Anda di halaman 1dari 1

1.

PENGENALAN

1.1

Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya

perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Peringkat Peringkat Pralahir Peringkat Bayi Peringkat Awal Kanak-Kanak Peringkat Akhir Kanak-Kanak Peringkat Awal Remaja Peringkat Akhir Remaja Peringkat Dewasa Peringkat Tua Umur Dalam Kandungan 0-2 tahun 2-6 tahun 6-12 tahun 12-15 tahun 15-21 tahun 21-60 tahun 60 tahun ke atas

Jadual 1.0 Peringkat Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Anda mungkin juga menyukai