Anda di halaman 1dari 8

(Bahasa Grafik)

Pengenalan Am Lukisan 

Lukisan adalah satu mata pelajaran yang tidak asing lagi bagi
pelaiar-pelajar sekolah, maktab dan pusat pengajian tinggi.  Sejak
peringkat awal persekolahan lagi mereka telah didedahkan kepada
bakat sedia ada yang perlu dibimbing untuk diketengahkan. 
Malahan dalam alam prasekolah juga kanak-kanak diajar melukis
dan mewarna lukisan oleh pembimbing dan ibu bapa.  Kebolehan
melukis yang merupakan koordinasi mental dengan pergerakan
tangan memang sedia ada pada setiap orang.  Manakala perasaan
atau gambaran dalaman khayalan dapat diluahkan melalui cara
lukisan.  Setakat mana mutu sesebuah lukisan yang
dipersembahkan bergantung pula pada kebolehan seseorang itu
melukis.

Suatu pengalaman yang dirakamkan dalam ingatan seseorang itu


apabila dikeluarkan semula secara lukisan biasa, lazimnya lukisan
yang dihasilkan itu tidak serupa dengan hasil lukisan individu yang
lain.  Contohnya, seramai lima orang melihat pada satu jenis pokok
di luar bilik darjah.  Kemudiannya mereka disuruh melukis semula
pokok yang dilihat tadi dalam situasi di bilik darjah tanpa merujuk
pada pokok sebenar.  Kelima-lima mereka ini boleh melukis semula
jenis pokok yang dilihat tadi, tetapi bentuknya berlainan kerana
mengikut kehalusan seni melukis setiap individu.  Tidak dapat
dinafikan bahawa kebolehan melukis memang tersedia ada pada
setiap individu, cuma kehalusan seni melukisnya perlu dihalusi
dengan latihan-latihan mengikut teknik-teknik melukis yang betul
bagi menghasilkan karya seni yang bermutu.

Untuk mencipta dan mereka sebuah mesin, kilang, empangan,


jambatan, jalan keretapi dan lain-lain bagi kegunaan manusia,
seorang pelukis pelan mestilah memahami sepenuhnya akan segala
benda yang akan di bina sebelum anggaran perbelanjaan dapat di
buat dan di keluarkan. Pelukis mestilah boleh menganggarkan
jumlah sebenar bahan yang akan di gunakan, jenis bahan dan lain-
lain lagi yang berkaitan dengan pembinaan tersebut. Dengan lain
perkataan seseorang pelukis mestilah melengkapkan setiap
keterangan yang diperlukan oleh kontraktor projek tersebut.

Komunikasi dalam lukisan kejuruteraan adalah menggunakan


Bahasa Grafik, yang mana ia di gunakan secara meluas (Universal)
oleh pereka kejuruteraan untuk menerangkan secara lengkap
bentuk dan ukuran pada mekanisma dan struktur sesuatu rekaan
dengan menggunakan simbol, kata ringkas dan juga garisan . 

Juruteknik, pereka bentuk, jurutera , arkitek dan lain-lain


berkomunikasi melalui bahasa grafik yang jelas untuk semua
rekaan yang di hasilkan. Keutamaannya ialah  bahasa ini berupaya
memberikan arahan dan keterangan teknik yang perlu di kuasai
oleh setiap orang yang berkecimpung dalam lapangan teknikal.
Pekerja, pengeluar atau mekanik dapat menghasilkan kerjanya
dengan baik dan cekap sekiranya dapat mentafsirkan dan mengusai
bahasa graphik. 
  
 

2. Jenis Lukisan

a). Lukisan Gubahan Fikiran   


     ( Non - Projective )

Secara amnya lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian. 


Pertama, lukisan artis dan kedua, lukisan teknik.  Lukisan yang
dihasilkan oleh artis lazimnya merupakan lukisan yang dilakar
secara bebas untuk menggambarkan bentuk sebenar sesuatu
objek, benda ataupun pandangan alam semula jadi.  Untuk
menguatkan lagi gambaran sebenar sesuatu lukisan lakaran pensel
itu, biasanya artis akan menambah bayangan atau ton pada
lukisannya.  Bagi kesan-kesan yang lebih realistik lagi, lukisan
lakaran akan diwarnakan mengikut warna sebenar sama ada
menggunakan pensel warna, pewarna air atau pewarna cat
minyak.  Artis menyampaikan gambaran, bayangan atau emosinya
melalui karya lukisan dengan cara yang tertentu.  Lazimnya
lukisan-lukisan mereka mempunyai makna yang tersendiri, hanya si
pelukis sahaja yang dapat menghuraikan maksudnya yang sebenar.
Ia bukanlah lukisan teknik, dan tidak menggunakan bahasa grafik. 
 

