Anda di halaman 1dari 30

ISL 4

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah. EDU 3103

Nama Pensyarah : Puan Harlina Binti


Muhammad Amir Adri bin Mat Isa Muhamad Adib Najmi bin Zainuddin Wan Muhammad Izzuddin bin Wan Dolah 2 PISMP AMBILAN JAN 2013 Pendidikan Khas 1

PENGENALAN
Melalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan: Rancangan Pendidikan Individu

ertinya satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan


yang dirancang untuk setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.

Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004:

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah di sediakan.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang


berkaitan dengan pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.

Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dan hasil perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan bagi setiap murid.

Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu

perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang


keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-

keperluan itu dapat dipenuhi.

Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatanperkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu

program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan


direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.

DEFINISI RPI
RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

RASIONAL PENGHASILAN RPI


Dalam konteks murid berkeperluan khas, pembentukan RPI adalah untuk
menghasilkan program pembelajaran yang berkesan serta sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid berkenaan.

Ini bermakna RPI bukan sahaja sesuai bagi murid bermasalah


pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.

RPI yang disediakan adalah untuk meningkatkan kecerdasan emosi di kalangan murid-murid ini. Keupayaan murid untuk berkomunikasi juga adalah di antara sasaran matlamat dalam pembinaan RPI. Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam komuniti setempat dan menjadi sebahagian

daripada komuniti tersebut.

Kerjasama

Proses dan Hasil

Berkongsi Maklumat

ELEMEN RPI
Dokumentasi

Keputusan Bersama

Kebolehpercayaan

Kerjasama
Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI.
RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan.

Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting
dalam proses ini.

Berkongsi Maklumat
Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang
dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

Keputusan Bersama
Ibu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI.
Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kebolehpercayaan
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam
RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

Dokumentasi
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua
pihak. Pendokumentasian RPI boleh membantu guru-guru mengenal pasti

kelebihan dan kekurangan murid-murid mereka serta peningkatan


prestasi mereka.

Proses dan Hasil


RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan
program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

CIRI CIRI RPI


RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek
komunikasi, tingkah laku, sosial, pengurusan diri, akademik,

KOMPREHENSIF

kemahiran motor kasar dan koordinasi motor- tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

SPESIFIK

Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur.

MENGIKUT URUTAN

RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

REALISTIK DAN SESUAI

Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid

RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh

MUDAH DIFAHAMI

para profesional dan yang perlu diketahui.

juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa

DIPERSETUJUI

RPI adalah program yang dipersetujui ibubapa, guru, murid dan professional lain yang terlibat.

KONSEP RPI
RPI menjadi perancangan berasaskan:
i) Apa yang diajar ii) Bagaimana sepatutnya diajar iii)Kekerapan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran sasaran sepatutnya diajar melalui penambahan atau aktiviti yang berbeza dari bukan pendidikan khas melalui kurikulum alternatif.

RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti. RPI adalah satu dokumen kerja bagi semua warga sekolah. RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua yang berkenaan.

Perlu diingat, RPI adalah relevan untuk semua kategori murid berkeperluan khas
dan bukan untuk murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran sahaja seperti yang diamalkan sekarang. RPI sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan, alternatif atau lain-lain yang diguna pakai oleh murid berkenaan.

Kepentingan Rancangan Pendidikan Individu


Murid
Setiap RPI yang digubal adalah untuk mengenalpasti keperluan muridmurid dan bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi melalui peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta

pembesar dan

mesin Braille. Juga bidang khas seperti orientasi dan

mobiliti, kemahiran hidup dan bahasa isyarat.

Guru Mata Pelajaran

o Memberi peluang kepada guru untuk mendapat maklumat tentang murid. o Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantuan daripada pihak yang berkenaan. o Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantuan sokongan diperlukan. o Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional.

o Memastikan salinan dokumen RPI disediakan untuk ibu bapa dan murid.
o Memastikan RPI disimpan dan difailkan dengan baik serta dimasukkan dalam rekod kemajuan atau profil murid. hasil laporan

o Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan

keperluan murid.
o Menyemak, mengemaskini matlamat dan objektif di awal tempoh persediaan RPI. o Memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas. o Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan murid, o Mengajar dan menilai pencapaian setiap objektif RPI.

o Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa, guruguru lain, profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat.

Ibu Bapa
Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka. Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah. Menyediakan forum untuk meminta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.

Memberi peluang untuk

berkongsi maklumat dengan golongan

professional yang terlibat secara langsung dengan anak mereka. Ahli Pasukan Pelbagai Disiplin yang berkaitan. Memperolehi maklumat yang sistematik melalui penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti keperluan individu murid Mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang bersesuaian dengan keperluan murid.

Jawatankuasa RPI Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan. Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan. Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan keperluan

pentaksiran kurikulum.
Memastikan perbincangan keperluan transisi dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa, komuniti tempatan dan juga institusi pendidikan tinggi.

Setiap

ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkah laku dan bentuk atau

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan individu murid. Menentukan peranan dan tanggungjawab setiap ahli pasukan setiap ahli memainkan peranan penting dan perlu bekerjasama di dalam proses membina RPI.

Memastikan perlaksanaan RPI dengan menilai dan mengemaskini laporan


sekurang-kurangnya dalam tempoh keperluan. Memastikan perbincangan keperluan transisi dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa, komuniti tempatan dan juga institusi pendidikan tinggi. 3 bulan atau 6 bulan sekali mengikut

Garis Panduan Penghasilan RPI


Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh Pengetua atau Guru Besar,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Pendidikan


khas atau Penyelaras Program Pendidikan Khas, semua guru pendidikan khas, semua ibu bapa atau wakil kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan dan murid. Guru pendidikan khas menjalankan ujian diagnostik secara pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis. Perbincangan dan laporan dibuat bersama ibu bapa dan jawatankuasa. Menetapkan kemahiran atau masalah yang perlu diberi perhatian. Menetapkan matlamat dan objektif.

Membina RPI dan menetapkan cadangan strategi untuk atasi masalah.

Menjalankan intervensi bersama sumber dan alatan yang diperlukan.


Menetapkan tarikh semakan semula dan menganalisis dapatan. Menjalankan laporan pencapaian berjaya atau gagal. Sekiranya gagal , menetapkan semula strategi dan tarikh semakan semula oleh jawatankuasa.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

Anda mungkin juga menyukai