Anda di halaman 1dari 20

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

EDU 3106 KULIAH 1 BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK

PENGERTIAN Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.

Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.
4

Dari perspektif sosiologi budaya membawa pengertian:


segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat, termasuklah segala kepercayaan, nilainilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep budaya. "..budaya merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."

Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Apakah aspek perbezaan tersebut?

Fikiran / idea Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan. Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alat-alat, alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perabot.
8

Kesenian Dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )

Nilai dan Norma Seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilainilai keagamaan dan bersopan santun.

Kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak.

10

Ciri-ciri Budaya
* Budaya merupakan perkongsian suatu masyarakat * Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. * Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

11

KEPELBAGAIAN KELOMPOK Mengapa berlaku kepelbagaian kelompok di Malaysia? Semuanya bermula dari sejarah.

12

Kepadatan penduduk malaysia tidak seragam dengan 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

Mengapakah berlaku ketidakseragaman ini?

13

1. Faktor mukabumi
2. Faktor ekonomi

14

Apakah yang anda faham tentang kaum, etnik dan suku?

15

JENIS DAN DEMOGRAFI KELOMPOK


No Status Kaum Jumlah (orang) Peratus

1
2 3 4 5

Bumiputera
Bumiputera Bukan Bumiputera Bukan Bumiputera Bukan Bumiputera

Melayu bukan Melayu


Cina India Lain-lain

13.48 juta
2.93 juta 6.22 juta 1.86 juta 318.9 ribu

54 %
11.8 % 25 % 7.5 % 1.7 %
16

Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal dari Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah.

17

KUMPULAN ETNIK DI MALAYSIA Seluruh negara Banjar Melayu Cina India Bugis Serani Jawa Semenanjung Malaysia Baba dan Nyonya Portugis Melaka Chetty Siam Malaysia Minangkabau Orang Asli Sarawak Bidayuh Bisaya Bukitan Iban Lun Bawang Kayan Kedayan Kelabit Kenyah Melanau Penan Punan Selako Ukit Sabah Bajau Brunei Dusun Ida'an Kadazan Lotud Murut Orang Sungai Rungus Suluk
18

Soalan tutorial 1: Sediakan family tree peribadi dan kaitkan dengan sejarah penghijrahan nenek moyang. Bincang tentang faktor-faktor penghijrahan yang berkaitan.

19

Contoh family tree:


Tada bin Ahmad + Siah bt Acil

Baun bin Tada + Alol binti Sahan

Asiah Badroon Jumaah

Mastah

Arshad + Halimah

Azmi

Ahnizah

Anuwar

Anzarudin

20

Anda mungkin juga menyukai