Anda di halaman 1dari 61

PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR

DISEDIAKAN OLEH :

LOW JIA YAN WONG SIEW JIUN NAMA PENSYARAH: ENCIK.KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH(KBSR)


1982 KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Tahun berikut pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah. Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:

matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial (Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)

Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektifobjektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan. Supaya murid-murid dapat: Menguasai bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita; Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantarsekolah berkenaan;

Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian; Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar; Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal; Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya; Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam; Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni serta menjadinkannya asas bagi amalan hidup; Menjaga kesihatan dan kecergasan diri; Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri; Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran; Mengembangkan bakat dan kretiviti; Memupuk semangat patrotisme; Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

PERUBAHAN DALAM KBSR


1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya. KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.

PERUBAHAN DALAM KBSR


KURIKULUM BUDAYA SEKOLAH

Kemahiran Hidup

Sains

Penggunaan sempoa

Suasana sekolah

Unsur kesepaduan

Kajian Tempatan

Pembaharuan kepada Bahasa, Pend.Islam, Pend.Moral, Pend.Jasmani

Unsur patriotisme

Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Matematik, Sains dan semua mata Pelajaran teknikal bagi Tahun 1(mulai 2003)

Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut: Secara am Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran; Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian; Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks)mengikut tajuk; penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Secara khusus

Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah dan arithmatic perniagaan dalam topik, Wang,Ukuran Panjang dan Berat; Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan Kajian Tempatan; Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.

PROSES PELAKSANAAN KBSR

Fokus kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.

Prinsip KBSR
Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendekatan bersepadu
PRINSIP-PRINSIP KBSR

Perkembangan individu Perkembangan individu Secara menyeluruh Secara menyeluruh

Pendidikan yang sama Untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu


Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu:

Penggabung jalinan kemahiran

penyerapan Kesepaduan antara Unsur merentasi dua unsur kurikulum

Dalam satu mata Pelajaran Antara mata pelajaran

Pelbagai bidang Ilmu dalam mata pelajaran &merentasi pelajaran Nilai dalam mata pelajaran

Kurikulum dan korikulum Pengetahuan dan amalan

Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.
PRINSIP 2: PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH

Semua mata pelajaran Keperluan murid jasmani emosi intelek

rohani

PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU

Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bole sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti untuk sekolah dan negara, dan sebagainya.

Prinsip 3: pendidikan seumur hidup


PRINSIP 3: PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

Peranan Sekolah (Institusi formal)

GURU Menyampaikan Ilmu&kemahiran Memupuk budaya mereka

a)

b)

Secara am, sekolah mempunyai dua peranan: Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing. Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid


Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.
PRINSIP 4 : PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama

Struktur KBSR
Bidang Komunikasi Tahap 1 Kemahiran asas Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral komponen Mata Pelajaran Tahap 2 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Kemahiran hidup Pendidikan muzik Pendidikan seni Pendidikan jasmani dan kesihatan

Manusia dan Alam Kerohanian Keliling Nilai dan sikap

Perkembangan Diri Individu

Kemahiran hidup Kesenian dan Pendidikan Muzik Kesihatan Pendidikan Seni Kokurikulum Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Bidang pelajaran
BIDANG KOMUNIKASI Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis dan mengira) Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik. Bahasa melayu Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

Bahasa inggeris Diajar sebagai bahasa kedua Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah

Bahasa cina Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu. Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis. Bahasa tamil Berfungsi sebagai bahasa komunikasi. Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis.

Matematik Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita. Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran mengira. Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.

BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING


Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap. Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam, pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.

Pendidikan islam
Mengandungi 3 bahagian iaitu : 1) Asuhan tilawah al quran berfokus kepada aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran. 2) Asas ulum syariah merangkumi 3 aspek : -akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui rukun iman dan rukun islam. -ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan. -sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian. 3) Asas akhlak islamiah berfokuskan kepada pembentukkan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim dan mukmin. Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Pendidikan moral
Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai murni.

Sains Terdiri daripada dua perspektif iaitu : -bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada. -Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental) Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif

Kajian tempatan

Tunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid Dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.

BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU


Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayataan kesenian dan kesihatan. Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik, pendidikan jasmani dan kesihatan.

Kemahiran hidup Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu murid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan. Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja dengan berkesan. Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu : -merekacipta -Mengurus diri dan kerja -Mengusahaniaga barang
-Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil

Pendidikan seni Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi 3 aspek iaitu : a) Pemerhatian yang aktif dan terperinci. b) Interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan. c) Penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur untuk memberi fokus kepada empat kegiatan berikut : 1) Melukis dan membuat gambar 2) Membuat rekaan corak. 3) Membina dan membuat binaan. 4) Mengenal kraf tradisional.

Pendidikan muzik Skop kurikulum berbentuk asas dan umum dengan fokus asas dan umum dengan berfokuskan amali yang menyeronokkan. Merangkumi 3 bidang iaitu : Nyanyian Muzik dan gerakan Permainan alat muzik.

Pendidikan jasmani dan kesihatan Menitik beratkan unsur sihat dan aktif Sukatan pelajaran mencakupi 3 aspek utama iaitu : a) Penglibatan yang aktif dan selamat. b) Interaksi yang berkesan dengan rakan sebaya, alat dan bahan. c) Dokumentasi dan penyimpanan rekod penglibatan murid. Kandungan mata pelajaran, disusun untuk meliputi 4 tajuk seperti : 1) Perkembagan fizikal dan pergerakan. 2) Sukan dan rekreasi. 3) Jagaan keselamatan. 4) Jagaan dan sayangi diri sendiri.

Kokurikulum

Pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dan berasaskan gerakerja yang terancang, merangkumi 3 aspek iaitu : a)Pasukan berpakaian seragam. b)Persatuan atau kelab. c)Sukan dan permainan.

PENEKANAN KBSR
KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN ASAS
PRINSIP MUDAH ALIH

NILAI MERENTASI KURIKULUM BAHASA MERENTASI KURIKULUM

PENEKANAN DALAM KBSR

PATRIOTISME MERENTASI KURIKULUM

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN SAINS DAN TEKNOLOGI MERENTASI KURIKULUM STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID PENILAIAN BERTERUSAN

Kemahiran asas
1. Terdiri daripada 3 kemahiran asas iaitu membaca, mengiran dan menulis. 2. Asas-asas membaca dan menulis ialah : o Mendengar o Menyebut o Mengenal o Membentuk lambang, huruf dan perkataan. 3. Asas mengira : o Membilang o Mengenal angka o Menggunakan operasi-operasi matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.

Kemahiran berfikir Bertujuan membolehkan murid memahami, menilai dan meng aplikasikan maklumat yang diterima agar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Nilai merentasi kurikulum Penanaman dan pemupukan nilai-nilai seelokeloknya dilaksanakan dalam semua mata pelajaran. Semua guru bertanggungjawab untuk membantu dalam usaha membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Guru sebagai rol model untuk membentuk sahsiah murid.

Bahasa merentasi kurikulum 1. Memandangkan bahasa malaysia masih lagi merupakan bahasa pengatar bagi sekolahsekolah rendah rendah kecuali mata pelajaran tertentu, maka setiap murid seharusnya mencapai taraf penguasaan yang baik bagi aspek-aspek seperti sebutan, struktur ayat, tatabahasa istilah dan laras bahasa. Guru bertanggungjawab untuk mengembangkan dan mengukuhkan penguasaan bahasa melayu murid-murid Patriotisme merentasi kurikulum 1. Guru bertanggungjawab memupuk semangat partriotisme dalam diri murid dalam semua mata pelajaran di samping aktiviti kurikulum dan khidmat masyarakat.

Sains dan teknologi


1. 2. Terdapat 4 unsur utama iaitu : Pengetahuan saintifik yang merangkumi fakta, prinsip, dan konsep Kemahiran saintifik yang menegaskan ketepatan, kejujuran dan keselamatan Kemahiran saintifik termasuk proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu Penggunaan teknolgi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada dua perkara iaitu: Pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran Organisasi bilik darjah. Guru tidak terikatdenagn sukatan pelajaran sebaliknay diberi kebebasan untuk mengajar tajuk-tajuk yang selaras dengan kebolehan , pengalaman dan persekitaran murid.

