Anda di halaman 1dari 2

Konsep Pengukuran Definisi : Secara umumnya, pengukuran merupakan suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui

angka) tentang sebanyak mana individu ataupun murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu dan merujuk kepada proses memberi penjelasan berangka bagi suatu benda, perkara, keadaan, orang, atau peristiwa mengikut peraturan tertentu. Manakala menurut Bashah (2006), pengukuran dalam erti kata yang lain ialah langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu atau pelajar memiliki sifat-sifat tertentu. Dalam penyelidikan Ismail Daud, 1998 pula mendefinisikan pengukuran adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian. Tujuan Pengukurun : Pengukurun juga adalah asas penting dalam penilaian terhadap pencapaian individu. Oleh itu, pengukuran bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian dan kedudukan antara pelajar. Perkara ini membolehkan guru dan murid itu sendiri mengetahui tahap pencapaian mereka dan kebolehan diri sendiri. Sekiranya, tahap pencapaian kurang memuaskan pelajar berkenaan seharusnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang dihadapi. Seterusnya, pengukurun juga dapat dibuat pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai. Sebagai contohnya, seseorang itu mempunyai skor yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, oleh itu pelajar berkenaan ditempatkan dalam kelompok yang sama seperti Persatuan Bahasa Melayu yang melatih para pelajar untuk mewakili sekolah dalah syarahan, pantun dan sebagainya. Selain itu, ianya untuk menganalisis dan merumus sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran sebagai pensijilan dalam sesuatu peringkat persekolahan. Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.

Proses pengukuran : Proses ini memerlukan guru memeriksa dengan membaca atau mendengar tindak balas murid dan mengagihkan markah dalam bentuk angka. Markah diagihkan menurut skim pemarkahan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh guru. Markah tersebut biasanya dijumlahkan sebagai jumlah markah mentah atau diperatuskan. Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Sebagai contohnya, Jelita mendapat markah 60 peratus dalam ujian Bahasa Melayu Pemahaman. Kita tidak boleh menyatakan prestasi Jelita sama ada baik atau sebaliknya. Justeru, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Sebagai contoh, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali ganda angka 45. Sementara seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang pelajaran yang diajar. Hal ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris. Oleh itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan cacat, maka sudah pastilah hasil yang diperoleh daripada ukuran yangdijalankan itu juga tidak tepat

Anda mungkin juga menyukai