b) Lukisan Teknik. ( Projective )


             Berlainan pula dengan lukisan teknik yang mana
lukisannya merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk
daripada pensel atau dakwat.  Lukisan berbentuk garisan ini dibuat
dengan menggunakan peralatan lukisan teknik, bukannya secara
bebas tanpa menggunakan peralatan.  Lukisan ini merupakan
gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih
terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah
pandangan.  Lukisan teknik boleh juga digunakan untuk menyimpan
atau merakam rupa bentuk secara terperinci bagi alat-alat
kegunaan, mesin, perabot, rumah dan lain-lain lagi.  Tidak kurang
juga ia digunakan untuk meluahkan ciptaan atau rekaan oleh
pencipta-pencipta seperti jurutera, arkitek dan lain-lain yang ada
kaitannya dengan kejuruteraan.  Oleh kerana pencipta dan pereka
sahaja yang mengetahui dan memahami keadaan sesuatu
ciptaannya maka ia perlu menyampaikannya secara terperinci
melalui lukisan teknik.  Pada awalnya, lukisan ciptaan itu dilukis
secara lukisan lakaran dan kemudian dilukis dengan menggunakan
alatan lukisan teknik mengikut gaya persembahan tertentu yang
tertakluk kepada peraturan lukisan untuk menghuraikan dengan
jelas maksud lukisan tersebut.

Dengan adanya pandangan yang lengkap dari berbagai-bagai sudut


ini ia lebih memudahkan lagi bagi seseorang tukang logam
membuatnya.  Lukisan teknik ataupun lukisan kejuruteraan yang
terperinci juga adalah untuk kegunaan jurutera, jurubina dan
tukang membuat sesuatu. Bayangkan betapa sukarnya jika hendak
membuat barang-barang pengeluaran yang lebih kompleks tanpa
merujuk kepada lukisan teknik.  Tanpa lukisan teknik maka barang-
barang seperti radio, motosikal, kereta, televisyen dan alat-alat lain
tentunya tidak dapat dihasilkan dalam bentuk yang seragam.

Lukisan Kejuruteraan termasuk dalam golongan lukisan teknik yang


menggunakan bahasa grafik. Ia digunakan oleh para jurutera,
pereka bentuk, pelukis pelan dan pekerja-pekerja di bengkel dan
sektor industri.

Ciri-ciri lukisan teknik ialah:- 


 

i)   Di lukiskan mengikut peraturan-peraturan dan piawaian yang di


tetapkan 
     (ISO) 
ii)  Menggunakan alat-alat lukisan yang tertentu 
iii) Menggunakan simbol-simbol dan kata ringkas (Abbreviation) 
iv) Mempunyai makna yang tertentu pada setiap garisan yang
dilukis.

Lukisan Mekanikal terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu:-

i) Lukisan Projektif 
Lukisan projektif ialah lukisan mekanikal yang menggunakan alat-
alat khas seperti sesiku Tee, kompas, sekil dan lain-lain.  
Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk
objek dengan lebih terperinci yang di sertakan dengan saiz dan
ukuran dari semua arah pandangan. Ia lebih memudahkan
seseorang tukang logam, jurutera, jurubina dan tukang membuat
sesuatu alat bagi kegunaan tertentu atau pun proses pengeluaran
di kilang-kilang. Tanpa lukisan ini, barang-barang seperti radio,
motosikal, kereta, televisyen dan alat-alat lain tidak dapat
dihasilkan dalam bentuk yang seragam.

ii) Lukisan Non-Projektif 


Lukisan non-projektif pula adalah lukisan yang tidak menggunakan
alat-alat lukisan dan ianya di kenali sebagai lakaran tangan bebas
( freehand sketching)

Bahasa Kejuruteraan

Pada zaman dahulu sebelum wujudnya bahasa pertuturan yang


digunakan sebagai bahasa perhubungan di antara seseorang,
manusia menggunakan gambar-gambar yang dilukis pada batu, di
atas tanah atau pada pokok kayu.  Dengan gambar-gambar yang
dilukis itu dapatlah mereka berhubung ataupun memahami sesuatu
keadaan.  Selain daripada itu mereka juga menggunakan simbol-
simbol tertentu yang dilukis untuk digunakan sebagai bahasa
perhubungan.

Sejak wujudnya bahasa maka perkembangan penggunaannya telah


meningkat.  Bahasa Inggeris misalnya, menjadi bahasa
perhubungan yang lebih meluas di antara masyarakat sesuatu
bangsa dengan bangsa yang lain di dunia ini.  Bagi masyarakat di
Malaysia pula, penggunaan bahasa kebangsaan adalah sebagai
bahasa rasmi untuk pertuturan di antara masyarakat majmuk. 
Selain daripada pertuturan, ia boleh juga disampaikan melalui
media penulisan sama ada dengan tulisan jawi, rumi atau lain-lain.

