Anda di halaman 1dari 7

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah

kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang
terhad lantaran kesibukan tugas seharian

. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu
pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya
meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran
dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan
tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan
seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah
berdasarkan cerpen pilihan yang bertajuk Nekad. Di sini kumpulan kami telah
berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui aspek perbendaharaan kata dan
istilah serta makna leksikal dan makna grammatikal. Aspek-aspek ini
dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan. Sesungguhnya untuk
mengkaji dan menganalisis cerpen bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu
menghayatinya dengan penuh kesungguhan.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik
dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi
maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa
Dewan dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan,
banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini
terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat
yang lebih tinggi.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang
disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan
pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa
Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian
tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah
pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang
menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan
sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna
dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang
pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan
4pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan
sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar
subjek ini nanti.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam
memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat
disiapkan.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian
tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak
tuan dan puan.
khususnya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya, saya
telah berjaya menyiapkan tugasan ini iaitu kerja kursus pendek Bahasa Melayu
Kontekstual. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu
saya melaksanakan tugas ini. Khususnya kepada ahli keluarga yang sentiasa
memberikan nasihat dan dorongan agar saya tidak mudah berputus asa dalam
melaksanakan tugas yang diberikan dengan bersungguh-sungguh,pensyarah bagi
tugasan ini iaitu Hjh Rokaiyah Binti Hj Jaya yang telah bertungkus-lumus dalam
memberikan penerangan yang amat jelas kepada kami mengenai tugasan ini dan tidak
lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberikan pandangan
dan idea kepada saya.
kelemahan, analogi dan kesedaran yang dapat membantu saya dalam melaksanakan

