Anda di halaman 1dari 1

Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang memberikan@menjamin kebebasan kepada individu.

Dipandang dari satu sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus oleh pengetua atau guru besar kepada key personel tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan tugas sebenar mereka dalam ertikata lain penurunan kuasa supaya mereka lebih bebas dan dengan sendirinya lebih kreatif Kesimpulan dalam mengurus tadbir organisasi sekolah, ketiga-tiga gaya kepimpinan harus digunakan oleh Pengetua atau Guru Besar berdasar situasi dan masa yang bersesuaian. Setiap satu gaya kepimpinan ini ada kebaikan dan keburukannya dan ia sebenarnya terpulang kepada individu bagaimana hendak mentadbir urus berdasarkan situasi, guru-staf dan masa

Anda mungkin juga menyukai