Anda di halaman 1dari 14

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN PISMP SEM1 _EDU 3102

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Dipersembahkan oleh: Chiu Jiong Chee Lau Huong Kiat


1

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Perubahan memang berlaku pada bayi yang melibatkan aspek fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Kajian ini merujuk kepada perubahan yang disifatkan sebagai pertumbuhan dan perkembangan. Woolfolk dan Margetts(2007) mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan individu lain dan perkembangan emosi sebagai perubahan dan kefahaman, ekspresi serta pengurusan emosi.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Woolfolk dan Margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan.Daripada segi fizikal, bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Tambahan pula, perkembangan itu juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.
Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2 6

Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.

Sebagai huraian, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini.
Pertumbuhan pula berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otototot halus.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Menurut penulis, dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang sedia ada.

Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk mencapai kemahirankemahiran baru kelak.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan aturan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza mengikut individu.

Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan.
Ini merupakan satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita kaji dan lihat di dalam sesebuah bilik darjah.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

Prinsip yang terakhir pula menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Bagi penulis, kematangan merupakan kemunculan potensi atau tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu. Sebagai contoh, merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati dalam diri setiap individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktor-faktor genetik. Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

10

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

11

Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya. Trait yang kita warisi daripada ibu bapa terkandung dalam gen-gen ini. Ia menguasai

perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap


individu. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipegaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.

Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2

12

Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu akan hadapi di rumah, bersama jiran, sekolah dan

masyarakat. Ia juga termasuk pengalaman sebelum dan


selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, misalnya adakah ibunya merokok semasa anak dalam kandungan, rawatan yang diterima ibu serta usia dan keadaan emosinya. Pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia menyumbang kepada pengalaman

selepas kelahiran seseorang individu.


Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2 13

Sekian
Pembentangan Tutorial Minggu Ke-2 14

Anda mungkin juga menyukai