tugasan-tugasan yang akan datang. Tugasan ini telah meminta setiap pelajar bagi

memilih mana-mana jabatan yang ada di Malaysia dan saya telah memilih Majlis Fatwa
Malaysia. Melalui jabatan yang dipilih, kami mestilah menganalisis golongan kata yang
terdapat dalam misi, visi dan piagam pelanggan bagi jabatan tersebut. Kajian yang
telah saya lakukan bagi menyempurnakan tugasan ini telah memberi pengetahuan
yang mendalam terhadap tatabahasa Melayu. Saya telah menjadikan buku Tatabahasa
Dewan sebagai rujukan utama saya. Selain itu, saya juga telah menggunakan buku-
buku rujukan yang lain seperti buku Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu dan buku
Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia dan melayari beberapa laman
sesawang yang berkaitan denagn tugas ini.
namun hanya secara umum seperti kata nama dan kata kerja. Hasil daripada kajian
yang telah dilakukan, saya telah mengenal pasti tentang kata nama am tak hidup bukan
institusi konkrit, kata kerja tak transitif berpelengkap dan sebagainya.Tambahan lagi,
saya telah mendapat ilmu yang banyak mengenai Majlis Fatwa Malaysia, contohnya
sejarah, misi, visi, objektif, fungsi dan piagam pelanggan bagi jabatan ini. Sebelum ini,
saya hanya faham secara umum mengenai majlis ini namun kini saya memahami majlis
ini dengan lebih mendalam yang mana majlis ini adalah bertujuan untuk memartabatkan
fatwa di Malaysia melalui perancangan, penyelidikan, pengurusan dan penyelarasan
fatwa dalam pelbagai bidang ke arah mengembangkan proses ijtihad jamai dalam
penentuan sesuatu hukum.
berkumpulan dan rakan-rakan seperjuangan saya dalam menghasilkan tugasan ini
ialah Mohd Farid Bin Ismail dan Nurul Syakirah Binti Abdul Samad. Kami telah
meluangkan banyak masa bersama bagi menyiapkan tugasan ini. Semasa Puan Hjh
Rokaiyah memberikan tugasan ini, saya rasa sangat bersyukur kerana telah
dimaklumkan bahawa tugasan ini akan dilaksanankan secara berkumpulan. Hal ini
kerana kami mendapat tugasan ini di samping menerima juga tugasan yang lain. Oleh
yang demikian, bekerja dalam berkumpulan sangat mendatangkan kesan positif
terhadap pelaksanaan tugasan. Contohnya, beban yang dipikul setiap pelajar menjadi
ringan. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di samping
itu, bekerja secara berkumpulan telah mewujudkan nilai-nilai murni antara ahli
kumpulan, antaranya ialah tolong- menolong, wujud rasa tanggungjawab dalam diri
terhadap tugas yang telah dibahagikan, mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara
satu sama lain dan mampu berkongsi idea dan pendapat. Natijahnya, tugasan menjadi
semakin mudah untuk disempurnakan.
erti kesabaran. Tugasan ini diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat yang lain pada
8 Febuari 2012 dan kami dikehendaki menghantar semula pada 22 Febuari 2012.
Sejujurnya saya akui, tempoh yang diberikan sangat singkat. Setelah soalan tugasan
diberikan, timbul pelbagai persoalan dalam diri saya. Saya rasa sangat risau adakah
cukup dan mampu untuk saya menggunakan masa yang singkat ini untuk
melaksanakan tugasan berikut. namun, saya usahakan untuk lakukan yang terbaik
kerana semua ini menyangkut masa depan saya. Sebenarnya saya rasa sedikit
tertekan dalam proses melaksanakan tugasan ini. Hal ini kerana saya juga menerima
tugasan bagi subjek lain pada minggu yang sama saya menerima tugasan ini. Namun,
sebagai seorang pelajar dan guru pelatih, saya harus bersikap professional. Saya tudak
boleh menyalahkan pihak pensyarah kerana tugasan yang diberikan memang sudah
menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakannya. Oleh itu, saya mesti menjadi
seorang yang tabah dan sabar dan menyempurnakan tugasan ini. Sebagaimana
pepatah Arab yang bermaksud sabar adalah sebahagian daripada iman.
menyelesaikan tugasan ini ialah saya berjaya melatih diri saya supaya menjadi lebih
berdisiplin terhadap masa. Bagi saya, setiap minit dan saat itu sangat berharga dan
bernilai. Tempoh dua minggu yang telah diberikan seakan-akan hanya dalam beberapa
hari. Tambahan pula, saya telah menjadi ahli jawatankuasa dalam program yang telah
diadakan dan program yang akan datang. Program yang telah dilaksanakan ialah
program Bicara Agama bersama Ustaz Don Daniyal dan program yang akan datang

lah Kem Anak Soleh. Oleh itu, saya mesti bijak dalam menggunakan masa yang ada
untuk melaksanakan tugasan ini. Berbanding dengan kerja kursus pendek pada

semester lepas, saya menyiapkannya pada saat-saat akhir. Manakala pada semester
ini, saya telah berazam untuk memperbaiki kelemahan saya pada semester lepas agar
saya mampu menghasilkan yang lebih baik pada semester ini. Bak kata pepatah Arab
yang bermaksud,sesiapa yang berkehendakkan sesuatu, dia akan memperolehinya jika
dia berusaha kearah itu.
dalam proses melaksanakan tugasan ini akan saya jadikan iktibar dan sebagai
penambah baikan kepada saya dalam menghasilkan tugasan yang akan datang. Antara
pengajaran terpenting yang telah saya dapati ialah sikap tanggungjawab, sabar,
menggunakan masa sebaiknya, terus melaksanakan tugasan tanpa membuang masa,
berusaha bersunnguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Akhir sekali, sekali lagi

saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan

semua pihak yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung

dalam menyempurnakan tugasan ini. Harapan saya, saya mampu memperbaiki diri

saya dari semasa ke semasa dan rasa sangat bersyukur kerana telah berjaya

menyiapkan tugasan ini dengan baik.

DISEDIAKAN OLEH:

________________________________

(MOHD HAMDAN BIN PALLAO)

Anda mungkin juga menyukai