Anda di halaman 1dari 1

AMALI 1 Awan Dan Cuaca Apabila udara panas, lebih banyak wap air terkandung di dalam udara karena

air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan wap air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya. Awan dikelaskan berdasarkan rupa, bentuk, dan ketinggian semasa pembentukannya. Awan mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap keadaan cuaca. Dengan mengkaji awan anda mungkin dapat mengetahui mengenai cuaca pada hari tersebut.

Prosedur: Cari maklumat mengenai Awan dan Cuaca daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet. Cetak dan lampirkan Ramalan Cuaca untuk daerah atau tempat anda menjalankan pemerhatian dan mengikut tarikh amali dijalankan. Pilih lokasi yang sesuai dan perhatikan jenis awan yang terdapat di kawasan itu menggunakan mata kasar. Pemerhatian hendaklah dijalankan sebanyak dua atau tiga kali setiap hari. Jalankan pemerhatian selama dua minggu. Gunakan kamera yang sesuai untuk mengambil gambar. Sediakan laporan amali yang lengkap. Rekodkan pemerhatian anda dan catatkan juga sebarang perubahan cuaca (termasuk juga sama ada hari tersebut hujan atau tidak) Sertakan gambar, rajah, jadual, lakaran atau carta untuk menyokong data anda. Pada bahagian perbincangan, analisa dan tafsirkan data yang diperolehi. Bandingkan juga ramalan anda dan ramalan lain (yang dicetak atau yang anda dapat dari televisyen, radio atau surat khabar pada hari itu) dengan pemerhatian anda. Huraikan kepentingan dapatan amali anda dalam kehidupan seharian. Nyatakan kekuatan dan kelemahan kaedah amali yang dijalankan serta cadangan penambahahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai