Anda di halaman 1dari 6

HNS2013 KENEGARAAN

TAMADUN NUSANTARA

KENEGARAAN (HNS 2013)

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN AT(59)PENDIDIKAN JASMANI

NAMA NO.MATRIX NO. I/C

: TG. MOHD TERMIZI BIN TG. IBRAHIM : D20112056420 : 901224-11-5295

MARK

HNS2013 KENEGARAAN

PENGENALAN Alam Melayu merupakan kawasan yang dikenali sebagai Nusantara. Yang mana ianya merujuk kepada Negara-negara yang berada di asia Tenggara seperti Kepulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina.Alam melayu juga terkenal sebagai Mutiara Timur kerana bentuk muka buminya yang subur dengan pelbagai flora dan fauna dan kaya dengan khazanah. Tamadun Melayu telah berusia lebih 5,000 tahun dengnan mengambil kira tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3,000 tahun S.M. Alam Melayu telah lama membina kebudayaannya yang tersendiri seiring dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Didalam pembentukan tamadun Melayu ini, terdapat tiga peringkat utama dalam pembentukan tamadun iaitu Tamadun Purba atau Prasejarah (sehingga abad ke-M), Tamadun Hindu, iaitu sejak kedatangan pengaruh Hindu (abad ke-3 dan Arab Jahiliyah hingga tahun 1200M) dan Tamadun Moden iaitu selepas kedatangan Islam (1200M hingga kini). Nusantara pada asalnya merupakan kawasan yang menerima pengaruh Hindu dan Budha tetapi dengan kedatangan Islam kawasan ini telah berjaya mengubah kawasan ini kepada pusat perkembangan Islam. Ramai sejarawan mengatakan bahawa kebangkitan Tamadun Melayu ini selari dengan perkembangan Islam di rantau ini.Sejak kelahiran Tamadun Melayu, Alam Melayu telah membina kebudayaan yang tersendiri hingga mencipta tahap tamadun yang tinggi dalam memberikan sumbangan kepada budaya dan tamadun dunia semaza zaman kemuncak tamadun melayu. Tamadun Melayu mengalami tahap kemerosotan iaitu pada abad ke-18 yang mana pada masa ini tamadun ini berada pada tahap paling rendah dan kehidupan rakyatnya yang terlalu daif. Golongan pembesar dan raja-raja termakan dengan janji yang ditabur oleh penjajah British. Oleh kerana tahap pemikiran mereka terlalu lemah maka ianya membawa kejatuhan kepada empayar Melaka dan menyebabkan peradaban yang selama ini di junjung ke seluruh dunia lenyap dalam sekelip mata.

HNS2013 KENEGARAAN

Kedatangan Islam ke Alam Melayu


Kedatangan islam ke Alam Melayu dapat dihubungkan dengan tiga teori iaitu Islam datang dari China, India dan Arab. Kesemua teori-teori ini dipertikaikan oleh pelbagai pihak mengenai kesahihannya. Teori pertama adalah teori yang menyatakan Islam dibawa ke tanah melayu dari Negara China.1Menurut S.Q. Fatimi, Islam telah dibawa ke Nusantara hasil daripada penhijrahan beramai-ramai orang cina Islam di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M dimana perpindahan ini berlaku akibat peristiwa pemberontakan di China. Teori kedua mengenai kedatangan Islam di nusantara adalah teori yang mengatakan Islam itu datangnya dari India. Teori ini telah disokong oleh orientalis barat seperti Snouck Hurgronje, Brian Harrison, Arnold dan Weirtheim yang mengkaji tentang perkembangan Islam di Timur.2 Teori ketiga pula mengatakan yang Islam itu datang ke Nusantara melalui Tanah Arab. Kedatangan Islam ke Nusantara menerusi mubaligh-mubaligh dan saudagar-saudagar Arab merupakan teori yang palin tepat dengan bukti-bukti serta penemuan sejarah dan dikukuhkan lagi denagn catatan-catatan ahli pelayaran.3 Berdasarkan ketiga-tiga teori ini mempunyai sebab-sebab tersendiri namun begitu kesemua teori-teori ini masih dipertikaikan namun teori Islam datang dari Tanah Arab mempunyai bukti yang paling kukuh Islam antara ketiga-tiga teori.

Menurut Godinho De Eredia, Islam datang ke nusantara dari China melalui Canton pada kurun ke-9 M. Pendapat ini terbukti hasil daripada penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai timur Tanah Melayu. Teori ini telah disokong disokong oleh fakta yang menunjukkan telah berlaku kegiatan perdagangan antara orang Islam dari Asia Barat (Arab Parsi ) sejak abad ke-3 Hijrah (abad ke-9M) atau lebih awal . Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009.Kenegaraan dan Ketamadunan.Vivar Printing SDN BHD:Selangor Darul Ehsan.
2

Menurut orientalis barat, mereka mengaitkan kedatangan Islam ke Alam Melayu dengan India berdasarkan berlakunya hubungan perniagaan dan kebudayaan antara masyarakat Nusantara dengan pedagang-pedagang India Muslim sekitar abad ke-13 M. Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009.Kenegaraan dan Ketamadunan.Vivar Printing SDN BHD:Selangor Darul Ehsan.
3

