Anda di halaman 1dari 1

"Rumi" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Rumi (nyahkekaburan).

Abjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumiberasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah ( ) yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf[1], iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur),Amerika, Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik. Setiap konsonan dalam Rumi, disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah pengaruh empayar Belanda dan Britishsemasa penjajahan dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arabke Latin. Asal-usul Adalah dipercayai bahawa orang Latin menerima guna , iaitu suatu bentuk abjad Yunani, pada abad ke-7 SM dariCumae, sebuah jajahan Yunani di Itali Selatan. Abjad Yunani Kuno pula berasal dari abjad Phoenicia. Dari abjad Cumae itulah, terhasilnya abjad Etruscan dan orang-orang Latin memakai 21 dari 26 huruf Etruscan asal: Abjad Latin Lama A B C D E F Z H I K L M N O P Q R S T V X Huruf C ialah bentuk barat bagi huruf Yunani gamma, yang digunakan untuk bunyi // dan /k/, mungkin kerana dipengaruhibahasa Etruscan yang tiada konsonan hentian bersuara. Lama-kelamaan, sekitar abad ke-3 SM, huruf Z yang tidak perlu dalam penulisan bahasa Latin, digantikan di tempatnya dengan huruf baru G, iaitu huruf C yang diubah suai dengan sebatang lagi garis. Sejak itu, huruf G mewakili hentian bersuara //, s nt r h r f C mewakili hentian tak bersuara /k/. Huruf K pula amat jarang digunakan, kalau digunakan pun mudah digantikan dengan C. Setelah Rom menakluki Yunani pada abad pertama SM, bahasa Latin menerima pakai huruf-huruf Yunani Y dan Z di akhir susun atur abjad, untuk menulis kata pinjaman dari bahasa Yunani. Cubaan Maharaja Claudius memperkenalkan tiga huruf tambahantidak berkekalan.

Anda mungkin juga menyukai