Anda di halaman 1dari 2

Setelah mengikuti kuliah topik Asas Fotografi, anda diminta menjawab soalan-soalan di bawah dan hantar jawapan anda

1. Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture (Tempoh bukaan lensa kepada filem) Biasanya dikenali sebagai 1/60, 1/200. Shutter yang dibuka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. masalah blurry Kelajuan shutter akan

mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga Sebaliknya shutter yang perlahan, contohnya 1/15

berkemungkinan menyebabkan gambar samar bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ini bermakna lebih besar indeks kelajuan shutter maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan sebaliknya lebih kecil indeks kelajuan, maka shutter lebih lama dedahan dibenarkan. 2. Aperture adalah pintu yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. Ia juga adalah gegelang yang boleh membesar dan

mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem . pintu yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk fokus kepada imej utama.

Sebagai contoh ,imej akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau dipanggil bokeh.Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

3. ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya di dalam kamera. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO hampir tidak memberikan kesan kepada gambar ,hanya jika ISO terlalu tinggi,bergantung kepada jenis kamera,akan menyebabkan gambar banyak noise . ISO rendah seperti 50, 100, 200, biasanya digunakan dalam situasi terang dan mempunyai cahaya yang cukup. ISO tinggi contohnya 400 dan ke atas biasanya digunakan di dalam rumah atau pada situasi gelap. Penggunaan ISO yang tinggi akan menghasilkan imej yang berbintik-bintik . 4. Jelaskan Istilah Depth of Field dalam teknik penggambaran dan jelaskan juga tiga teknik penggambaran yang telah anda pelajari Depth of Field merujuk kepada cara individu mengambil gambar . Jika gambar diambil dari jarak dekat, hasilnya akan menjadi lebih jelas. Sebaliknya, jika gambar diambil dari jarak jauh, maka gambar tersebut akan menjadi pudar. Depth of Field

sangat bergantung kepada diafragma.

Semakin kecil bukaan difragma, semakin

besar Depth of Field yang dihasilkan. Bukaan penuh akan menghasilkan Depth of Field yang sangat teruk. Depth of Field juga bergantung kepada jarak fokus lensa. Semakin panjang jarak fokus lensa, semakin sempit Depth of Field. Ia juga

dipengaruhi oleh jarak penggambaran. Semakin dekat jarak penggambaran makin sempit Depth of Field yang dihasilkan. Fungsi Depth of Field pula adalah untuk mengaburkan latar belakang jika latar belakang tersebut tidak sesuai dengan subjeknya. Tiga teknik penggambaran yang telah dipelajari ialah:1. Teknik close up iaitu bagi potret ianya dapat menjelaskan ekspresi muka. Melalui teknik ini ia akan memperlihatkan cirri-ciri khas yang jelas pada gambar potret yang diambil. Cara rakaman menggunakan teknik ini adalah dengan

memfokus subjek utama secara penuh. 2. Teknik jarak jauh (long shot). Teknik ini akan menghasilkan subjek utama Ia biasanya

berukuran kecil, tetapi suasana di sekitarnya kelihatan jelas.

mengambil jarak yang cukup jauh dari subjek yang hendak dirakam. Rakaman foto akan lebih mjudah jika menggunakan lensa tele. sesuai digunakan untuk merakam gambar pemandangan. 3. Teknik jarak sederhana (medium shot). Teknik ini akan menghasilkan subjek yang besar berbanding dengan teknik jarak jauh. Ini kerana kamera yang Teknik jarak jauh ini

digunakan diletakkan pada posisi yang lebih dekat jaraknya dengan subjek yang diambil. Teknik ini adalah sesuai untuk mengambil gambar manusia yang ingin dilihat dalam ukuran setengah atau tiga perempat badan. Disediakan oleh ; NOR FAZIDAH ABU TALIP BM 3 PPG 2011

Anda mungkin juga menyukai