Anda di halaman 1dari 22

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

Kaedah/Strat egi Bercerita

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

BERCERITA Bercerita ialah salah satu kaedah yang boleh dilakukan oleh guru dalam menyampaikan isi pelajarannya melalui teknik bercerita. Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginesi penonton. Bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Melalui teknik bercerita, guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berbeza, di samping dapat mencuri perhatian murid dan secara tidak langsung akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan. Melalui kaedah bercerita juga, murid akan lebih selesa berkongsi idea mereka. Jadi, guru akan sedar akan pengalaman sedia ada murid yang dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat beberapa prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita yang perlu semua guru ikuti dan fahami. Antaranya ialah: Guru haruslah memilih cerita yang bersesuaian dengan minat, kebolehan, pelajarannya. Guru mestilah menghafal keseluruhan cerita yang hendak umur dan pengalaman murid serta objerktif

disampaikan sebelum sesi bercerita.

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid haruslah disediakan sebelum sesi bercerita bermula. Soalan yang bersesuaian juga haruslah disediakan untuk aktiviti susulan. Mulakan bercerita dengan nada suara yang menarik dan penuh dengan emosi. Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini berkesan untuk melibatkan murid secara menyeluruh dan dapat menggalakkan murid memberikan perhatian. Kemukakan soalan semasa sesi bercerita untuk menggalakkan muird meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini dapat mengembangkan daya imaginasi mereka. Pastikan perkataan yang mudah digunakan untuk memastikan murid memahami isi cerita sepenuhnya. Selepas bercerita, aktiviti susulan harus dibuatmisalnya aktiviti soal jawab tentang tema, nilai murni yang terkandung di dalam cerita. Aktiviti bercerita mengandungi 3 peringkat yang utama iaitu

perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup . Dalam peringkat perancangan dan persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafal isi penting dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai. Guru digalakkan memilih tajuk cerita yang sesuai dan mengandungi nilai moral yang murni. Panjang-pendek cerita hendalah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Guru juga mesti menyusun tempat duduk muird supaya setiap murid dapat mendengar dan melihat espresi guru dengan baik. Sesi bercerita pula hendaklah dimulakan dengan set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang henda disampaikan. Semasa bercerita, gunakanlah alat bantu mengajar yang sesuai bagi menarik
3

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 perhatian murid di samping nada suara dan gaya yang bersesuaian untuk membantu murid memahami isi cerita. Libatkan murid dengan menyoal bagi membimbing murid mengikut perkembangan cerita dari peringkat mula hingga penutup. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya dan gunakan soalan untuk membimbing murid mengikuti perkembangan cerita.

Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuh nilai murni yang ada di dalam cerita yang disampaikan. Membantu muridmurid mengukuhkan konsep sains dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita yang disampaikan.

Penutup boleh laksanakan dalam bentuk: Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Menyruh murid mengolah cerita dengan ayat sendiri. Mengadakan perbincangan tentang isi, tema dan juga nilai yang ada di dalam cerita yang disampaikan. Menyuruh murid menulis karangan tentang keseluruhan cerita yang mereka fahami.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan dan kelebihan jika bercerita diselitkan semasa penyampaian pelajaran Sains di dalam kelas. Semua cerita yang hendak disampaikan mestilah mengambil kira umur, kemampuan murid dalam memahami cerita dan aktiviti selepas bercerita perlu difiirkan oleh guru secara telus agar dapat mencapai sasaran
4

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 pelajaran. Kaedah bercerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains mampu untuk meningkatkan pencapaian murid-murid terhadap topic yang dipelajari mahupun dikaji.

