Anda di halaman 1dari 7

http://kefahaman-selamanya.blogspot.com/2012/10/hukum-zikir-secara-berjemaah-sel epas.

html Hukum Zikir Secara Berjemaah Selepas Solat ZIKIR SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT BUKAN BID AH? Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim Universiti Utara Malaysia asmadi@uum.edu.my Polemik bid ah semakin menular di tengah-tengah masyarakat. Tidak dapat dinafikan wujudnya amalan-amalan bid ah yang subur di kalangan mereka. Antaranya ialah ketak suban seseorang kepada Syeikh-nya dan menolak pandangan dari pihak yang lain. Ba hkan ia juga membawa kepada mendoktrin pengikut memuja syeikh-syeikh dengan diwarwarkan kehebatannya. Walaupun begitu, polemik bid ah dan membid ah ini seharusnya ditangani dengan teliti dan berasaskan dengan petunjuk dari al-Quran dan al-sunnah. Sebahagian yang men gamalkan sesuatu amalan, contohnya amalan berzikir secara berjemaah selepas sola t, merasakan mereka mengamalkannya di atas pentunjuk al-Quran ataupun al-sunnah. Mereka membawa juga hujah-hujah berpandukan ayat-ayat suci al-Quran dan sunnah disamping penerangan dari ulama-ulama silam dan semasa untuk menguatkan hujah me reka. Sebahagian masyarakat yang lain pula melabelkan mereka sebagai pencetus dan peng amal bid ah. Mereka berpandangan bahawa perkara tersebut tidak pernah diamalkan ol eh Rasulullah SAW. Mereka menyatakan bahawa bertaqlid pada ulama dengan mengenep ikan petunjuk al-Quran dan al-sunnah merupakan suatu kesesatan berdasarkan Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu dengar dan patuh walaupun hamba Habsyi memerintah kamu. Sesungguh nya sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu, maka akan melihat perselisihan ya ng banyak. Justeru, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah kh ulafa` al-Rasyidin selepasku. Gigitlah dengan geraham-geraham kamu (berpegang te guh). Dan Jauhilah perkara-perkara baru, kerana sesungguhnya setiap yang bid ah it u sesat. Hadith di atas menjadi dalil kepada pandangan yang berpegang bahawa ia dengan je las melarang dari menambah perkara-perkara baru dalam ibadah. Dengan kata-kata l ain, penambahan dalam ibadah diluar dari suruhan Syarak adalah sesat. Justeru, p ersoalan ibadah bukan lagi soal furu , bahkan menjadi seumpama persoalan akidah ke rana boleh membawa kepada kesesatan. Mereka berpandangan bahawa orang yang bertaqlid kepada orang-orang terdahulu dii baratkan sebagai golongan Yahudi dan Nasrani yang bertaqlid kepada rahib-rahib d an pendita-pendita mereka. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Tauba h, ayat 31 yang bermaksud: Mereka menjadikan pendita-pendita mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan se lain Allah . Justeru, bertaqlid pada para fuqaha yang tidak berpegang kepada nas, termasuk da lam golongan ini. Pada kesempatan yang ini, penulis hanya ingin menyentuh dua isu utama iaitu bert aqlid dengan ulama dan masalah zikir secara berjemaah selepas solat. Diharapkan artikel ini dapat membantu pembaca memahami secara lebih mendalam dan menghayati

nya secara rasional tanpa dipengaruhi dengan sebarang emosi. Bertaqlid kepada ulama. Ada yang mengatakan fenomena bertaqlid kepada ulama khususnya ulama empat mazhab hari ini merupakan sebab utama kejatuhan umat Islam kini. Kongkongan taqlid men yebabkan ulama-ulama takut untuk mengeluarkan pandangan sendiri. Kelahiran pelba gai bid ah pada hari ini adalah kerana budaya bertaqlid tersebut contohnya amalan zikir selepas solat secara berjemaah merupakan amalan bid ah. Golongan yang melaku kan bid ah ini menjadikan ulama-ulama mereka seperti Yahudi dan Nasrani menjadikan pendita dan rahib sebagai tuhan-tuhan mereka. Persoalan keharusan bertaqlid. Persoalan pertama ialah keharusan bertaqlid. Benarkah orang yang mahu berpegang kepada al-Quran dan al-sunnah seumpama salafussoleh telah bebas dari bertaqlid? Sekiranya pembaca ditanya mengenai siapakah yang meriwayatkan hadith yang penuli s tuliskan di atas (penulis sengaja tidak menyatakan periwayat hadith tersebut), dan saudara pembaca bertanya Ustaz A, dan ustaz itu menyatakan Abu Daud (Bab al -Sunnah, nombor 3991) dan al-Tirmizi (Bab al-Ilm, nombor 2660) yang meriwayatkan nya, maka sebenarnya saudara sedang bertaqlid dengan Ustaz A itu. Sekiranya dita nya pula, apakah hujahnya hadith yang saudara pegang itu sahih? Saudara pun berk ata: Ustaz B pakar hadith, dia mengatakan hadith tersebut sahih dan tidak ada ca cat cela. Saudara sebenarnya bertaqlid dengan Ustaz B tersebut. Justeru, saudara tidak termasukkah dalam maksud ayat al-Quran di atas yang menol ak mengikut pendita dan rahib-rahib (bagi Yahudi dan Nasrani), dan saudara juga berpandukan dan mengikut pandangan ustaz-ustaz tersebut pada hari ini? Dalam satu suasana yang lain, seseorang contohnya C mengatakan bahawa dia berzik ir selepas solat secara berjemaah kerana berpegang kepada sebahagian ulama-ulama Salaf yang membenarkan amalan tersebut. Ulama tersebut meyakini amalan tersebut kerana adanya hadith sahih dari Rasulullah SAW. Sekiranya difikirkan secara rasional, kedua-dua pihak pertama dan kedua mengamal kan taqlid. Pihak pertama bertaqlid kepada Ustaz A dan B. Adapun pihak kedua ber taqlid kepada ulama-ulama Salaf (iaitu ulama dalam lingkungan tiga kurun selepas Rasulullah SAW). Pihak pertama bertaqlid dengan Ustaz A dan B (yang hidup pada zaman ini) kerana yakin dengan ilmu dan akhlaknya ketika remaja dan dewasa. Piha k kedua juga bertaqlid dengan mazhab Salaf kerana yakin dengan keilmuan dan akhl ak mereka semenjak remaja bahkan mereka terkenal dengan kesolehan dan warak. Bah kan ilmu mereka diiktiraf seantero dunia sejak dahulu berbanding Ustaz A dan B. Adalah tidak benar mentafsirkan ayat di atas (seumpama mengikut pendita dan rahi b) terhadap masyarakat yang bertaqlid kepada mazhab yang empat. Qiyas tersebut a mat tidak tepat kerana pendita-pendita Yahudi dan rahib-rahib Nasrani merupakan mereka yang mencipta sendiri hukum-hukum kepada kaum mereka dan bertentangan den gan nas-nas Taurat dan Injil. Kaum-kaum mereka lantas mengikut mereka walaupun m ereka sedar ia bertentangan dengan taurat dan Injil. Walhal ulama-ulama mazhab fiqh dalam Islam, mereka bukanlah pencetus hukum-hakam tetapi mereka cuma berperanan untuk menghurai dan menjelaskan kehendak ayat dan hadith serta pengertiannya. Mereka mentafsirkan permasalahan semasa dengan meli hat kaedah syarak keseluruhannya. Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW: al - Ulama warasatul anbiya` yang bermaksud ulama itu pewaris para nabi. Justeru itu, masyhur di kalangan ulama-ulama Usul yang mengatakan mazhab orang-orang awam ad alah mazhab muftinya atau imamnya. Ulama menutup pintu berijtihad dan takut mempraktikkannya.

