Anda di halaman 1dari 5

Kelebihan Dan Kemuliaan Ramadhan Karim

by ABU NAFIS

Kelebihan Dan Kemuliaan Ramadhan Karim: 1. Kelebihan Bagi Orang Yang Berpuasa Dari Abu Hurairah,Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

.
Maksud: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda,Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa,kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua

kegembiraan,kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk(minyak kasturi) ~Riwayat Bukhari & Muslim~ 2. Kelebihan Bagi Orang Yang Melakukan Solat Sunat Terawih

Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (solat tarawih) karana iman dan mencari pahala,maka dosadosanya yang telah lalu akan diampuni 3. Kelebihan Menyediakan Makanan Untuk orang Berbuka Puasa

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa,dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun ~HR al-Tirmizi Dan Dinilai Sohih Oleh al Bani~ 4. Kelebihan Umrah Di Bulan Pahalanya Ibarat Membuat Haji Ramadhan

Maksudnya: Sekiranya datang Ramadhan hendaklah kamu berumrah kerana sesungguhnya umrah dalam Ramadhan menyaingi haji ~ HR.Muslim ~ 5. Pintu Langit Dibuka Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan ~Riwayat Bukhari dan Muslim~ 6. Pintu-Pintu Syurga Dibuka Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintupintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya.Maka berserulah penyeru:Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan

~Riwayat At-Tirmizi Hurairah r.a.~

dan

Ibnu

Majah

dari

Abu

7. Pintu Neraka Ditutup Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila masuk bulan Ramadan,dibuka pintu-pintu langit,ditutup pintu jahanam dan dirantai para syaitan ~Riwayat Bukhari~ 8. Dibelenggu Para Syaitan Dan Jin Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka ~Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah~ Menurut Ulama antaranya Imam As-Syafie hanya Jin dan Syaitan yang bengis sahaja dibelenggu,manakala yang lain masih bebaS. 9. Pengampunan Dosa Yang Lepas Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala,nescaya diampunkan baginya dosadosanya yang telah lalu ~Riwayat Bukhari dan Muslim~

10. Malam Lailatul Qadar Hebat dan tingginya kedudukan Lailatul Qadar dapat kita ketahui bedasarkan firman Allah:

. .

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (AlQuran) pada malam Al-Qadr (lailatul qadr).Dan tahukah kamu apa lailatul qadr itu? lailatul qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,malaikat-malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Rabb mereka untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) keselamatan sampai fajar terbit~Al-Qadr: 1-5~ Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan ~Hadis Riwayat Bukhari~

Anda mungkin juga menyukai