Anda di halaman 1dari 3

Analisis dan Post Mortem Ujian 3 / 2013 Matapelajaran Sains

Analisis Peperiksaan Mata Pelajaran Sains UPSR 2013 KPI TOV Peratus pelajar lulus Bil. Pelajar skor A Bil. Pelajar skor B Bil. Pelajar skor C Bil. Pelajar skor D Bil. Pelajar skor E GPMP 56.5 % 1 4 8 9 1 3.22 UJIAN 1 56.5 % 0 1 12 8 2 3.48 UJIAN 2 82.6 % 1 12 6 3 1 2.61 UJIAN 3 100% 8 13 2 0 0 1.74

KEKUATAN 1. 2. 3. 4. 5. Berdasarkan keputusan ujian 3 menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu dari 82.6% kepada 100% bilangan murid yang lulus. Murid berjaya mendapat markah yang tinggi pada bahagian B tetapi agak lemah pada bahagian A. Murid sudah hampir menguasai fakta melalui latih tubi yang selalu diberikan oleh guru. Murid sudah mengusai kemahiran proses sains asas iaitu untuk soalan tujuan, pola perubahan dan mengenal pasti pembolehubah. Soalan sains percubaan arasnya amat rendah dengan soalan pada bahagian B tidak mencabar. Soalan pemerhatian dan inferens tidak keluar. 6. Soalan hipotesis langsung tidak naik. 7. Soalan berbentuk graf dan jadual adalah soalan bonus kerana murid hanya perlu memindahkan maklumat sahaja. KELEMAHAN 1. Murid kekurangan motivasi dalaman diri.

2. Murid kurang mendapat sokongan dan motivasi secara berterusan dari keluarga terutamanya dari ibubapa. 3. Murid tidak menguasai sepenuhnya fakta dan kemahiran berfikir aras tinggi bagi soalan dibahagian A. 4. Murid kurang memberi tumpuan semasa menjawab bahagian A serta tidak mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah di rumah. 5. Masih terdapat segelintir murid yang belum menguasai kemahiran 3M sepenuhnya. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI: Murid galus atau kumpulan lemah 1. Guru sains memberi penumpuan bahagian A sahaja. Latih tubI untuk memahami kehendak soalan diutamakan. Aras soalan direndahkan agar dapat menarik minat golongan ini untuk belajar. 2. Soalan yang menggunakan rangsangan gambar diperbanyakkan agar dapat membantu golongan murid ini memahami kehendak soalan 3. Untuk menjawab soalan bahagian B pula, murid perlu diberi lebih banyak latih tubi untuk soalan pemerhatian dan inferens. 4. Guru menggunakan pendekatan masteri bagi menguasai sesuatu topik yang sukar Murid sederhana dan cemerlang 1. Guru sains mengenalpasti murid sama ada lemah pada bahagian A atau bahagian B. 2. Guru sains menyediakan bahan dan soalan-soalan percubaan UPSR dari negeri lain untuk menjalankan latih tubi di dalam kelas dan kelas tambahan. 3. Menggalakkan murid berjumpa dengan guru Sains untuk membantu mengatasi kelemahan murid tersebut 4. Menggalakkan murid menyoal guru semasa sesi latih tubi bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap sesuatu topik

SENARAI PROGRAM ATAU AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. Memberi motivasi kepada semua pelajar tahun 6 sebelum sesi pengajaran dijalankan 2. Menjemput guru dari luar untuk memberi teknik menjawab dan cara belajar yang berkesan.

3. Mengadakan kelas tambahan waktu petang setiap hari rabu secara percuma 4. Mengadakan kelas pada waktu malam setiap hari rabu. 5. Pemantapan rohani melalui solat hajat setiap rabu sebelum kelas malam tamat. 6. Bacaan yasin pada setiap pagi jumaat

Anda mungkin juga menyukai