Anda di halaman 1dari 1

Pada zaman dahulu, kura-kura mempunyai suara yang kecil. Dia dibuli oleh haiwan lain.

Dia sangat sedih lalu menangis. Tiba- tiba, terdapat cahaya muncul di depannya. Cuba kamu teka apa itu? Rupa-rupanya, dia seorang pari-pari. Sila beritahu saya masalah kamu, cakap pari-pari. Saya dibuli kerana suara saya kecil, kata kurakura. Kamu boleh bercakap dengan baik mulai hari ini tapi kamu perlu berjanji untuk tidak bercakap bohong, kata pari-pari lalu menghilangkan diri. Pada suatu hari, kura-kura dijemput ke majlis makan. Dia seorang yang tamak. Dia ingin makan semua makanan sendiri. Dia membohongi haiwan-haiwan lain bahawa tempat majlis ditukar ke tempat lain. Mereka percaya akan kata-katanya. Di majlis makan, kura-kura makan banyak makanan dengan gembira. Tiba-tiba, pari-pari muncul dan berkata, Kamu telah bercakap bohong. Oleh itu, kamu tidak dapat bercakap lagi. Oh, ampunilah dosaku! kata kura-kura tapi tidak berguna. Inilah sebab kura-kura tidak mempunyai pita suara.

Anda mungkin juga menyukai