HNS2013 KENEGARAAN

Kesan-kesan kedatangan Islam ke tanah Melayu


Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan dari segi kepercayaan, politik, pemerintahan dan undang-undang, sosial, ekonomi, kesenian, ilmu pengetahuan, bahasa dan sastera serta adat dan cara hidup. Kedatangan islam telah mengubah tentang kepercayaan masyarakat Melayu Nusantara yang dahulunya percaya akan animisme4. Pada awal abad ke-15, kedatangan Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dimana kepecayaan animisme dihapuskan dan digantikan dengan kepercayaan kepada Alaah S.W.T dan rasul-Nya. Kesan kedatangan Islam ke Nusantara juga telah mempengaruhi Politik, Pemerintahan dan undang-undang didalam kerajaan Islam Alam Melayu dan telah wujud kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara pada waktu itu.5 Hukum Islam mula dilaksanakan mengantikan hukum adat yang sedia ada. Sistem politik ternyata telah berubah dan dipadankan dengan ajaran islam contohnya gelaran raja bertukar menjadi sultan. Dari segi sosial pula, pengaruh elitisme6 yang diwarisi daripada zaman HindhuBuddha pada awalnya tidak banyak berubah, terdapat dua kelompok iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Lama kelamaan sistem Khalifah Islam yang adil dan sistematik. Kedatangan Islam juga mempengaruhi pengaruh kesenian di Nusantara, Ianya dapat dilihat melalui Batu nisan, Makam, masjid dan kaligrafi.Dari segi Adat dan cara hidup pula, Islam memperkemas lagi dan saling melengkapi antara adat kemelayuan dan ajaran agama Islam.
4

Animisme - Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka .

Wikipedia. Jun 13, 2010. http://ms.wikipedia.org/wiki/Animisme (accessed November 28, 2012).


5

Wujud beberapa buah kerajaan Islam lain yang terkenal di Alam Melayu sepert Perlak (840-986), Samudera- Pasai (1042-1450), Aceh (1205-1675), Demak (1475-1550), Pajang (1568-1586), Mataram (1586-1755), Brunei, Sulu dan Patani. Di tanah Melayu pula wujud kerajaan Islam pernah wujud di Kelantan, Terengganu, Kedah, Beruas, Melaka dan Johor. Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009.Kenegaraan dan Ketamadunan.Vivar Printing SDN BHD:Selangor Darul Ehsan.
6

Elitisme - Adalah Individu yang merasa dirinya memiliki status sosial yang lebih tinggi dari pada orang-orang lain.

meilynda. elitisme. n.d. http://meilynda.host22.com/elitisme.html (accessed November 28, 2012). 4

HNS2013 KENEGARAAN

Srivijaya dan masyarakat Melayu


Kemunculan Srivijaya dalam abad ketujuh masihi berkait rapat dengan suasana politik di Tanah Besar Asia Tenggara, Asia barat dan Negeri China . abad ke-6 pengaruh Funan sebuah kerajaan yang mempunyai kuasa politik besar di Tanah Besar Asia Tenggara.7 Kejatuhan kerajaan Funan pada awal abad ke-7 memberi peluan kepada negeri-negeri Bandar di kuala-kuala sungai besar di pantai timur Sumatera. 8 Kebangkitan Srivijaya sebagai negeri perniagaan laut berkait rapat dengan factor politik, geografi dan perkembangan perniagaan antarabangsa dari negeri China, India dan Asia Barat. Srivijaya merupakan pintu gerbang antara Timur dan Barat.

BIBLIOGRAFI

Mohd Dahlan Mansoer.1979. Penghantar Sejarah Nusantara Awal. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman 51,85 Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009.Kenegaraan dan Ketamadunan.Vivar Printing SDN BHD:Selangor Darul Ehsan.

Menurut Mohd Dahlan Mansoer, pada abad ke-2 kuasa politik semakin menurun dan memberi peluang kepada negeri-negeri kecil di Tanah Besar Asia Tenggara yang bernaung dibawah kekuasaannya bangun dan membebaskan diri dari dijajah. Mohd Dahlan Mansoer.1979.Penghantar Sejarah Nusantara Awal.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman
8

Menurut Mohd Dahlan Mansoer, negeri-negeri Bandar itu Berjaya mengawal lalu lintas perniagaan laut antarabangsa dari India ke Negeri China. Negeri-negeri tersebut berhampiran dengan kawasan Selat Melaka iaitu pintu gerbang rantau Nusantara di barat laut. dengan bantuan angin tenggara menjadikan negeri-negeri Bandar di kawasan sebagai tempat persinggahan semulajadi. Mohd Dahlan Mansoer.1979.Penghantar Sejarah Nusantara Awal.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman

HNS2013 KENEGARAAN meilynda. elitisme. n.d. http://meilynda.host22.com/elitisme.html (accessed November 28,

2012). Wikipedia. Jun 13, 2010. http://ms.wikipedia.org/wiki/Animisme (accessed November 28, 2012).

Anda mungkin juga menyukai