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

Kaedah/Strat egi Penyiasatan

PENYIASATAN
6

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 Penyiasatan merupakan inkuiri yang melibatkan kajian, tindakan

dan penyelidikan dalam sesuatu penemuan atau pembelajaran sains. Dalam kerja penyiasatan, murid harus membuat keputusan sendiri secara individu atau berkumpulan bagaimana penyiasatan akan dijalankan. Jenis jenis Penyiasatan Terdapat pelbagai jenis penyiasatan yang biasa digunakan itu : Pengelasan dan Pengenalpastian Uji kaji adil Penvarian pola Peninjauan Model Penyiasatan Pembinaan bahan dan pembangunan sistem

Prosedur Penyiasatan

Pengukura n

Prosedur penyisatan

Pemerhatia n Perancang an Menganalis data Penilaian prosedur

Tujuan stratetgi penyiasatan adalah untuk:

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 Merangsang kefahaman murid dalam terhadap kehidupan seharian Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan memberi jawapan

Kaedah Penyiasatan Saintifik Sains adalah segala apa yang ada disekeliling kita. Hampir segala-galanya di dalam kehidupan kita adalah berkait rapat dengan sains.

Sains (science) bermaksud 'tahu/untuk mengetahui' (to know) dalam bahasa Latin. Tujuan penyelidikan saintifik (scientific investigation) dilakukan adalah 'untuk mengetahui' tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku berdasarkan pemahaman yang berasaskan bukti (evidencebased understanding) yang nyata. Pengetahuan saintifik membantu kita dalam membuat banyak penemuan yang telah mengubah cara hidup kita. Para saintis akan sentiasa tertanya-tanya tentang perkara-perkara atau kejadian yang berlaku dalam alam semula jadi ini. Mereka memerhatikannya dan bertanyakan soalan tentang perkara-perkara atau kejadian tersebut. Seterusnya mereka mencari jawapan kepada soalansoalan tersebut. Salah satu cara untuk mendapatkan jawapan tersebut adalah dengan untuk menjalankan kajian / penyelidikan saintifik. Dengan cara ini, mereka akan mendapat jawapan kepada segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui, serta meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka tentang sains.

Kaedah dalam menjalankan penyiasatan saintifik


8

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

1. Buat pemerhatian (making observation) tentang sesuatu kejadian / masalah / persoalan. 2. Mengenal pasti masalah tersebut (identifying the problem).

3. Mengenal pasti sebarang kemungkinan yang menyumbang kepada permasalahan tersebut (identifying the variables). 4. Membuat hipotesis (making a hypothesis).

5. Membuat perancangan penyelidikan/penyiasatan ( planning the the investigation). 6. Menjalankan investigation). 7. penyelidikan/penyiasatan (carrying out the

Mengumpul data (collecting data).

8. Menganalisis dan mentafsir data (analysing and interpreting data). 9. Membuat kesimpulan (making a conclusion).

10. Menulis laporan (writing a report) tentang penyelidikan saintifik yang dijalankan.

3 Jenis Pembolehubah (PU) Dalam Penyiasatan Saintifik : 1. PU yang dimalarkan: Apakah perkara yang dismakan? 2. PU yang dimanipulasikan : Apakah perkara yang diubah-ubah? 3. PU yang bergerak balas : Apakah yang dilihat (diperhatikan)?

Kesimpulannya, kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan manipulasi bahanbahan. Maka, aktiviti penyiasatan sains dilihat amat membantu kanakkanak membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan literasi.
9

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

Kaedah/Strat egi Demonstrasi

10

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

DEMONSTRASI Demonstrasi atau tunjuk cara adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dengan menunjukan contoh atau membuat ujikaji yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah untuk melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Kaedah ini juga ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. Keupayaan pelajar mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal.

Empat ciri utama kaedah demonstrasi:


1. Melihat kemahiran Guru akan memeperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar.

2. Penglibatan pelajar Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti
11

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. 3. Peluang untuk mendengar atau melihat Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. 4. Kaitan antara teori dan praktikal Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara juga boleh mengelakkan pelajar tersalah faham dengan apa yang dipelajari.

Terdapat

beberapa

prinsip

demonstrasi

bagi

menghasilkan

aktiviti

pengajaran yang berkesan dan dapat membantu memudahkan guru. 3 langkah utama iaitu sebelum,semasa dan selepas demonstrasi. Sebelum demonstrasi : Guru mesti menentukan topik, objektif dan kandungan pelajaran terlebih dahulu. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah yang ditentukan. Pemilihan tempat yang sesuai membolehkan semua murid dapat melihat dengan jelas. Memastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. Guru juga hendaklah memberitahu tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya murid dapat fokus terhadap
12

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 contoh yang ditunjukkan untuk ulangan selepas guru

mendemonstrasi. Semasa demonstrasi: Guru mesti memandang ke arah murid semasa member

penerangan tentang aktiviti demonstrasi dijalankan. Ulangi langkah jika murid tidak faham. Gunakan tumpuan. Memastikan semua murid dapat menyaksikan dan mendengae penerangan guru dengan jelas. Selepas demonstrasi : Mengadakan perbincangan tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting. Ini untuk memastikan murid telah memberikan tumpauan semasa sesi demonstrasi. Bimbing murid membuat rumusan dengan kaitkan semula tujuan demonstrasi. Adakan aktiviti pengukuhan mesti diadakan selepas demonstrasi. Catatkan nota langkah-langkah demonstrasi yang ditunjukkan di dalam buku nota. Jenis-Jenis Demonstrasi Terdapat 3 jenis demonstrasi yang biasanya digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Demonstrasi dapat dilakuan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Model hidup merujuk kepada model sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model ini termasuklah guru dan murid yang
13

teknik

penyoalan

supaya

murid

lebih

memberikan

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 telah menguasai kemahiran demonstrasi untuk tunjuk semula beberapa kali. Model simbolik- merujuk kepada demonstrasi yang dilakukan mengikut langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru. Model perspsi merujuk kepada penggunaan video yang menayangan sesuatu demonstrasi.

Langkah-langkah pengajaran melalui demonstrasi : Terdapat 4 langkah dalam teknik demonstrasi iaitu perancangan, pelaksanaan, latihan dan penutup. Perancangan Penentuan topik dan objektif Perancangan langkah-langkah demonstrasi Persediaan alatan dan radas Penyusunan tempat demonstrasi

14

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

Pelaksanaan Penerangan tujuan demonstrasi Pelaksanaan demonstrasi Penggunaan alat dan radas ikut langkah yang betul Penyusunan tempat demonstrasi

Latihan Murid mencontohi guru mendemonstrasi Guru membetulkan kesilapan murid

Penutup Perbincangan dengan murid (demonstrasi) Mencatat nota yang berkaitan dan rumusan

15

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

Kaedah/Strat egi
16

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

Eksperimen

EKSPERIMEN

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Objektif melakukan eksperimen ialah untuk menguji hipotesis dan memberi peluang
17

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1
murid menentukan aktiviti eksperimen mengikut kesesuaian aras pemikiran murid. Berpusatkan murid dan bahan. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator semasa pelaksanaan aktiviti.

Kemahiran Mengeksperimen

Takrif menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar. Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat kesimpulan atau keputusan. Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan kepada anda. Eksperiemen melalui amali akan dijalankan untuk menguji hipotesis dibina dan mengesahkan maklumat daripada penyiasatan dijalankan.

18

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat yang perlu ada ialah : 1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji 2.Penyataan hipotesis yang diuji 3.Penyataan tentang pembolehubah 4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan 5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan 6.Graf jika berkaitan 7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah 8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada hipotesis diterima atau disangkal. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan
19

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

20

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1

21

TUGASAN

[SCE 3104 ] 1 Mok Soon Sang(2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009 , Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms-102-115 http://www.virtualfriends.net/article/articlview.cfm http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=379 http://www.sains45.cikgunaza.com/2011/11/kaedah-penyelidikansaintifik.html

22

Anda mungkin juga menyukai