Anda di halaman 1dari 5

MUHAMAD NUR AZHARI BIN MISRAN

RBT/BI/BM (K3)

SOALAN 1: Terangkan apa yang anda dimaksudkan dengan kompetansi kecerdasan emosi.

Mengawali pembicaraan tentang kecerdasan emosi, Istilah emosi seringkali terdengar oleh kita. Namun ketika diminta untuk memberikan sebuah definisi, kerap kali kita mengalami kesulitan. Bentuk emosi yang muncul kerap di rasakan atas sikap yang ditampilkan atas dasar suasana perasaan saat itu. Alangkah baiknya sebelum kita mengenal beberapa contoh emosi yang sering kita rasakan menurut Daniel Goleman dalam bukunya yang berjudul kecerdasan emosional, emosi terbagi menjadi : (1) Amarah, seperti mengamuk, bengis, benci, jengkel, kesal hati rasa. terganggu, seperti rasa pahit tersinggung merasa hebat dsb. Kesedihan, seperti pedih, sedih, asa, kalau, depresi berat.(2) Rasa takut , seperti cemas, takut, gugup, khawatir, waspada, tidak senang,tidak tenang, was was, fobia, dan panik.(3) Kenikmatan, sepertibahagia, gembira, riangan , puas, terhibur, bangga, takjub, senang sekali, dsb. (4) Cinta, seperti penerimaan, persahabatan, kepercayaan, kebaikan hati, rasa dekat, bakti, hormat, kasih. (5) Terkejut, takjub terpana dsb. (6) Jengkel hina, jijik, mual, benci, tidak suka, mau muntah dsb, (7) Malu, rasa salah, malu hati, kesal hati hina, aib, hancur lebur. Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) dapat diertikan sebagai kebolehan untuk mengecam perasaan sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik . Kecerdasan emosi pula didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serat membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.(Young, 1996) Daniel Goleman menyebut kecerdasan emosional juga dengan istilah kecerdasan

pribadi. Kecerdasan pribadi diartikan dengan kemampuan untuk memahami orang lain, apa yang memotivasi mereka, bagaimana mereka bekerja bahu-membahu dengan mereka. Kecerdasan antar pribadi adalah kemampuan korelatif tetapi terarah ke dalam diri sendiri yang teliti dan mengacu pada diri serta kemampuan untuk menggunakan model tadi sebagai alat untuk menempuh kehidupan secara efektif (Goleman, 2001:52)

SOALAN 2: Senaraikan jenis jenis emosi yang positif dan negatif

Emosi manusia adalah satu fenomena khas. Tiada. Manusia harus bangga kerana kita boleh ketawa. Ketawa ialah satu petunjuk bahawa kita gembira. Ketawa boleh menghapuskan perasaan kerungsingan, dengki, marah, hina atau rendah diri dan sebagainya. Unsur kecindan boleh mengubah keadaan yang cemas kepada keadaan yang lebih relaks. Dengan demikina sesuatu individu dapat menyesuaikan diri dalam keadan yang genting dan urusan sosialnya. Emosi mempunyai dua jenis iaitu emosi positif dan emosi negatif Apakah emosi positif? Sebarang emosi yang dapat membawa perasaan gembira dan perasaan optimistik boleh digolongkan sebagai positif. Contohnya ialah cinta, keyakinan, sanjungan, penghormatan, kebanggan, kepuasan, bertanggungjawab diikhtiraf , dihargai optimistik, dihormati, bebas, sihat, suci, sabar,puas, gembira, bersyukur, tabah, taat kepada pemerintah, tenang, berfikiran terbuka, sabar, berfikiran terbuka, luhur, adil jujur. Emosi positif sangat penting kepada individu seperti pesakit atau sesiapa yang ,mengalami tekanan hidup. Emosi positif boleh menjadi sebaga tonik kepada hidup. Ia mempunyai kuasa pengubatan yang kuat. Ramai pesakit yang tenat dapat dipulih balik dengan terapi ketawa. Terapi ketawa telah digunakan untuk menghilangkan sakit dan tekanan di Mumbai, India. Terapi ini kini sedang mendapat perhatian daripada bidang saintifik supaya dapat diterapkan dalam perubatan konvensional. Anda mungkin

menonton filem Patch Adams yang dibintangioleh Robbie William yang memaparkan kuasa unsur kecindan dalam bidang perubatan. Semua ini adalah contoh-contoh kebaikan unsur emosi positif terhadap manusia.