Manusia pada zaman batu menggunakan gambar-gambar dan


simbol-simbol tertentu sebagai bahasa perantaraan untuk
berhubung.  Masa kini pula mereka menggunakan bahasa
pertuturan ataupun media penulisan untuk mereka berhubung
secara langsung.

Lukisan Teknik mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya


tersendiri dan dilukis mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 
Lukisannya terdiri daripada susunan berbagai-bagai jenis garisan
serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difaham oleh
mereka daripada bidang ketukangan yang sama.  Contohnya pelan
rumah hanya boleh difaham dan dibaca oleh tukang serta mereka di
bidang binaan bangunan sahaja. la menjadi bahasa perhubungan di
kalangan juruteknik, jurutera, jurubina dan mereka dalam bidang
ketukangan.

Sesebuah lukisan pelan yang lengkap bagi sebuah rumah, dapat


pula menghuraikan segala-galanya kepada tukang pembuat rumah;
sama ada dari segi penggunaan bahan, bentuk, struktur dan
pembinaannya.  Dengan adanya lukisan pelan tersebut, tukang
dapat melengkapkan pembinaan rumah hanya merujuk kepada
lukisan yang dilengkapkan dengan butiran yang dikehendaki. 
Satu contoh lain, sebuah kereta itu tidak dapat dibuat dengan
hanya menceritakan rekabentuk kejuruteraannya melalui penulisan
berbentuk karangan yang panjang lebar, tanpa menyediakan
lukisan pelan kejuruteraan.  Adalah mustahil bagi pihak pembuat
kereta dapat membuat kereta tersebut.  Tentunya para jurutera
memerlukan lukisan pelan kejuruteraan yang terperinci untuk
pembinaan badan kereta dengan ukuran yang tertentu serta lukisan
kejuruteraan jentera bagi menentukan struktur enjinnya.

Daripada dua contoh yang diberikan dapat menjelaskan kepada kita


bahawa lukisan teknik memangnya boleh dianggap sebagai bahasa
perhubungan dalam bidang kejuruteraan. Lukisan teknik asas
adalah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar
dalam bidang kejuruteraan, sama ada kejuruteraan elektrik
mahupun mekanikal.  Segala pelajaran yang diperolehi daripada
lukisan teknik asas inilah kemudiannya akan digunakan bagi
membantu melukis lukisan kejuruteraan khusus.

Semasa mempelajari lukisan teknik terdapat beberapa amalan


biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan
setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan.  Di
antaranya ialah ketepatan, mengikut teknik melukis yang telah
ditetapkan, lukisan yang -bersih. 
 

Perkara-perkara penting semasa melukis

i) Ketepatan 
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran
yang tepat, lni termasuk ketepatan ukuran saiz dan penggunaan
jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang
telah ditentukan.  Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang
disebutkan di atas akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu
dan kemungkinan tidak dapat diterima.

Lukisan tidak memberi makna apa-apa jika tidak tepat. Anda


hendaklah belajar dari peringkat awal lagi supaya mengamalkan
ketepatan dalam kerja lukisan.

ii)Kepantasan

"Masa itu Wang". Dalam perindustrian tidak ada tempat bagi orang
yang lambat membuat kerja. Bagaimanapun kepantasan tidak
datang dengan sendirinya melainkan melalui daya usaha,
kepintaran dan kerja yang berterusan.

Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu


sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh.  Apabila
pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan
dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-
kemahiran yang tertentu.  Lukisan yang boleh disiapkan dalam
masa tertentu itu berpunca daripada fikiran dan keadaan kesihatan
yang baik serta sentiasa bersedia.  Penumpuan sepenuhnya
terhadap lukisan akan dapat membantu mengekalkan kemahiran
tertentu, umpamanya teknik penggunaan pensel untuk jenisjenis
garisan, teknik penggunaan alat-alat lukisan dan lain-lain lagi.

Sehubungan dengan itu, sungguhpun lukisan dapat disiapkan dalam


masa yang ditentukan tetapi janganlah pula menepikan ciri-ciri
dalam lukisan teknik dan bukannya dibuat dengan ala kadar
sahaja.  Seharusnya amalan yang sedemikian dapat melatih pelukis
sebagai seorang yang produktif dan berkeupayaan menyiapkan
kerja-kerjanya dalam masa yang ditentukan ataupun lebih cepat
lagi.  Jika lukisan disiapkan sedikit demi sedikit ia akan
menghasilkan kerja yang kurang memuaskan, menampakkan takat
pengekalan kemahiran pelukis tidak tetap.  Kelicinan kemahiran
pada tahapnya, setelah seseorang itu membuat kerja dalam jangka
waktu yang tertentu, mungkin tidak sama pada setiap individu.  
Bagi menghasilkan kerja lukisan teknik yang bermutu, setiap
pelajar hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang telah
disebutkan supaya menjadi satu amalan yang lazim.  Dengan
demikian perhatian yang sepenuhnya dapat ditumpukan terhadap
lukisan teknik.

Ia akan berkesan dari pembelajaran dan amalan. Pekerja yang


cekap dan pantas selalunya berwaspada dan bersedia.

iii) Terang dan Jelas ( Teknik Melukis )

          Lukisan adalah alat perhubungan kepada orang lain dan


semestinya lukisan tersebut terang dari segi mutu lukisan dan jelas
dari segi pengertian simbol atau sebagainya. Lukisan hendaklah di
teliti terhadap perkara-perkara yang kecil terutama sekali tulisan.

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah


ditetapkan, termasuk teknik membina garisan, cara membentuk
objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difaham.  Ini
memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dalam garisan dan
simbol-simbol tertentu yang boleh diguna bagi membantu
pembikinan lukisan yang lebih baik.  Suatu lukisan yang dilukis
dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan
menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu.  Gejala lain mungkin
ia susah difaham ataupun mengelirukan kerana garisan-garisan
lukisannya nampak kabur.

iv)Kebersihan

            Lukisan memerlukan kebersihan, oleh yang demikian anda


hendaklah sentiasa berusaha untuk mengamalkan kebersihan.
Lukisan yang kotor dan tidak mementingkan kebersihan tidak akan
di terima umum. Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan
untuk menghargai lukisan yang dibuatnya.  Dengan itu pelukis akan
lebih berhati-hati semasa 
membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu
termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan
kekemasan dan kebersihan lukisannya.  Amalan begini dapat
menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan
menghasilkan kerja yang baik.  Pelukis yang tidak menghargai
lukisannya akan menghasilkan lukisan yang kotor dan tidak kemas. 
Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik
bagi setiap pelajar 
 

4.Tugas-tugas dan tanggung jawab Pelukis Pelan 


 

i)  Pelukis mestilah memahami sepenuhnya apa yang dikehendaki


oleh jurutera, jurubina dan tukang berkenaan dengan projek yang
hendak di jalankan. 
ii)  Memahami bentuk dan simbol pada lukisan "Schematic
Diagram" untuk lukisan Elektrik, Paip , Pencegah Kebakaran (Fire-
Fitting) dan Talipon. 
iii) Melukis lukisan pemasangan dan lukisan terperinci untuk
keperluan workshop machanist bagi mereka(design) sesuatu objek
di sektor perindustrian. 
iv)  Melukis menggunakan Komputer Autocadd dan "design
program" 
v)  Menyurih lukisan arkitek untuk membuat lukisan Elektrik, Paip ,
Pencegah Kebakaran (Fire-Fitting) dan Talipon di dalam projek
perumahan, perindustrian untuk firma-firma perunding.  
vi)  Mestilah menghasilkan kerja dengan cepat dan tepat,
bersesuaian dengan kehendak pelangan. 
vii)  Mesti mempunyai sikap kesedaran tentang kemahiran yang ada
pada diri dan sekeliling. 
viii) Lukisan mestilah di lukis dengan standard yang terkini
bersesuaian dengan peredaran masa. Begitu juga dengan sikap dan
pengetahuan pelukis. 
ix) Mestilah boleh membuat sebarang kerja yang berkaitan dan
boleh bertukar-tukar tugas. 
x)  Kesedaran dari segi kos penggunaan bahan, alatan dan masa
supaya tidak merugikan majikan. 
xi) Memiliki sikap kesedaran tentang bahaya  yang terdapat di
sekitar tempat kerja dan tahu mengelakkan dan mengurangkan
kerugian.

Mengawasi dan Memperbaiki. 


 

i)   Menjaga, mengawasi dan memperbaiki segala alat-alat


kelengkapan yang digunakan. 
ii)   Menyediakan lukisan yang telah diarahkan oleh jurutera dan
pereka. 
iii)  Membuat pertukaran dan pembetulan ke atas lukisan
(Alteration) 
iv)  Menyurih lukisan (Trace) 
v)  Melawat tempat binaan. 
vi)  Membuat anggaran (Estimate) harga satu-satu projek dengan
berpandukan lukisan. 
vii) Membuat cetakan (printing), menyimpan lukisan dengan
teratur, menyimpan fail dan  lain-lain tugas yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai