Langkah 2
Apabila murid telah menguasai pengecaman huruf, saya meminta murid menyebut
padanan huruf rumi dan jawi. Padanan ini sangat penting sebagai asas mengenali huruf
ke arah mengenali, membatang dan menyebut perkataan.
Contoh:
1.
a b t th j h c
Carta 3
6|
Jadual 4
2.
utas uk ub i rat
Carta 4
Langkah 3
Daripada rajah 2, murid diberi penjelasan tentang arah tulisan jawi dan tulisan rumi
supaya apabila mereka telah memadankan rumi dan jawi, mereka akan dapat membaca
dengan betul tulisan rumi yang telah dipadankan.
utas u k ub i rat
Carta 5
7|
Tulisan Jawi bermula dari arah kanan dan tulisan Rumi bermula dari arah kiri.
4 3 2 1 4 3 2 1 4 3 2 1
Carta 6
Langkah 4
Apabila telah menguasai padanan Rumi dan Jawi, murid diperkenalkan dengan asas
seterusnya iaitu mengecam tulisan di atas garisan dan di bawah garisan.
Tulisan di bawah garisan
Carta 7
Langkah 5
Sebelum latihan menulis, saya memberikan asas seterusnya iaitu kedudukan huruf di
awal, di tengah dan di akhir.
Carta 8
Langkah 6
Apabila murid telah memahami asas mudah menguasai tulisan dan bacaan Jawi, saya
akan memberikan soalan-soalan mudah melalui lembaran kerja untuk dibuat di luar
waktu pembelajaran sama ada bersama rakan-rakan, ibu bapa di rumah atau saudara
angkat. Latihan-latihan yang diberi adalah secara pengulangan soalan yang sama dan
soalan-soalan berbeza mebgikut tahap penguasaan.
8|
Contoh dari buku teks Pelajaran Jawi Tahun 6:
Carta 9
9|
Kumpulan A dapat menjawab 6 Kumpulan A dapat menjawab 9
soalan dengan betul. soalan dengan betul.
Menyambung Kumpulan B dapat menjawab 4 Kumpulan B dapat menjawab 6
D
huruf soalan dengan betul. soalan dengan betul.
Kumpulan C dapat menjawab 3 Kumpulan C dapat menjawab 5
soalan dengan betul. soalan dengan betul.
Kumpulan A dapat menjawab 4 Kumpulan A dapat menjawab
soalan dengan betul. 10 soalan dengan betul.
Kumpulan B dapat menjawab 3 Kumpulan B dapat menjawab 7
E Imlak
soalan dengan betul. soalan dengan betul.
Kumpulan C dapat menjawab 3 Kumpulan C dapat menjawab 5
soalan dengan betul. soalan dengan betul.
Jadual 5
8
6
4 A
2 B
0 C
Sebelum
Selepas
10
8
A
6
B
4
Series 3
2
0
Sebelum Selepas
15
10 A
5 B
C
0
Sebelum Selepas
10 |
10
5 A
B
0
C
Sebelum
Selepas
10
A
5 B
Series 3
0
Sebelum Selepas
Daripada Jadual analisis dan paparan graf, terbukti bahawa hasil usaha dan keinginan
yang berulang kali secara berterusan dapat mengubah tahap penguasaan setiap individu.
Selain daripada usaha, individu yang berada di persekitaran turut memberi impak besar
terhadap kemajuan pencapaian murid.
Justeru itu, tiada yang mustahil bagi insan yang sentiasa berusaha merealisasi segala
perancangan jika keinginan tersebut disertai keikhlasan, keyakinan dan usaha yang
istiqamah.
11 |
6.0 CADANGAN TINDAKAN
Daripada kajian yang dibuat, rumusan yang diambil ialah setiap orang murid mempunyai
kebolehan yang tersendiri dan tidak akan sama dengan individu yang lain. Oleh itu, para guru
atau ibu bapa mestilah melaksanakan pendekatan yang berbeza dalam proses membantu
peningkatan mereka dalam apa jua bidang. Paling penting,, kegagalan atau kepincangan sesuatu
pendekatan tidak harus menjadi kayu pengukur untuk menamatkan segala usaha murni kea rah
membentuk kemenjadian insan.
BIBLIOGRAFI
http://www.anuar2u.com/download/JAWI/PEDOMAN%20JAWI.pdf
https://perakabuya.files.wordpress.com/2009/02/ar-ruh-al-amin.pdf
http://mbsskl.edu.my/panitia_pi/files/2009/02/nota-panduan-jawi-baru1.pdf
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( 2005 ) Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6, Dewan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( 2005 ) Buku Teks Pelajaran Jawi Tahun 6, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Unit Pengurusan Kurikulum PPD Kemaman ( 2014 ), Jurnal Penyelidikan Pendidikan Daerah
12 |