Berbanding dengan emosi positif, kita juga mempunyai emosi negatif. Emosi negatif adalah sebarang perasaan yang tidak baik, kurang selesa atau destruktif. Contohnya ialah perasaan seperti marah, kemurungan, kekecewaan, takut, bersalah, tersinggung dan sebagainya. Emosi-emosi negatif ini mempunyai pengaruh yang besar tehadap kesihatan seseorang. Emosi negatif biasanya membawa perasaan pesimistik. Pandangan peimistik terhadap hidup boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan. Penyakit seperti kanser dan sakit jantung telah dikaitkan dengan kemurungan dan stres yang kronik (berpanjangan). KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 18 . Emosi negatif juga didapati melambatkan pemulihan pesakit. Ia juga boleh mendesak seseorang itu membunuh diri atau menjadikan sebagai anggota yang kurang berfungsi dalam masyarakat. Perkaitan antara stres dengan penyakit telah lama dibuktikan oleh pakar perubatan. Stres kronik juga boleh mencetuskan penyakit seperti diabetes, ulser perut dan asma. Dapatkah anda lihat betapa pentingnya kita jaga keadaan emosi kita? Antara contoh emosi negatif pula antaranya ialah mengamuk, bengis, benci, jengkel, kesal hati rasa. terganggu,. Kesedihan, pedih, sedih, putus asa, Rasa takut , cemas, takut, gugup, khawatir, waspada, tidak senang,tidak tenang, was was, fobia, dan panic. Jengkel hina, jijik, mual, benci, tidak suka, Malu, rasa salah, malu hati, kesal hati hina, aib, hancur lebur.tersinggung, murung, berdosa ,

SOALAN 3: Mengapakah perlunya kita mengurus emosi dalam hubungan antara manusia Adalah penting kita mengakui bahawa dunia ini luas dan mengandungi pelbagai ragam manusia. Kita tidak boleh anggap bahawa semua orang mesti sama seperti kita.

Kita harus sedar bahawwa orang lain ada cara tersendiri untuk melakukan sesuatu. Orang yang masam dan tidak berpuas hati buasanya begitu kerana mereka tidak dapat menerima hakikat ini. Itulah sebab sikap toleransi sangat penting dalam hidup. Kita patut menerima kenyataan bahawa setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Orang yang kurang bertoleran akan sentiasa sedih dan marah kerana ragam dunia tidak mengikutinya. Sebagai contoh, seorang peajar yang cerdik akan berasa teruk dan akan gagal dalam pelajaran sekiranya ia tidak bertoleran terhadap kawan-kawannya yang lebih bersifat joli dan kurang seerius dalam pelajaran . Sikap kurang toleran ini akan merungsingkan fikirannya serta menjadikannya memencilkan diri dripada kawankawannya sehingga hidupnya begitu pilu. Sekiranya dia bertoleran dan menerima hakikat bahawa orang lain tidak seharusnya seperti dia, hidupnyaa akan menjadi lebih seronok. Dalam konsep Hablum Min-Annas telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum Min-Allah). Perlunya mengurus emosi dalam hubungan antara orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

SOALAN 4: Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat membina emosi yang stabil dalam PnP dan dengan rakan kerja.

Seorang guru semestinya akan atau sudah pernah mengalami kerenah dan masalah murid atau pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran. Disebabkan itu persediaan emosi yang stabil dan cekal hati dalam menghadapi segala kerenah murid dan cabaran dalam pembelajaran adalah amat penting dan harus ada dalam diri seorang guru. Guru perlu tahu menyelesaikan setiap masalah murid dalam apa jua situasi dan ini memerlukan sikap dedikasi seorang guru yang tidak pilih kasih serta bersabar dalam mengulangi isi pelajaran yang lepas bagi murid yang lemah. Emosi yang stabil bagi seorang guru amat penting kerana peranan guru itu meliputi segala aspek bukan saja pendidikan tetapi pembentuk sahsiah murid. Jadi di sini guru

memikul banyak tanggung jawab yang bukan saja mengajar malahan menjadi kaunselor kepada murid yang bermasalah. Ia perlu memotivasikan dirinya dahulu sebelum memotivasikan orang lain misalnya memberi motivasi bagi kanak-kanak iaitu motivasi dalaman, contohnya sifat ingin belajar dari kanak-kanak itu sendiri perlu dipupuk dan motivasi luaran seperti keinginan belajar yang datang dari sekeliling yang membuatkan kanak-kanak itu belajar. Dari sinilah emosi yang stabil itu memerlukan pemikiran guru yang rasional dan sentiasa bersedia membantu pelajarnya apabila diperlukan. Jika dengan rakan sekerja, kita boleh menstabilkan emosi kita dengan sentiasa bersikap terbuka dan toleransi dengan rakan sekerja kita. Selain itu, kita mestilah juga sentiasa berfikiran positif terhadap rakan kita. Dengan cara ini kita akan dapat menstabilkan emosi kita dengan rakan sekerja kita.

Anda mungkin juga menyukai