Anda di halaman 1dari 4

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA MENGGUNAKAN KAEDAH STAIRS STEPS BAGI MURID TAHUN 4 Oleh

Nur Syahidatil Asyiqin bt Amran1 & Norlia binti Abd Aziz2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Penggunaan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik penambahan dengan mengumpul semula merupakan salah satu usaha baru dalam memberi kefahaman yang lebih jelas kepada murid-murid di sekolah rendah. Justeru, satu kajian tindakan dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran menambah dengan mengumpul semula nombor empat digit menggunakan kaedah Stairs Steps. Kajian ini melibatkan seramai 6 orang responden iaitu murid-murid tahun 4 Naim, Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang. Pemilihan responden adalah berdasarkan Ujian diagnostik yang dilaksanakan kepada semua murid Tahun 4 Naim. Instrumen kajian meliputi ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen dan temu bual. Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan untuk mengukur peningkatan pencapaian murid manakala temubual dijalankan bagi menyokong dapatan kajian yang diperolehi. Data yang dikumpulkan dianalisis dalam bentuk statistik diskriptif iaitu melibatkan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa pola kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu tidak menambah nilai 1 pada nilai tempat puluh, ratus atau ribu dan kesilapan memilih nilai tempat untuk mengumpul semula. Selepas ujian pasca dilaksanakan, didapati penggunaan kaedah yang diperkenalkan telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid berbanding ujian pra. Dengan adanya penggunaan kaedah Stairs Steps ini, diharapkan ia dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran menambah dengan mengumpul semula dengan lebih baik. Kata Kunci: kaedah baru, kaedah Stairs Steps, tambah dengan mengumpul semula PENGENALAN Matematik merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan yang penting dan berguna dalam kehidupan seharian kita di mana matematik dapat melatih minda supaya berfikir secara mantik serta sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik pula menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Penekanan terhadap kemahiran asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi adalah penting dimulakan pada peringkat sekolah rendah manakala guru merupakan agen yang bertanggungjawab dalam memastikan semua murid mampu menguasai setiap konsep asas yang dipelajari dalam matematik dengan baik.
1 Pelajar

PISMP Matematik Pendidikan Rendah 2 Pensyarah Jabatan Matematik

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Semasa menjalani praktikum fasa 1 dan 2 yang lalu, pengkaji telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar tajuk Masa dan Waktu. Sepanjang sesi pengajaran, pengkaji mendapati bahawa sebahagian daripada murid tidak menguasai kemahiran menambah dengan mengumpul semula dengan baik. Masalah ini dikesan melalui semakan buku latihan murid dan lembaran kerja yang diedarkan. Masalah ini membimbangkan pengkaji kerana kemahiran menambah dengan mengumpul semula amat penting untuk dikuasai oleh murid. Berdasarkan latihan yang diberikan kepada murid-murid kebiasaannya melakukan kesilapan seperti tidak menambah nilai 1 pada nilai tempat yang betul. Masalah ini turut berlaku ketika pengkaji menjalani praktikum fasa 3 di mana pengkaji telah diberi tugas untuk mengajar tajuk Nombor Bulat Dalam Lingkungan 100 000 bagi murid Tahun 4. Terdapat beberapa orang murid melakukan kesilapan menambah dengan mengumpul semula seperti tidak menambah nombor 1 pada nilai tempat yang sepatutnya. Selain itu, kesilapan memilih nilai digit untuk menambah dengan mengumpul semula turut dilakukan oleh murid. Masalah ini dapat dikesan oleh pengkaji melalui semakan buku latihan dan lembaran kerja murid-murid. Masalah ini berlanjutan apabila segelintir murid mengulangi kesilapan yang sama semasa ujian TOV dan OTI 1 yang telah dijalankan. Melalui pemerhatian pengkaji, masalah ini berlaku kerana murid tidak menguasai kemahiran menambah dengan mengumpul semula. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini merupakan kemahiran kedua dalam penambahan yang perlu dikuasai oleh murid. Fokus Kajian Mereka menghadapi masalah menyelesaikan penambahan dengan mengumpul semula menggunakan kaedah bentuk lazim kerana mereka perlu memindahkan nilai sa kepada rumah puluh dan kadangkala mereka terlupa untuk berbuat sedemikian. Hal ini sangat membimbangkan pengkaji jika tidak dibendung dengan segera kerana masalah ini boleh mempengaruhi motivasi seseorang murid untuk terus mempelajari Matematik dan terus menganggap Matematik sebagai satu subjek yang sukar. Malah masalah ini juga boleh memberi kesan kepada topik-topik seterusnya dalam Matematik seperti topik wang, perpuluhan, dan lain-lain. Oleh itu, pengkaji telah membuat tinjauan terhadap masalah yang dihadapi dan seterusnya menganalisis tinjauan tersebut bagi mengenalpasti tindakan yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi mengumpul masalah yang dihadapi oleh murid-murid. METODOLOGI Model kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk kajian yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada model kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Stephen Kemmis dan Mc Tanggart (1988). Penggunaan model ini dapat menyelesaikan masalah yang sering diamalkan oleh responden.Model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati yang dilakukan secara berturutan dalam bentuk gelungan. Langkah-langkah ini dapat diilustrasikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Model Kajian Kemmis dan McTaggart (1988) DAPATAN KAJIAN Apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan masalah penambahan dengan mengumpul semula? Terdapat dua kesilapan yang dapat dikesan melalui ujian Pra yang telah dilaksanakan ke atas responden. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan ini melibatkan penambahan dengan kemahiran mengumpul semula. Kesilapan yang dilakukan ialah tidak menambah nilai 1 pada nilai tempat puluh, ratus atau ribu dan kesilapan memilih nilai digit untuk mengumpul semula. Merujuk kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh responden, satu temubual telah dijalankan ke atas setiap responden. Berdasarkan kesilapan yang pertama iaitu tidak menambah nilai 1 pada nilai tempat puluh, ribu atau ratus, didapati responden tidak memberi hasil tambah selepas berlakunya proses pengumpulan semula. Berikut adalah respon yang diberi oleh responden bagi soalan 1198 + 1255 : Sampel : Tambah dulu mula dari 5 + 5 sama dengan 10. Lepas tu naik kan 1 kat atas. Buat benda yang sama untuk yang sebelah. Tapi cikgu 1 tu tak tahu kene tambah ke tak. Saya tahu kena naik kan je. Masalah yang dihadapi oleh responden ini ialah, responden sudah boleh menambah tetapi tidak pasti sama ada nilai 1 yang dipindahkan dalam kemahiran mengumpul semula perlu ditambah atau tidak. Ada juga sampel yang memberi jawapan : Sampel : Yang saya tahu tambah je macam biasa. Lepas tu saya tahu kena naik kan 1 kalau lebih dari 10. Kesilapan kedua pula ialah kesilapan memilih nilai digit untuk mengumpul semula. Terdapat tiga responden yang melakukan kesilapan yang sama dan salah seorang responden memberi respon seperti berikut bagi soalan 1225 + 1198 : Sampel : Emm yang saya tahu kalau lebih 10 memang kena pindahkan nombor. Saya tengok nombor yang paling besar sebab nombor besar tu yang kena pindah rumah sebelah

Kesilapan ini ialah di mana apabila 1255 + 1198, seharusnya 5 + 8 = 13 dan nilai 1 yang dipindahkan kepada nilai temapat seterusnya, namun responden memilih nilai 3 untuk dipindahkan kerana responden merasakan nilai yang besar yang sepatutnya dipindahkan. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa responden tidak menguasai kemahiran mengumpul semula dan telah mengekodkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh responden seperti dalam Jadual 7 iaitu kod kesilapan responden. Pengkaji menggunakan x dan y sebagai kod kepada kedua-dua kesilapan kemahiran mengumpul semula yang dilakukan oleh responden. Kod Kesilapan Responden Kod Kesilapan x Tidak menambah nilai 1 pada nilai tempat puluh, ratus atau ribu y Kesilapan memilih nilai digit untuk mengumpul semula

Anda mungkin juga menyukai