Anda di halaman 1dari 4

Enam Jenis Isteri Yang Menjahanamkan

Suami
Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian
dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang
kunci kejayaan hidupnya.
Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat
seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan
yang lumrah diterima di mana-mana. Si isteri mempunyai serampang mata dua
yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi,
gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati ,
tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-
keputusan dan bertindak. Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan
masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya
di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh
dipisahkan dari nama baik suaminya.
Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-
kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat
untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.
( 1 !steri yang tidak tahu membuat keputusan Dia seorang isteri yang kaku
tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik
mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil
mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup
yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil
keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan
yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan
tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang
wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan
jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu
menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah
tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan
yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya.
"endeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari
suaminya. Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul
beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. !a terpaksa
memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya.
Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus
dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. #kibatnya bukan saja
membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari
memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan
kemajuan hidup.
( $ !steri yang selalu mengomel % berleter Dia selalu tidak puas hati biar apa
pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda
semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat
celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu.
Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada
orang lain. Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia
mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. &ebih jauh dari itu dia
begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan
suami-suami orang lain. 'ntuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya
lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam,
dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun
terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada
minuman-minuman keras. Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak
lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan
hidupnya dan hidup anak-anaknya. !a seorang suami yang begitu bosan dengan
hidupnya.
( ( !steri diktator Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya
sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua
keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua
perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu
suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua
perbelanjaan-perbelanjaan suaminya. Setiap kali suaminya pulang dari luar dia
akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya
akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi. Dia bukan saja
mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri
suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan
kawannya. #kibatnya si suami itu menjadi seorang yang tidak berperibadi,
lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-
kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-
kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju
dari kedudukannya yang ada sekarang.
( ) !steri yang suka campur tangan Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi,
tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu.
Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan
agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-
hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau
membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri
dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan
pangkat. !a tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej
suaminya di mata ketua pejabat atau majikannya dan menimbulkan kebencian
pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan
majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah
suaminya pada pandangan orang lain
. ( * !steri yang boros Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu
tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. +ugas seorang suami
ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai
mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. #tas anggapan inilah ia
memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang
mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk
yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.
Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa
atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam
hutang yang meyerabut kepalanya. ,iasanya dia tidak berunding dengan
suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah
sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan
lemah itu di depan kenyataan yang pahit. #kibatnya suami menjadi begitu
lemah dan lumpuh. -iwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang
menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi
mempunyai kesempatan-kesempatan untuk memajukan dirinya.
( . !steri sosial Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap
kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri
pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman
dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah
tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya,
kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak
mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang
dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami
yang bermaruah. 'ntuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu
sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian
dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami
sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga
berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. /leh kerana suaminya tidak
mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu
pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah
dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang
menyedihkan.

Anda mungkin juga menyukai