Anda di halaman 1dari 3

1

Teks Pengerusi Majlis Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pada Tempat Masa : 21 Okt 2010 : Bilik Seminar, Psat Sumber IPGKTAA : 9.00 pagi

1. Bismillahirrahmanirahim. 2. Yang Berusaha En. Rasdi b. Saamah, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, 3. Yang Berusaha En. Mazlan b. Ismail, Penolong Pengarah, Bidang Bahasa, Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) selaku penceramah jemputan kita. 4. Yang Berusaha. Pn. Hajah Ramlah bt. Abd Rahman, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu, 5. Timbalan Ketua Jabatan, Ketua-ketua unit dan 6. Para Pensyarah yang dihormati sekalian . 7. Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera. 8. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama dalam majlis pada kali ini iaitu Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kursus ini diadakan khas untuk para pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kami berharap semoga perjalanan program kita pada pagi ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan kerjasama semua pihak. 9. Tidak lupa juga saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan En. Mazlan b. Ismail daripada Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) selaku penceramah yang akan menyampaikan input dan penerangan tentang KSSR dan seterusnya membantu kelancaran perjalanan kursus kita pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi hadir ke majlis ini, bak kata pepatah,

kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan. Untuk makluman semua, En. Mazlan berasal dari Kuala Lipis juga iaitu dari Kg. Merapoh. 10. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan. 11. Terima kasih kepada _____________________________ atas bacaan doa itu tadi. 12. Sebagai tanda alu-aluan bagi mesyuarat kali ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Rasdi b. Saamah selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. 13. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Rasdi atas ucapan alualuan tersebut. 14. Seterusnya majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha En. Mazlan b. Ismail, Penolong Pengarah, Bidang Bahasa, Bahagian Perkembangan Kurikulum untuk memberikan ceramah dan penerangan berkaitan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dipersilakan. 15. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada Yang Berusaha En. Mazlan b. Ismail, atas penyampaian ceramah itu tadi. Sesungguhnya input yang disampaikan tadi amat memberikan manfaat kepada kami dan akan kami sebarkannya kepada guruguru pelatih IPG Tengku Ampuan Afzan ini sebagai persediaan bagi mereka untuk menghadapi alam persekolahan nanti. Kami berharap pada masa-masa akan datang sudi kiranya En. Mazlan untuk bersama-sama kami dalam majlis seperti ini. 16. Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan ini mempersilakan En. Rasdi b. Saamah untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada En. Mazlan b. Ismail selaku penceramah jemputan kita pada kali ini. 17. Terima kasih diucapkan kepada En. Rasdi atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

18.

Tuan-tuan dan puan-puan, Dengan berakhirnya ceramah daripada Yang Berusaha En. Mazlan b. Ismail, Penolong Pengarah, Bidang Bahasa, BPK itu tadi, maka berakhirlah Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis dengan ini mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan ke bilik Jabatan Pengajian Melayu untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Sekian, wasallam wrt. dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai