Anda di halaman 1dari 3

SITUASI DI SEKOLAH YANG BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA TEKANAN DALAM KALANGAN GURU Tekanan kerja telah menjadi suatu

fenomena yang biasa tanpa mengira pekerjaan yang diceburi. Profesion guru nampaknya hanya mengajar dalam kelas juga tidak terkecualikan daripada mengalami tekanan. Fenomena guru mengalami tekanan yang semakin meningkat ini tidak boleh diabaikan. Ia akan membawa kemudaratan yang bahaya terhadap kesihatan dan minda guru. Di Malaysia, fenomena stres di kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Situasi macam manakah di sekolah yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan dalam kalangan guru? Situasi berikut akan menyebabkan berlakunya tekanan dalam kalangan guru.

2.1 Beban Tugas Yang Berat Dari hari ke sehari, tugas-tugas guru dikatakan semakin bertambah selaras dengan kehendak Wawasan pendidikan. Guru turut menjalankan tugas-tugas luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri kursus atau seminar dan lain-lain tugas yang mempertingkatkan lagi profesion perguruan di samping tugas utama mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tidak dapat dinafikan juga guru turut melaksanakan tugas-tugas luar dari bidang perguruan iaitu bidang perkeranian seperti mengisi buku rekod pelajar, kad laporan dan sebagainya. Guru juga perlu mengisi markah-markah murid mengikut keperluan PBS yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran.. Pada masa dahulu, guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod. Kini, guru terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi.

Bayangkan bukan sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab

guru untuk diisi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Terdapat juga guru yang perlu menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

2.2 Tekanan Pencapaian Prestasi Murid Tugas utama seorang guru adalah untuk mendidik murid-murid sekalian mata pelajaran tertentu. Mereka harus pastikan bahawa murid-muridnya memahami pelajaran atau subjek yang diajari. Guru juga perlu menstabilkan pencapaian prestasi murid terutamanya dalam bidang akademik. Tekanan terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerjaguru yang lain.

2.3 Mengajar Murid Yang Malas Kadangkala, guru akan dikurniakan dengan pelajar yang malas lagi degil. Murid yang malas buat kerja rumah dan tidak menghantar kerja rumah ini perlu diuruskan oleh guru. Hal ini juga telah menambah tekanan guru secara tidak langsung. Ini menyebabkankan tugas guru itu lebih berat kerana masa guru akan terjejas dengan menghukum atau mendenda murid yang malas lagi degil itu. Guru itu juga perlu mencari dan mencuba cara-cara baru untuk menggalakkan murid menyelesaikan kerja sekolah mereka. Dengan begitu, ia akan menyebabkan penggunaan masa terlebih dalam menyelesaikan masalah ini.

2.4 Mengajar Murid Yang Mempunyai Masalah Salah Laku Dan Nakal Situasi ini juga akan menyebabkan guru menghadapi tekanan di sekolah. Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah

menyebabkan tekanan emosi kepada guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan pelajar yang sebegini telah menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga memberi suatu tekanan kepada guru-guru di sekolah.

2.5 Hubungan Interpersonal Yang Kurang Mesra Menurut Azizi Bin Yahaya & Norliza Binti Othman () Pekerja akan merasa stres ekoran hubungan sosial yang tidak baik sesama pekerja. Situasi hubungan di sekolah yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Di sekolah, wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat-menghormati dalam kalangan guru ketika menjalankan tugas akan mengakibatkan tekanan secara tidak langsung. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan dalam kalangan guru-guru.

Apabila guru-guru tidak mewujudkan hubungan yang mesra sesama pengetua, guru-guru, para pelajar, ibu bapa pelajar dan kakitangan sekolah, ini akan menjadikan guru-guru kurang memahami tentang sekolah dan para pelajar dan banyak salah faham akan berlaku seterusnya mengakibatkan tekanan berlaku. Guru juga akan terasa tertekan secara tidak langsung apabila berdepan dengan guru atau seseorang yang kurang mesra. Hal ini kerana ia adalah susah untuk berkomunikasi, bercakap atau berbincang dengan orang yang kurang mesra.

Anda mungkin juga menyukai