Anda di halaman 1dari 1

Raja Ali Hadi Seungkap Syair Nasihat dari AlMarhum YM Paduka Raja Ali Hadji Ibni Raja Hadji

Ahmad Ibni Raja Hadji Fisabilillah (Marhum Telok Ketapang) : Ayuhai segala anak cucunya, Hendaklah ingat datuk neneknya, Serta fikirkan fi'il lakunya, Hendaklah diikut sembarang dapatnya. Janganlah malas ziarah kuburnya, Tiap-tiap Jumaat atau bulannya, Jika jauh akan tempatnya, Setahun sekali jika mudahnya. Jika sungguh Opu nenek moyangmu, Fatihahkan dia janganlah jemu, Serta dengan kenduri dan jamu, Barang yang dapat atas usahamu. Sebagai lagi nasihat nenda, Kepada segala sanak saudara, Serta kepada anak cucunda, Salasilah ini hendaklah ada. Tiap-tiap seorang menaruh sendiri, Tidaklah hilang bangsanya sendiri, Supaya tidak susah hendak mencari, Asal-usul kita demikian peri.

Anda mungkin juga menyukai