Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU, SUNGAI UDANG, MELAKA.

PROGRAM INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA SEMESTER 8

KERTAS KERJA MEMBENTUK DAN MENGHIAS GALERI KEMERDEKAAN

TARIKH TEMPAT

: :

5 Julai hingga 26 Julai 2013. Galeri Kemerdekaan SKTB

1.0

PENGENALAN

Seperti kita sedia maklum, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Pada 31 Ogos 2013 genap 56 tahun Malaysia bebas daripada penjajahan British. Tentulah kita pernah membaca atau menonton tentang momen bersejarah tatkala Tanah Melayu menerima pengisytiharaan kemerdekaan tepat detik 12 tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Kemuncak acara itu adalah upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan setaraf dengan semua negara-negara berdaulat di dunia. Bagi mengingati hari penuh bersejarah itu,saya guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu bersama-sama guru-guru penasihat Sekolah Kebangsaan Tangga Batu ingin membentuk dan menghias sebuah bilik untuk dijadikan sebagai Galeri Kemerdekaan Sekolah. Galeri Kemerdekaan ini terletak bersebelahan dengan Kelas Tahun 6 Arif. Galeri Kemerdekaan ini mengandungi pelbagai bahan dan informasi yang berkaitan dengan sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Informasi dan bahan yang terdapat di dalam Galeri ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah. Dengan adanya Galeri Kemerdekaan yang lebih menarik dan teratur diharap dapat menarik kehadiran murid-murid dan juga warga sekolah SKTB untuk melihat bahan-bahan dan informasi yang terdapat di dalam Galeri ini.

2.0

MATLAMAT

Program membentuk dan menghias Galeri Kemerdekaan merupakan salah satu cara bagi saya Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Selain itu, saya dapat menunjukkan sifat kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Program ini juga memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

3.0

OBJEKTIF

Program Membentuk dan Menghias Galeri Kemerdekaan ini diharapkan dapat:3.1 Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan. 3.2 Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi. 3.3 Menambahkan ilmu pengetahuan murid mengenai informasi yang berkaitan dengan kemerdekaan negara. 3.4 Menerapkan unsur nilai murni iaitu semangat cintakan tanahair.

3.5 Membentuk satu galeri yang ceria untuk menarik minat murid-murid dan warga sekolah.

4.0

TARIKH Tarikh : 5 Julai hingga 26 Julai 2013(Sepanjang Waktu Persekolahan)

5.0

TEMPAT

Galeri Kemerdekaan SKTB 6.0 JAWATANKUASA Jawatankuasa Program Membentuk dan Menghias Galeri Kemerdekaan: Penasihat Pengerusi 1 Naib pengerusi 1 Naib pengerusi 2 Penyelaras Program Ketua Program Setiausaha Dokumentasi Peralatan : Tn Hj. Nasir bin Hj. Omar (Guru Besar SK Tangga Batu) : En. Md Sharif bin Dol (GPK Pentadbiran) : Pn. Maimunah binti Sulaiman (GPK Ko-kurikulum) : Pn. Janna binti Daud (GPK Hal Ehwal Murid) : En. Roslan bin Abu Bakar Pn. Nur Asyaridah binti Yunus : Cik Nur Amirah binti Mohd Zain : Cik Nurul Najwa binti Awang : Cik Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki : Pn. Raihan binti Rajab

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PERKARA Kertas A4 (pelbagai warna) Kertas A4 ( putih ) Plastik laminate Double tape Cat (putih) Cat (biru laut) Polisterine (ungu) JUMLAH

BUTIRAN RM 26.00 X 1 rim RM 10.00 x 1 rim RM 45.00 X 1 rim RM 3.00 X 2 gelung RM 40.00 x 1 tong RM 40.00 X 1 tong RM 6.00 X 3 keping

JUMLAH RM 26.00 RM 10.00 RM 45.00 RM 6.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 18.00 RM 185.00

8.0 JADUAL PELAKSANAAN TINDAKAN

Tarikh 4 Julai 2013

Tindakan/Aktiviti Mengemas dan mengecat semula bilik khas untuk dijadikan Galeri Kemerdekaan. Mencari dan mengumpul maklumat tentang Perdana Menteri Malaysia pertama sehingga yang Ke- 6 meliputi sumbangan dan biodata beliau. Pelaksanaan aktiviti (Minggu 1) Mengecat sebahagian dinding dengan warna biru laut. Membuat wording Perdana Menteri.

6-8 Julai 2013

8-14 Julai 2013 Mencetak gambar-gambar Perdana Menteri yang pertama sehingga yang Ke- 6 (Gambar berwarna). Menampal gambar-gambar tersebut pada dinding yang telah dicat. Pelaksanaan aktiviti (Minggu 2) Mencetak maklumat berkaitan sumbangan dan biodata bagi setiap Perdana Menteri. 15-21 Julai 2013 Laminate maklumat tersebut supaya ianya keras dan nampak kemas. Menampal maklumat-maklumat tersebut di ruangan kosong bagi setiap Perdana Menteri. Menyusun atur maklumat-maklumat tersebut supaya kelihatan menarik dan mudah difahami apabila di baca. Menambahbaik ruangan Perdana Menteri jika terdapat ruangan yang masih kosong. Pelaksanaan aktiviti (Minggu 3) 22-26 Julai 2013 Perasmian Galeri Kemerdekaan pada 22 Julai 2013. Menjalankan aktiviti bersama-sama murid di dalam bilik Galeri Kemerdekaan. 10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Membentuk dan Menghias Galeri Kemerdekaan yang di rancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Juga diharapkan agar ianya mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan matlamatnya tercapai.

PERKARA Disediakan oleh: Nurul Najwa binti Awang,

TANDATANGAN/ULASAN

Setiausaha, Program Membentuk dan Menghias Galeri Kemerdekaan SKTB. Disemak oleh: Roslan bin Abu Bakar, Ketua Panitia Sains, Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka. Disemak oleh: Nur Asyaridah binti Yunus, Penyelaras, PPKI Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka. Disahkan oleh: Hj. Nasir bin Hj. Omar, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai