Anda di halaman 1dari 6

LUKISAN ARKITEKTURAL Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek.

Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek. Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya: membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal, menghubungkan idea dan konsep rekaan,

memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan, untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina, sebagai dokumentasi kerja yang telah siap, sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.

Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan. Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap. Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD.

The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam, oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.

Lukisan Teknikal Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina. Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unitunit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit

dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami. Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.

Weapons oleh Dr Dan Saranga

Technical drawing of the new ZAP-X electric crossover SUV engineered by Lotus. (ZAP)

ILUSTRASI FESYEN Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain. Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-usul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu berpakaian, iaitu aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi. Ilustrasi fesyen popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa. illustrasi jenis ini ketika itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian. Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya. Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya memerlukan keseimbangan antara gambar dan rincian pakaian yang utuh. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi fesyen termasuk keterampilan yang cukup sulit untuk dikuasai. Salah satu bidang kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah bidang seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta. Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan dengan pemilihan jenis kain serta padanan warna yang betul sudah tentu akan nampak menarik jika dipakai oleh pemakainya. Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan fabrik sutera dengan motif beranika, dipadankan dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu penampilan pemakainya begitu anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu mempunyai kemahiran dan

keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen agar sesuai untuk dipakai mengikut masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan menampakkan kejanggalan kepada si pemakai. Pereka fesyen perlu mengetahui tentang keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan fesyen sama ada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak yang mempunyai pelbagai citarasa dan minat. Pereka faesyen yang baik sudah tentu dapat memenuhi mengikuti kriteria seperti di atas. Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah untuk menghasilkan idea dan lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya. Selain itu, untuk mencetuskan idea dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas mereka memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu. Contoh :

Rujukan http://psv3.blogspot.com/2012/07/lukisan.html

Anda mungkin juga menyukai