Anda di halaman 1dari 3

SAYA JUGA INGIN BAHAGIA

Nama saya Sofia, dah kawin selama 8 tahun. Dikurniakan 3 orang anak lelaki. Masalah saya dengan pasangan bermula
selepas saya lahirkan anak sulung. Sekarang anak sulung saya dah berumur 7 tahun. Keinginan untuk bersama suami
hilang, tidak ada langsung nafsu untuk bersama suami. Kami selalu bergaduh, kadang-kadang masalah kecil pun boleh
menjadi punca pergaduhan. Tiap kali bergaduh suami mesti sebut nak berpisah. Suami saya suka tukar-tukar kerja dan
secara tak langsung kami sentiasa berhadapan dengan masalah keewangan.

Kini saya sahaja yang bekerja. Semua wang perbelanjaan rumah dan belanja harian adalah dari saya. Saya kerja untuk
bantu ringankan beban suami. Tapi sekarang, saya yang terbeban. Suami hanya duduk dirumah, menjaga anak-anak,
menghantar anak ke sekolah dan kadang-kala menghabiskan masa dengan akwan-kawannya. Apabila pulang dari kerja,
saya akan meneruskan kerja rumah, mengemas, memasak dan buat kerja-kerja rumah yang lain. Saya penat!. Saya
rasa seolah-olah saya adalah ketua keluarga.

Ada masanya saya akan menangis sendirian mengenangkan nasib dan hidup saya. Pernah terlintas dihati, kenapa Allah
temukan saya dengan suami? Suami langsung tidak membantu. Saya pula yang menanggung dia. Ibarat biawak hidup.
Apalah nasib saya. Kecewanya hati ini hanya Allah yang tahu.
Nasib baik keluarga saya banyak membantu dari segi kewangan. Dah setahun saya abaikan tanggungjawab saya, saya
dah jadi tawar hati untuk melayan suami. Saya pernah bersetuju untuk berpisah tapi dia selalu tangguhkan urusan
perceraian dengan alasan hubungan ini boleh diselamatkan lagi. Saya dah cuba berubah untuk melayan batin dia, tapi
saya gagal. Saya jadi terpaksa dan tidak ikhlas melayan dia. Sekarang ni saya yang minta untuk berpisah, tapi saya
dituduh tidak fikir pasal masa depan anak. Saya buntu untuk membuat keputusan yang tepat. Kalau hubungan ni
diteruskan, saya yang berdosa sebab jadi isteri derhaka kepada suami. Tapi kalau berpisah, suami menuduh saya tidak
fikir pasal anak-anak. Buat hidup anak huru hara. Bila bincnag hal ini kami akan bergaduh dan adakalanya tidak bercakap
hingan sehari dua. Dan biasanyas ayalah yang akan menegurnya semula. Suami terlalu ego dan keras hati.

Suami jugak akan tuntut hak penjagaan anak jika kami bercerai nanti. Kalau tak dapat cara elok dia akan lakukan apa
sahaja asalkan dia dapat anak. Saya dah tak boleh nak hidup bersama suami. Rasa bosan dan adakalanya saya hilang
rasa hormat kerana dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sebagai isteri, saya perlukan suami
tempat mengadu, suami tempat bergantung dan berkongsi kegembiraan. Tapi kini, semua itu tiada lagi. Saya bertahan
kerana anak-anak. Saya tak nak anak-anak membesar tanpa seorang ayah, hakikatnya saya yang derita. Hari-hari saya
adalah untuk mencari nafkah dan membesarkan anak-anak.

Pernah adik ipar saya datang ke rumah dan berbual-bual mengenai kehidupan kami. Saya sebolehnya menyimpan dan
memendam segalanya. Nyata adiknya mengetahui bahawa abangnya tidak lagi bekerja dan tanggungjawab itu digalas
oleh saya seorang. Adiknya minta saya bersabar dan dalam masa yang sama dia secara diam-diam ada menghulur duit
kepada abangnya. Tapi sampai bila abangnya nak bergantung pada adiknya? Tidakkah dia terfikir untuk berubah dan
mencari kerja. Saya selalu juga dipersalahkan apabila saya bertanyakan tentang tanggungjawab. Katanya saya pun
sama tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Kini saya dah tidak hairan dengan kewujudan suami. Ada atau tidak, sudah tidak penting lagi. Hanya anak-anak sahaja
yang saya perlukan. Ada sedang mencari maklumat bagaimana saya boleh dapatkan hak penjagaan anak. Menurut
suami, di berhak ke atas anak-anak kerana dia mempunyai harga peninggalan keluarganya yang dinamkan ke atas dia
sebagai penama. Dia oleh sara anak-anak katanya. Tapi hakikatnya sekarang ini dia tidak menyara kami anak beranak.
Bantulah saya, apa perlu saya buat. Di mana saya boleh dapatkan bimbingan untuk penceraian ini. Saya tahu permintaan
saya ini agak melampau, tapi saya sudah tidak tahan. Saya juga ingin bahagia dan hidup tanpa disakiti.

Anda mungkin juga menyukai