Prinsip mudah alih

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid 1. Bermaksud bahawa guru seelok-eloknya berfokuskan kepada murid-murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. 2. Guru hendaklah merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid dan sesuai dengan kebolehan mereka. Penilaian berterusan 1. Dikenali sebagi penilaian formatif yang dijalankan sepanjang tahun, 2. Bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan perkembangan dan kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Pemulihan dan pengayaan 1. Pemulihan dijalankan pada murid-murid tertentu yang menghadapi masalah dalam satu-satu mata pelajaran. 2. Pengayaan diberi sebgai pengukuhan kepada murid-murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran agar dapat mengembangkan ciri-ciri kretiviti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari dan sebagainya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran


1. Strategi p&p kbsr adalah berpusatkan murid, mengambil kira faktor perbezaan individu dan berasaskan kebolehan murid yang berbeza-beza. 2. Guru hendaklah mengambil tindakan seperti berikut : Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan meransang pembelajaran. Mengamalkan prinsip-prisip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Suasana dan persekitaran yang meransang pembelajaran

1. Dibahagikan kepada dua aspek iaitu: fizikal dan sosio-emosi.


fizikal Suasana dan persekitaran Sosio emosi Mewujudkan kemesraan Memahami kehendak murid Mendorong murid belajar Ruang pembelajaran Sudut pembelajaran & sudut kerja Ruang pameran hasil kerja Bahan rujukan Bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencabar

Faktor fizikal
Merujuk kepada : 1. Ruang pembelajaran yang disusun secara kreatif dengan perabot asas seperti kerusi dan meja. 2. Sudut pembelajaran dan sudut kerja yang dilengkapi dengan perabot dan bahan pembelajaran interaktif dan manipulatif agar memberi murid peluang untuk membuat percubaan dan penerokaan 3. Ruang pameran untuk hasil kerja murid. 4. Bahan rujukan berbentuk bahan cetak atau bahan media untuk penggunaan murid. 5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta dapat mencabar kebolehan murid.

Faktor sosio emosi


Merangumi unsur-unsur berikut : 1.Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudi bahasa dan bersopan agar dapat memupuk kemesraan dan suasana pembelajaran yang kondusif. 2.Keprihatinan guru terhadap kehendak murid yang berbeza-beza. 3.Kebolehan guru untuk memberi galakan dan dorongan kepada murid.

PENGLIBATAN MURID YANG AKTIF PENGUASAAN KEMAHIRAN BELAJAR DAN BERFIKIR

PENILAIAN BERTERUSAN PENILAIAN KENDIRI & PENAMBAHBAIKKAN


PRINSIP-PRINSIP DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGHARGAAN KE ATAS USAHA MURID

PENEROKAAN CARA-CARA PENYEMPURNAAN TUGASAN

PELUANG MEMBUAT KEPUTUSAN

PEROLEHAN PELBAGAI PENGALAMAN

ANTARA PRINSIP-PRINSIP PENTING YANG HARUS DIPATUHI GURU DALAM PROSES P& P
1. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum 2. Penilaian yang berterusan diberi penekanan bagi semua mata pelajaran 3. Penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan perkembangan murid 4. Penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yang diberikan. 5. Perolehan pelbagai pengalaman bagi mengukuhkan kefahaman dan penguasaan kemahiran tertentu

Peluang membuat keputusan secara rasional dan keupayaan mempertahankan keputusan 7. Penghargaan kepada hasil kerja murid bagi memupuk dan meningkatkan lagi sifat yakin diri, daya saing yang sihat dan berani. 8. Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar murid lebih berupaya mengurus pembelajaran masing-masing dengan lebih berkesan lagi.
6.

Bagi memastikan keberkesanan p&p beberapa teknik disyorkan:


1.Main peranan 2.Tunjuk ajar 3.Lakonan 4.Simulasi 5.Sumbang saran 6.Bercerita 7.Lawatan 8.Permainan 9.Projek

Penilaian
Penilaian bermaksud proses pengumpulan idea atau maklumat secara sistematik bertujuan untuk membuat pertimbangan dan selanjutnya membuat keputusan. Proses bersistematik bererti mempunyai prosedur atau langkah-langkah tetentu yang perlu diikuti. Maklumat merujuk kepada data berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif boleh diperolehi melalui ujian lisan manakala data kualitatif diperolehi melalui temubual, pemerhatian, dan sebagainya.

Pertimbangan bermaksud melihat semula data yang dikumpul dari pelbagai perspektif. Membuat keputusan bererti membuat tindakan susulan seperti melaksanakan akiviti pemulihan, penganugerahan sijil, tawaran ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Penilaian boleh dikatakan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid.

Penilaian boleh dikategorik an kepada dua jenis iaitu formatif dan sumatif.

