Anda di halaman 1dari 10

KONSEP PENGAJARAN MATEMATIK

Berasaskan kepada corak perkembangan umum, murid-murid membentuk beberapa konsep matematik yang akan menjadi asas kepada kemahiran Matematik yang lebih kompleks. Konsep-konsep ini meliputi: Konservasi Nombor

One-to-One Correspondence
Pengkelasan Turutan/ Seriasi

Pembentukan Konsep Nombor


Pembinaan Konsep Bentuk, Ukuran dan Geometrik Penggunaan Bahasa untuk Masa

KONSERVASI NOMBOR
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai kekal. Sebagai contoh, jika sekumpulan objek diselerakkan, murid-murid beranggapan bahawa jumlah objek tersebut lebih banyak berbanding objek yang dikumpul dalam satu bekas. Adalah sangat penting untuk memberi tahu murid-murid, walau berapa kali sekumpulan objek yang sama ditukar corak turutan/ susunan, jumlahnya tetap sama.

ONE-TO-ONE CORRESPONDENCE
Dalam usaha murid untuk menggarap konsep konservasi, mereka perlu diberi alat bagi membuktikan teori untuk diri sendiri. Di sinilah kemahiran one-to-one correspondence dapat dipraktikkan. One-to-one correspondence adalah proses berkaitan menyentuh satu objek bagi setiap nombor yang dibilang dan disebut secara kuat. Ianya kelihatan mudah tetapi bagi kebanyakan murid mendapati ianya sukar untuk mengkoordinasi bilangan dan sebutan dengan pergerakan tangan mereka.

PENGKELASAN
Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan jenis. Sebagai contohnya: Warna Saiz Bentuk Jenis Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.

TURUTAN / SERIASI
Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.

Ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain.

PEMBENTUKAN KONSEP NOMBOR


Pembentukan konsep nombor termasuklah : menyebut dan menulis nombor menggunakan kemahiran hafalan dan pembilangan yang bermakna

corak, padanan dan klasifikasi yang lebih kompleks


memahami kefungsian matematik memahami turutan dan susunan

PEMBINAAN KONSEP BENTUK, UKURAN DAN GEOMETRIK


Memahami perbezaan (besar-kecil), kedudukan (dekat-jauh) dan susunan (pertama atau kedua) Pemahaman dan penggunaan perkataan bentuk (bulat, segiempat) dan memadan atribut bentuk dua-dimensi dan tiga-dimensi melalui permainan atau lukisan.

PENGGUNAAN BAHASA UNTUK MASA


Penggunaan bahasa untuk masa termasuklah: pagi petang

malam
esok lusa

SEKIAN..;)

Anda mungkin juga menyukai