Ijtihad bererti menggunakan segala usaha dan kemampuan oleh mujtahid (ulama yang memenuhi syarat ijtihad) untuk mengeluarkan hukum pada sesuatu perkara. Persoal an menutup pintu ijtihad merupakan isu utama apabila membicarakan perkembangan m azhab-mazhab fiqh. Kekusutan masyarakat Islam selepas jatuh sistem kekhilafahan amat berkait rapat dengan permasalahan ini. Ulama dilabelkan sebagai jumud, taks ub dan terkongkong dengan fenomena ini. Hasilnya lahir gerakan-gerakan tajdid (pembaharuan) dalam kurun yang lepas, anta ranya gerakan dipelopori Sheikh Jamaluddin al-Afghani dan dan Sheikh Muhammad Ab duh. Perkembangan ini berterusan dan negara-negara Arab menerima kesan yang besa r di atas gerakan ini. Hasilnya, mereka yang pernah berada di Timur Tengah perna h merasai bagaimana masyarakat Arab semakin terlerai dari pegangan mazhab masing -masing. Namun, masyarakat Arab tidak juga maju walaupun ikatan mazhab semakin terungkai. Walaupun kemunduran negara Islam bukanlah bererti gerakan tajdid ini salah, nam un kemunduran negara Islam tetap dikaitkan dengan pegangan mazhab. Saudara bacal ah buku berkaitan al-Madkhal fi al-Fiqh al-Islami dan Tarikh al-Tasyri al-Islami. Bacalah sendiri tanpa perlu meminta pertolongan orang lain untuk menterjemahkan nya bagi mengelakkan saudara bertaqlid kepada penterjemahannya dan tafsirannya. Saudara akan dapati, hampir kesemua penulis mengaitkan kemunduran umat Islam den gan budaya taqlid mazhab. Jika begitu keadaannya, kenapa tidak boleh digunakan hujah, kemajuan umat Islam Malaysia berpunca dari ketertiban dan iltizam mereka pada ulama khususnya ajaran yang dibawa oleh ulama-ulama tafsir, hadith, aqidah, ulama fiqh dan ahli-ahli s ufi yang haq. Penulis tidak menafikan adanya fenomena enggan berijtihad (mengeluarkan hukum ba ru) di kalangan ulama silam. Ia merupakan rentetan ramai golongan jahil yang men dakwa dirinya ulama dan berijtihad sesuka hati. Keadaan kerosakan masyarakat ter sebut menjadikan mereka mengeluarkan kaedah: Tertutupnya pintu ijtihad . Walhal pin tu ijtihad terbuka luas sehingga hari kiamat kepada orang-orang yang mempunyai s yarat-syarat ijtihad. Zikir selepas solat fardu secara berjemaah dan lantang. Ada dua isu utama untuk diperkatakan di bawah tajuk kecil ini iaitu bentuk zikir , menyebut secara kuat (lantang) dan menyebut secara berjemaah. Secara umumnya berzikir di dalam masjid ada dua bentuk iaitu pertamanya, zikir y ang disebut di dalam sunnah bahawa ia dilakukan selepas solat fardhu. Keduanya i alah zikir yang dinyatakan dalam sunnah bahawa ia dilakukan selain dari waktu so lat. Hadith-hadith yang menerangkan zikir-zikir yang sunat dilakukan pada setiap kali selepas solat fardhu ialah: Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah RA dari apada Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat seb anyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu a kbar) sebanyak 33 kali, jadi kesemuanya 99 kali, kemudian menyebut: La ilaha ill allah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ala kulli syai`in qadir , untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa-dosanya walau pun umpama buih di lautan. Isu kedua ialah menyebut zikir secara lantang dan berjemaah. Amalan ini dilakuka

n berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibn u Abbas RA yang berkata: Raf u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah ka na ala ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud: Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu tel ahpun berlaku di zaman Nabi SAW. (Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba d al-Solah, Jilid 2, Hal: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba d al-Solah, Jilid 4-6, Hal:234-235). Bahkan Ibn Abbas mengatakan lagi: Saya tahu bahawa mereka selesai menunaikan solat apabila saya mendengar zikir. Dalam riwayat yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Ab bas RA mengatakan: Saya mengetahui tamatnya solat Rasulullah SAW dengan laungan takbir. Lihat bagaimana Ibn Hajar mengulas kata-kata Ibn Abbas tersebut: Daripada riwayat di atas, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka (para sahabat) memulakan zikir mereka dengan takbir (Allahu akbar) selepas solat mendahului ta sbih dan tahmid (Perbezaan riwayat mana yang didahulukan antara tasbih, tahmid d an takbir) (Fath al-Bari:2/259). Hadith riwayat Ibn Abbas yang menerangkan perlakuan Rasulullah SAW dan huraian I bn Hajar menunjukkan secara nyata bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat RA b erzikir secara lantang dan berjemaah. Pandangan yang menolak hujah tersebut, berpegang kepada apa yang diriwayatkan ol eh Ibn Mas ud RA yang pernah mengingkari perlakuan sekumpulan para sahabat yang be rkumpul di dalam sebuah masjid untuk berzikir kepada Allah SWT, dan menganggapny a suatu bid ah. Ulama mentafsirkan tindakan Ibn Mas ud dalam dua keadaan. Pertamanya kerana tidak sampai kepada Ibn Mas ud hadith-hadith yang menyatakan keharusan ber zikir beramai-ramai. Perkara ini diperakui oleh ulama hadith bahawa tidak semest inya setiap sahabat mengetahui segala hadith. Keduanya, bantahan tadi dikira seb agai qaul sahabi (pendapat sahabat) dan tidak boleh bercanggah dengan apa yang p asti daripada Rasulullah SAW. Justeru, al-sunnah dengan nyata membenarkan berzikir dengan lantang secara berje maah selepas setiap solat fardhu selagi tidak mengganggu orang-orang yang bersol at. Justeru, perbuatan berzikir tersebut bukanlah suatu bid ah sebagaimana yang te rsalah faham. Bahkan, perbuatan tersebut berpandukan kepada sunnah yang jelas. Bagi yang menolak amalan berzikir secara berjemaah selepas setiap solat juga men gemukakan hujah-hujah mereka. Antaranya ialah penolakan Imam al-Syafie Rahimahul lah terhadap amalan itu. Mereka memetik kata-kata Imam al-Syafie mengenai perkar a tersebut. Bagi memperjelaskan persoalan tersebut saya menterjemahkan kata-kata Imam al-Syafie secara keseluruhan dan menghuraikannya. Pembaca boleh menghukum samada huraian saya melencong dari kata-kata Imam kita ini. Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah: Bab perkataan Imam dan duduknya selepas salam. Al-Rabi telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie mengkhabarkan kep ada kami dan berkata: Ibrahim bin Saad mengkhabarkan kepadaku, dari Ibn Shihab b erkata: Hindun binti al-Harith bin Abdullah bin Abi Rabi ah menyampaikan hadis ini kepadaku, dari Ummu Salamah isteri Nabi SAW yang berkata: ((Adalah apabila Rasulullah SAW memberi salam selepas solatnya, bangun wanita-wa

nita selepas salamnya, dan duduk Rasulullah SAW di tempatnya sekejap)). Berkata Ibn Shihab: Kami melihat duduk baginda (yang demikian itu)- wallahu a lam- supaya k eluar wanita (untuk mengelakkan) bertembung orang ramai yang tamat dari solat . Al-Rabi telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie telah mengkhabark an kepada kami dan berkata: Ibn Uyainah telah mengkhabarkan kepada kami, dari Amr bin Dinar, dari Abu Ma bad, da ri Ibn Abbas berkata: Adalah aku mengetahui selesainya soalat Rasulullah SAW deng an takbir (zikir Allahu Akbar). Berkata Amr bin Dinar: Kemudian aku menyebutnya k embali (hadith ini) kepada Abu Ma bad, dan dia (Abu Ma bad) berkata: Aku tidak meriwa yatkan kepadamu . Berkata Amr: Sesungguhnya engkau meriwayatkan kepadaku. Berkata: Adalah dia merupakan orang paling boleh dipercayai dari mawal( hamba-hamba) Ibn A bbas. Berkata al-Syafie: Seolah-olah dia (Abu Ma bad) melupainya selepas dia meriw ayatkannya (hadith) kepadanya ( Amr). Al-Rabi telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarka n kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami , dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata: Adalah Rasulullah SAW apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz y ang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na budu illa iy yahu, lahulni mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlis ina lahuddin walau karihal kafirun . Berkata al-Syafie: Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: Dan mana-mana Im am yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendap atku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-d uanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelaj ari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir se hingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia be rzikir secara senyap . (Tamat petikan dari Kitab al- Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242) Kesimpulan yang penulis dapat buat dari kenyataan Imam Syafie Rahimahullah yang terakhir itu ialah: 1. Amalan berzikir dengan kuat harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum m enurut pandangan Imam Syafie. Namun beliau tidak secara terang-terangan mengatak annya haram atau sesat mahupun bid ah kerana pandangan Salaf yang lain juga bersan dar kepada hadith Ibn Abbas namun Imam Syafie meraguinya kerana Abu Ma bad terlupa dia pernah meriwayatkannya kepada Amr bin Dinar sebagaimana kata Imam Syafie: : Seolah-olah dia (Abu Ma bad) melupainya selepas dia meriwayatkannya (hadith) kepad anya ( Amr). Manakala hadith Ibn al-Zubair dianggap oleh Imam al-Syafie sebagai me ngambil kata-kata Ibn Abbas sebagaimana katanya: Aku mengira apa yang diriwayatka n Ibn al-Zubair mengenai tahlil Nabi SAW (zikir La ilaha illallahu) sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas . 2. Imam Syafie berpendapat bahawa mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang b eliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara kedu anya, maka ia adalah baik (hasan). Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasa n). Namun perkara yang mempunyai sanad (sandaran) dari sunnah secara nyata adala h lebih baik dari hasan. Tetapi sekiranya diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya Imam tersebut akan dic ap sebagai pembawa bid ah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadith-hadith Nabi SAW atau taksub kepada pandangan seseorang. 3. Pandangan Imam al-Syafie Rahimahullah lagi:

Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dala m keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia bole h melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari d arinya, kemudian dia berzikir secara senyap . Imam al-Syafie memilih perkataan memilih untuk mentarjihkan atau menguatkan pandan gannya. Itulah cara ulama hadith yang juga imam faqih. Memilih pandangan sendiri tetapi bukan dengan membid ahkan dan menyesatkan pihak yang tidak bersetuju denga nnya khususnya dalam perkara yang masih terbuka untuk ijtihad. Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadith Ibn Abbas:

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh s ebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu. Manakala ulama mutaakh irin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri. Imam al-Nawawi menambah lagi: Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma bad kemudian dia menafikannya) pada m enjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn Abbas) ini walaupun dinafikan o leh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupaka n mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh . (Tamat nukilan dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al- Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba d al-Solah, Jilid 2, hal. 260). Berhati-hati dalam menghukum sesuatu amalan sebagai bid ah. Melalui perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada pembaca yang mahukan kebe naran, bagaimana ulama-ulama kita membahaskan tajuk tersebut. 1. Hadith Ibn Abbas mengenai berzikir secara lantang diterima oleh sebahagian ula ma salaf sebagai hujjah dan sunat diamalkan. Bahkan ia diamalkan oleh sebahagian ulama salaf. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita membid ahkan dan menyesatkan sebahagian ulama salaf dan orang-orang yang mengamalkan sebahagian dari amalan dan berpegang kepada hadith ini. 2. Masyarakat juga seharusnya menghormati pandangan yang tidak berpegang kepada amalan ini kerana terdapat persoalan ijtihad mengenai status hadith tersebut dan syarahan yang berbeza di kalangan ahli hadith yang menyebabkan ulama berbeza pa ndangan. Walaupun begitu, amalam Imam yang menguatkan zikirnya sekali sekala unt uk dipelajari umum merupakan perkara yang disyariatkan menurut pandangan ini. 3. Perbezaan pandangan ulama hadith dan fuqaha` mengenai persoalan tersebut tida k langsung mencetuskan perkataan bid ah yang menyesatkan, masuk neraka dan seumpam anya. Kalau adapun mereka menyebut bid ah atau muhdath (perkara baru) tetapi dalam taraf hasan kerana amalan yang nyata ada sanadnya adalah lebih utama dari amalan muhdath. Mereka menyebutnya sebagai bid ah atau penambahan dari sudut bahasa tetap i tidak mengatakannya sebagai dalalah atau sesat. Inilah akhlak ulama Salaf. Inila h kefahaman ulama hadith yang hakiki dan fuqaha` apabila berdepan dengan persoal an-persoalan khilaf dan ijtihad (qadaya khilafiayyah ijtihadiyyah). Semoga kita semua diberikan pentunjuk oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT menjauhka n kita dari amalan-amalan bid ah dan ketaksuban pada mana-mana individu sehingga k ita menolak hujah-hujah Al-Quran dan al-sunnah. Semoga kita menjadi pengikut ula ma-ulama Salaf dan tidak mudah terpengaruh dengan aliran semasa yang membuang su

mbangan ulama-ulama Salaf yang mu tabar yang diterima umat sepanjang zaman. Semoga umat Islam lebih cermat dalam menghukum sebahagian masyarakat yang lain. Wallahu A lam.

Penulis ialah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia. Berkelulusan PhD (Fi qh & Usul Fiqh) dari UIA, Sarjana Fiqh & Usul al-Fiqh (UIA) dan Ijazah Sarjana M uda Syariah dalam bidang al-Fiqh wa al-Tasyri (Universiti of Jordan). Sumber : http://jomfaham.blogspot.com/2010/02/hukum-zikir-secara-berjemaah-selepas.html

Anda mungkin juga menyukai