Anda di halaman 1dari 2

BINA INSAN GURU FASA V LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TIGA, TANAH MERAH OLEH : AZAMERUDIN

BIN NGAH PISMP MATH 2 SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011 I Pada 20 Februari 2013 hari rabu bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Tiga telah berlangsungnya program Bina Insan Guru Fasa V. Program ini merupakan satu program yang melibatkan semua pelajar Matematik 2 semester 5, IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan ambilan JANUARI 2011. Program ini dirancang bersama pensyarah tutor selaku pensyarah pengiring .Program ini bertujuan bagi menambahkan ilmu berkenaan pengurusan organisasi dan pentadbiran di samping mendedahkan para peserta terhadap hubungan dengan komuniti masyarakat dan realiti persekitaran sekolah. Program Lawatan Benchmarking ini dilaksanakan untuk memenuhi modul Bina Insan Guru semester ini. Ia merupakan satu usaha yang diharapkan dapat menyumbang ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bakal guru yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dalam masyarakat. Lawatan ini dimulai dengan taklimat oleh penolong pentadbir,penolong kanan ko, penolong kanan hem, dan beberapa orang guru. Kami mendapat pelbagai maklumat penting tentang cara pengurusan sekolah, pengurusan peperiksaan, dan lain-lain lagi. Layanan yang diberikan sangat terbaik dan mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Kami juga dibawa melawat ke beberapa bilik khas

seperti bilik sains, bilik komputer, perpustakaan, bilik kaunseling, bilik tv, dan beberapa sekitar tempat yang lain. Sepanjang program ini dilaksanakan saya dapati pentadbiran SKKT ini amat mantap di bawah pimpinan guru besar dan guru-guru di sekolah tersebut. Beliau amat tegas dan amat menekankan aspek disiplin warga sekolah terutamanya disiplin para guru. Pada pendapat saya guru yang berdisiplin pasti akan dapat menghasilkan murid yang berdisiplin. Para guru disini juga dikatakan mengamalkan sikap guru penyayang murid disayang. Sikap seperti ini seharusnya ada pada setiap guru pelatih dan pensyarah. Dari aspek kecemerlangan akademik pula ternyata SKKT ini amat menekankan pencapaian akademik dan sentiasa terdapat peningkatan dalam setiap peperiksaan UPSR bagi setiap tahun. Kecemerlangan akademik di sekolah ini sebenarnya hasil daripada usaha berterusan para guru dan pihak PIBG sekolah yang amat komited tentang kecemerlangan murid. Malahan setiap kejayaan yang dicapai oleh murid akan diraikan dengan penuh penghargaan dan langkah ini saya lihat amat berjaya kerana akan menaikkan lagi semangat murid untuk berjaya. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan aktiviti BIG pada kali ini dan program ini telah mencapai matlamatnya. Pemilihan sekolah SKKT juga amat tepat untuk dijadikan sebagai sekolah benchmarking. Saya berharap agar setiap guru pelatih dapat mengambil segala ilmu yang diperolehi sepanjang aktiviti BIG ini dan aplikasikan apabila mentadbir sekolah kelak. Sekian, terima kasih. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dalam melaksanakan tugasan penting ini. Segala kesilapan yang dilakukan harap dimaafkan. Segala yang buruk datangnya dari saya,dan apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T. Sekian daripada saya.Wassalam..

Anda mungkin juga menyukai