Jenis penilaian
Penilaian formatif

Tujuan
Mengesan pencapaian dan perkembangan murid : 1.Sepanjang tahun semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2.Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar. Mengenalpasti kelemahan murid berhubung dengan satu-satu kemahiran bagi melaksanakan aktiviti pemulihan. Melihat tahap pencapaian murid pada akhir satu-satu tempoh pembelajaran, misalnya peperiksaan akhir tahun, UPSR, SPM dan sebagainya.

Penilaian sumatif

Penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS)


CIRI-CIRI Dikendalikan oleh guru Berbentuk formatif dan sumatif HURAIAN Bertujuan untuk menilai perkembangan murid-murid Dijalankan secara berterusan bagi mendiagnos dan mengesan pencapaian murid Merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi dan intelek. rohani,

Mengesan pencapaian keseluruhan murid Bersifat sistematik

Terdiri daripada urutan langkah-langkah seperti merancang, melaksana, menganalisis, melapor dan membuat tindakan susulan Menilai murid berdasarkan kriteria yang telah ditentukan Contoh : pemerhatian, ujian lisan, ujian bertulis dan sebagainya.

Berbentuk rujukan kriteria Menggunakan pelbagai kaedah

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


Merupakan penilaian sumatif yang dikendalikan oleh kementerian pelajaran malaysia, untuk menguji pencapaian murid-murid darjah 6. Mata pelajaran yang diuji ialah Bahasa melayu,Bahasa Inggeris, Sains, Matematik. bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna seperti yang telah ditetapkan oleh syarak.

BANDING BEZA PKBS DAN UPSR


ASPEK
Bentuk Tujuan Formatif

PKBS
Sumatif

UPSR

Menilai Pencapaian Dan Hanya Menilai Perkembangan Pencapaian Menyeluruh Formal Dan Tidak Formal ( Pemerhatian, Ujian Lisan, Ujian Bertulis) Berterusan, Terancang Dan Serta Meta Formal (Ujian Lisan Dan Bertulis)

Kaedah

Cara Pelaksanaan

Terancang : Mengikut Masa Dan Tarikh Yang Telah Ditetapkan Pada Akhir Tahun 6

Tempoh Pelaksanaan

Dari Tahun 1 Hingga Tahun 6

ASPEK
Penilaian

PKBS
Kognitif, Afektif, Psikomotor, Kemahiran ( Berbahasa, Mengira, Sosial, Saintifik, Amali, Belajar) Perkembangan (Minat, Bakat,siakp), Penghayatan Nilai, Kesihatan Diri. Amalan Fardu Ain (Dilaporkan Dalam Penyata Keputusan Upsr) Markah, Gred, Skala Kadar Lisan Atau Bertulis (Gred Atau Markah)

UPSR
Kognitif, Afektif, Psikomotor, Kemahiran (Berbahasa, Mengira)

Cara Pengrekodan Cara Pelaporan

Markah, Gred Gred

Perkara Yang Direkod

Kemajuan, Pencapaian, Kekuatan Diri, Kelemahan Diri


Kemajuan, Pencapaian

Pencapaian

Perkara Yang Dilapor

Pencapaian

TINDAKAN SUSULAN
Tujuan utama penilaian ialah untuk membuat tindakan susulan Terdapat 3 tindakan susulan yag biasa dilakukan oleh guru iaitu : 1.Pengukuhan 2.Pemulihan 3.Pengayaan

PENGUKUHAN
Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi Untuk mencapai tujuan ini guru akan menyediakan dan menambahakan pelbagai latihan sebagai pengukuhan

PENGAYAAN
Aktiviti p&p tambahan dan pelbagai bertujuan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid. Merangkumi latihan dan aktiviti p&p yang terancang dan bersifat lebih mencabar

PEMULIHAN
Aktiviti p&p yang diberikan kepada murid yang gagal menguasai atau menghadapi masalah tetentu berkaitan dengan kemahiran 3M Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang mengalami masalah ringan dan dijalankan oleh guru kelas sendiri dalam bilik darjah yang berkenaan. Manakala, pemulihan khas dikendalikan oleh guru pemulihan khas bagi murid yang menghadapi masalah serius dalam pembelajaran.

IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.

Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang lain di dunia ini.

Sekian,
Terima Kasih...

Anda mungkin juga menyukai