Anda di halaman 1dari 2

LTM Agama Sistem Akhlak

Nama/NPM Jurusan

: Nur M. Abdurrahman/1206247026 : T. Metalurgi dan Material

I.

Pendahuluan

Akhlak merupakan hal yang sangat penting dalam kehidupan. Akhlak adalah hal yang sangat menentukan baik atau buruknya perilaku seseorang. Oleh karena itu, akhlak sering dikaitkan dengan watak atau kepribadian seseorang. Akhlak juga memiliki sistem yang disebut sistem akhlak yang selanjutnya akan dijelaskan disini. II. Isi

Menurut Dr Abdul Karim Zaidan, akhlak dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik-buruknya sesuatu perbuatan. Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi. Bukti kepada pengiktirafan kedudukan akhlak dalam agama Islam dapat dilihat atas beberapa sebab: 1. Matlamat pengutusan Rasulullah S.A.W. adalah untuk memperbaiki akhlak manuisa sebagaimana dalam hadith baginda yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. 2. Dalam hadith lain Nabi S.A.W. telah menyebut bahawa perkara yang paling berat timbangannya di akhirat kelak ialah akhlak yang baik. 3. Islam meletakkan orang yang berakhlak baik sebagai mempunyai darjat keimanan yang tinggi. 4. Orang yang berakhlak lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. di hari akhirat kelak. 5. Nabi S.A.W. sendiri, walaupun telah diketahui umum sebagai insan yang paling tinggi akhlaknya, masih memohon kepada Allah agar diperelokkan akhlaknya.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan lagi, satu ciri yang khusus dalam sistem akhlak Islam ialah kesyumulannya atau ruang lingkup yang dirangkuminya secara menyeluruh. Berbeda dengan pegangan sistem yang ada pada hari ini, akhlak dikesampingkan. Contohnya, dalam hal hubungan antarabangsa. Sistem akhlak Islam juga berpegang kepada nilai akhlak pada matlamat dan cara. Tiada ruang dalam sistem akhlak Islam untuk matlamat menghalalkan cara. Walaupun umat Islam diwajibkan membantu saudara seagama yang dizalimi, namun jika pertolongan tersebut melanggar perjanjian yang termeterai dengan orang yang menzalimi, ia tidak dibolehkan.

LTM Agama Sistem Akhlak

Akhlak boleh dibentuk melalui beberapa kaedah. Pertama, tidak menurut perasaan marah. Secara tidak langsung, ia mengelakan kesan-kesan negatif akibat sifat marah. Namun, kita tidak berupaya membuang sifat tersebut kerana sifat amarah adalah sifat semula jadi manusia. Kaedah kedua ialah mendidik jiwa dengan membuang sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat terpuji.

III.

Penutup (Simpulan) Akhlak adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menjunjung tinggi kebaikan akhlak Sistem akhlak dalam islam menyeluruh pada semua aspek kehidupan dan berpegang kepada nilai akhlak pada matlamat dan cara. Akhlak boleh dibentuk melalui dua kaedah, yaitu Pertama, tidak menurut perasaan marah. Kaedah kedua ialah mendidik jiwa dengan membuang sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat terpuji.

IV.

Sumber

http://tarbiyahpewaris.blogspot.com/2008/01/sistem-akhlak-dalamislam.html

Anda mungkin juga menyukai